Tuesday, December 31, 2013

Halfmoon Wide Shawl

Assalamualaikum..


Yeayy!!
Akhirnya, halfmoon wide shawl saya sudah sampai
Jumpa orang jual wide shawl haflmoon halfmoon ni masa join satu GA aritu, owner adalah salah seorang penaja untuk GA tersebut..
Masa tengok gambar halfmoon ni dekat Instagram beliau, rase teruja nak beli..
Tapi masa tu hajat tak kesampaian lagi..
Tunjuk dekat sorang officemate, sebab tengok dia suka pakai halfmoon..
Dia berkenan, terus dia beli sebab nak try untuk match dengan baju nikah..
Bila tengok officemate dah beli dan pakai *dia kata, warna yang dia beli tak match dengan baju nikah..hehe
Mula lah jeles meluap-luap..haha

Kebetulan 27 - 28hb haritu, orang yang jual halfmoon ni buat sales..
ape dia??SALES???
Ladies memang tak boleh dengar perkataan SALES walaupun cuma RM2-3 ye dok..
Apetah lagi dia punya offer, beli 8 helai free 1 helai..
Tapi yang banyak2 tu bukan saya punya..hehe
Saya punya 1 je..
Yang lain2 tu mak, adik dan mak cik saya yang punya..hehe..
Nanti saya update rupa muka saya pakai shawl tu okeh..

Ladies yang nak beli dan tengok2 shawl halfmoon ni boleh singgah ke :
Facebook TudungHazieziz
atau menjengah ke Instagram => tudunghazieziz

P/s : Tahun baru, azam baru..sambil cuba nak tunaikan azam tahun ni yang tak tercapai..moh kita beramai-ramai turun Dataran bawah Shah Alam malam ni bagi memeriahkan Sambutan Tahun Baru Ambang 14 Selangorku

Monday, December 30, 2013

Oki Setiana Dewi - Wanita Syurga Bidadari Dunia



Keanggunan yang terpancar darimu muslimah
Ketegasan jiwamu perisai nan indah
Kau hadirkan pesona
Malu berbalut takwa
Laksana syurga di dunia

c/o
Keteguhan hatimu oh wanita muslimah
Keketunan dirimu yang terbingkai solehah
Perhiasan dunia tunduk pada Yang Kuasa
Sejukmu menenangkan jiwa..

Engkau wanita syurga bidadari dunia
Kehormatan kau jaga dengan penuh cinta

Engkau wanita syurga permata berharga
Bernilai indah dalam kesucian jiwa...

Sumber lirik


P/s : Jumpa lagu ni masa cari tutorial shawl tadi, pertama kali terdengar terasa satu perasaan yang zuppp!! tercarik dihati..sungguh terluka dengan diri sendiri..kejamnya rasa kat diri sendiri..

Monday, December 23, 2013

Far East - Menanti di Barzakh

Assalamualaikum..


Ku merintih, aku menangis,
Ku meratap, aku mengharap,
Ku meminta dihidupkan semula,
Agar dapat kembali ke dunia nyata

Perjalanan rohku,
Melengkapi sebuah kembara,
Singgah di rahim bonda,
Sebelum menjejak ke dunia,
Menanti di barzakh,
Sebelum berangkat ke mahsyar,
Diperhitung amalan,
Penentu syurga atau sebaliknya

Tanah yang basah berwarna merah,
Semerah mawar dan juga rindu,
Tujuh langkah pun baru berlalu,
Seusai talkin bernada syahdu,
Tenang dan damai di pusaraku,
Nisan batu menjadi tugu,
Namun tak siapa pun tahu resah penantianku

Terbangkitnya aku dari sebuah kematian,
Seakan ku dengari,
Tangis mereka yang ku tinggalkan,
Kehidupan disini bukan suatu khayalan,
Tetapi ia sebenar kejadian

Kembali oh kembali,
Kembalilah kedalam diri,
Sendirian sendiri,
Sendiri bertemankan sepi,
Hanya kain putih yang membaluti tubuhku,
Terbujur dan kaku,
Jasad didalam keranda kayu,

Ajal yang datang dibuka pintu,
Tiada siapa yang memberi tahu,
Tiada siapa pun dapat hindari,
Tiada siapa yang terkecuali,
Lemah jemari nafas terhenti,
Tidak tergambar sakitnya mati,
Cukup sekali tak sanggup untuk ku mengulangi

Jantung berdegup kencang,
Menantikan malaikat datang,
Menggigil ketakutan gelap pekat dipandangan,
Selama ini diceritakan,
Kini aku merasakan,
Di alam barzakh jasad dikebumikan


Ya Rabb, kerdilnya diriku jika dibandingkan dengan Kekuasaan-Mu..

