Friday, August 30, 2013

Header Baru

Setelah berbulan-bulan ubah baju blog..
Hari ni baru ubah header blog pulak..
Nampak tak betapa malasnya saya???
Kwang3..
Boleh je kalau nak upah blogger lain tolong make over blog nih..
Tapi saya tak tau nak bagi description yang macam mana kalau nak upah blogger lain make over blog saya
Nanti ada pulak yang naik hangin..haha

Apa-apa pun, ni jela yang mampu nak edit2 pun..
Gigih mengedit dari tadi..huhu

Mula2 tak tahu nak guna aplikasi yang macam mana..
Biasa guna Bannermaker je..
tapi kalau nak tambah gambar sendiri, susah sikit..nak kena guna apps lain pulak..
Tadi pegi edit dulu gambar dekat PicMonkey pulak
Macam2 efek boleh tambah kat situ..
Tapi saya tak de tambah efek apa2 pun..
Cuma letak frame dengan tulisan sikit..hehe

Dah siap edit semua, puas mencari di google macam mana nak tepekkan gambar sendiri tadi dekat header yang saya dah buat..
Tak jumpa-jumpa..jenuh nak cari
Akhir sekali, saya download aplikasi PhotoScape untuk merealisasikan hajat dihati..ngeh3