Wednesday, December 18, 2013

Wordless Wednesday@WW#12

Assalamualaikum...

Worldless wordless dan jadi speechless ke jadi apa pun tak tau ni..




Tak pasti benar atau tak, sebab member kata mungkin motor yang direbutkan tu motor curi..
Kita pun tak dengar apa yang mereka cakap dalam rakaman CCTV tu..
Tapi kalau betul apa yang terjadi, memang betul2 kejam orang yang menyamun dan orang yang sekadar memerhati..



P/s : kalau Yang Ayesha ada kat situ, mungkin saya pun tak tau nak buat apa..tapi kalau sekadar duduk berpeluk tubuh memerhati apa yang berlaku, sangat2 tiada hati dan perasaan..

Tuesday, December 10, 2013

Hafiz feat Rossa - Salahkah

Assalamualaikum..


Dah lama tak post pasal lagu..
Lagu ni antara lagu terbaru yang saya suka dengar..
Layankan yerrr...



P/s : Sungguh aku berharap saat itu akan tiba Ya Rabb..satukan kami dalam keadaan yang baik dan direstui oleh kedua belah pihak..

Monday, December 9, 2013

Terima Kasih Atas Bantuan

Assalamualaikum..
Korang mesti biasa dengar CellAds kan??
Saya kira, sebulan lebih yang lalu..ada beberapa blogger yang saya follow mempromosikan tentang CellAds ni..
Yang Ayesha join sekaki jugak gunakan aplikasi CellAds ni..
Memang best..
Kalau korang aktif menerima panggilan dan mesej, aplikasi ni sesuai untuk korang..
Korang boleh kumpul poin dan tebus topup atau baucar2 lain yang disediakan..

Yang Ayesha baru tebus baucar KFC meal for two pada 26hb November yang lepas..
Mungkin ada sedikit masalah pada pengeposan, baucar tersebut belum tiba hingga harini..
Makanya, cuba lah bertanya pada pihak CellAds di Facebook beberapa hari lepas..
Mungkin disebabkan kekangan masa dan beberapa program yang melibatkan pihak CellAds atau mungkin masa hantar mesej tu waktu pejabat dorg dah habis..
Yang Ayesha dapat reply dari CellAds pagi tadi..

Kalau korang nak tau, korang boleh rujuk gambar kat bawah..



Makanya, Yang Ayesha sabar lagi menunggu untuk beberapa hari..
Harap2 dapatlah dalam masa terdekat ni..huhu

Apa?
Korang nak tau lebih lanjut tentang CellAds?
Boleh rujuk :
atau
Laman Web CellAds : http://www.cellads.net.my

Mini GA RM600 Disember 2013 by Emas Putih

As-Salam


Top Referal 
Cash RM50 + Puzzle Bernilai RM50 3D

Random
Cash RM50 x 5
Perfume Gred AAA Bernilai RM50 x 6

Mini GA RM600 Disember 2013 by Emas Putih ini dianjurkan oleh Emas Putih dan disponser oleh Emas Putih , Brado Bapak , Brado Bapak II , Lylahana Shop , Maha Mahu, Wan ComelMarqis Careno dan Iluvtour

Friday, December 6, 2013

Wednesday, December 4, 2013

Wordless Wednesday@WW#11

Assalamualaikum..


Rasulullah S.A.W bersabda “Subrun itu panas, jangan kamu gunakan sebagai pencuci perut, tapi pakailah sanna dan sanut kerana itu adalah ubat segala
penyakit kecuali mati”
(HR Tarmizi)

*Baru start consume teh ni hari ni, nanti kalau ok saya bagi testimoni untuk korang..~_^

Random Giveaway RM50 Tunai oleh HASRULHASSAN.COM

Assalamualaikum..


Klik banner untuk join

Hadiah wang tunai RM50

Tamat pada 15 Disember 2013