Friday, April 26, 2013

Action Speak Louder Than Words

Assalamualaikum
Hari Jumaat minggu ni saya rasa lesu..
Seronok tengok orang lain bahagia, tapi rasa tu tak sampai pada saya..
Boleh tumpang seronok je, tapi hati tak tenang..
Saya benci perasaan macam ni..

Minggu ni, tak da perkara yang boleh buat saya senang hati..
Mungkin kerana pergaulan saya dengan orang sekeliling, perangai saya..
Entah kenapa, apa yang saya rasa..tak boleh disembunyikan walau sedikit pun..
Apa yang saya rasa, itu yang saya pamerkan..
Saya tak mampu nak berkata-kata..
Ekspresi muka saya, pergerakan badan saya..
Bukan saya benci, jauh sekali nak marah..
Tapi saya tak selesa dengan apa yang terjadi dan apa yang saya rasa..

Kenapa macam ni?
Sedih..kecewa..pilu..semua jadi satu..
Kejamkah saya?
Kejam sangat ke saya?
Apa salah saya?
Kenapa buat saya macam ni?
Patung ke saya kat sini?
Dah lama..berlarutan..setiap hari saya berlawan dengan perasaan saya..
Atau mungkin, nyawa saya patut bercerai dari badan..
Saya minta maaf pada insan yang saya sayang jika saya mengecewakan korang..
Terima kasih sebab sayang saya selama ni..


P/s: Mungkin saya telah lama hanyut, kurang menjaga pertalian saya dengan Sang Pencipta..hidup saya jadi tunggang langgang dan bercelaru..semoga kalian bahagia

Thursday, April 25, 2013

Hikmah Kejadian Yang Allah S.W.T. Ciptakan

Assalamualaikum..
Hai, Yang Ayesha datang lagi.. *dah macam iklan Tora je..joking.. :-P
Macam mana hari korang?berjalan lancar seperti dirancang?
Atau hidup korang dalam serabut?
Tak pe, its ok..tak payah cerita dulu..
Simpan untuk masa akan datang eh..
Biarlah si luncai dengan labu-labunya..
Eh?haha..gurau je..tiba2 teringat kata-kata ayah..

So, class..today i'm going to teach you a lesson..
*Acah2 teacher..ni dulu jadi cikgu, tapi dah pencen..
Rindu konon2 nak mengajar balik lah tu..
Ok, dah cukup merapu..

Sebenarnya hari ni, tiba-tiba Yang Ayesha teringat cerita ayah pada beberapa minggu yang lalu..
Masa tu ayah baru balik dari masjid..setiap hari ayah solat subuh dekat masjid..
Tapi biasanya hari minggu ayah akan pulang lewat sebab nak dengar tazkirah atau kuliah subuh..
Dan selalunya kuliah subuh tu akan ayah sampaikan pada kami yang dirumah ketika menikmati sarapan pagi..
*Saya bercita-cita mempunyai suami macam ayah..indahnya hidup kan?Boleh tak awak buat macam tu sayangku?Hah, mulalah minah ni..
Ok, sambung balik..saya tak ingat sangat macam mana permulaan kisah..tapi ayah menceritakan tentang seorang petani yang merungut tentang ciptaan Allah..
Nak tahu tak apa yang dirungutkan?jom kita tengok bawah..





Tembikai dengan epal?
Gambar tu Yang Ayesha letak sebagai contoh supaya korang boleh nampak apa saya nak cerita..
Petani tadi merungut atau boleh dikatakan marah dengan apa yang Allah aturkan..
Lebih kurang begini perkataan petani itu :
'Apalah, Allah ciptakan pokok kecil tapi buahnya besar macam buah tembikai..sedangkan pokok yang besar dan tinggi buahnya kecil macam buah epal..sepatutnya pokok kecil, buahnya kecil..dan begitu sebaliknya..'
Begitu sekali marah si petani tadi..
Dipendekkan cerita, pada suatu hari sedang petani tersebut duduk di bawah sebatang pokok epal..
Angin bertiup dingin dan nyaman pada waktu itu..
Sedang si petani leka berehat di bawah pokok epal, mungkin pada ketika itu Allah ingin memberi petunjuk kepada petani tersebut atas keterlanjuran kata-katanya tempoh hari..
Dengan kuasa Allah, tiba-tiba sebiji buah epal yang sedang masak ranum jatuh mengenai kepala petani tersebut..
Terkejut si petani kerana kesakitan yang dialami lantas mengucapkan syukur kerana hanya buah epal yang jatuh di atas kepala..
Kemudian petani tadi berfikir dan insaf :
'Alangkah besarnya kekuasaan Allah S.W.T.  Jika yang jatuh tadi buah yang besar, pasti lebih buruk akibatnya ke atas aku..sungguh aku insaf dengan kata-kataku tempoh hari.'


So, macam mana?
Dapat pengajaran tak dari cerita tadi?
Ada pengajaran yang ayah sampaikan tempoh hari, tapi saya dah lupa..haha
Tapi, dari cerita tadi saya pasti setiap orang mendapat pengajaran yang berlainan..
Jom kita kongsi nak?
Tinggalkan komen kat bawah yea..terima kasih.. ^_^


P/s: sedari kecil, ayah selalu mengajar kami begitu..melalui penyampaian ilmu..in shaa Allah, lepas ni apa yang saya ingat yang pernah ayah cerita..saya nak kongsi dengan korang dekat sini..kita kongsi sama2 k..

Tuesday, April 23, 2013

Judika - Setengah Mati Merindu

Kredit to google

Assalamualaikum
Salam hari Selasa..
Pagi2 dah menatap wajah Judika sambil layan lagu ni..
tapi sorry girls, video malas nak carik..
Korang tengok lirik jela eh..
Layan..



Mengapa waktu tak pernah berpihak kepadaku
Apakah aku terlalu, terlalu banyak berkelana
Mengapa kita masih saja tak pernah bersatu
Selalu saja bertemu, bertemu saat kau milik yang lain

Mungkin kau bukanlah jodohku, bukan takdirku
Terus terang

Aku merindukanmu, setengah mati merindu
Tiada henti merindukanmu

Masih hatiku untukmu, aku tetap menunggumu


Mengapa waktu tak pernah berpihak kepadaku
Apakah aku terlalu, terlalu banyak berkelana


Mungkin kau bukanlah jodohku
Atau bahkan bukan takdirku

Terus terang (terus terang)


Aku merindukanmu, setengah mati merindu
Tiada henti merindukanmu

Masih hatiku untukmu, aku tetap menunggumu
Aku merindukanmu, setengah mati merindu

Aku merindukanmu, masih hatiku untukmu

Aku tetap menunggumu (ku tetap menunggu)
(setengah matiku menunggumu) menunggumu
Aku tetap menunggumu




P/s : Entah kenapa setiap kali dengar rasa pilu dan sedih datang dalam hati..aku belajar lepaskan kau dari hati aku perlahan-lahan..tapi rasa itu tak pernah hilang..semoga dirimu sentiasa dibawah lindungan dan rahmat Allah S.W.T.    T_T

Monday, April 22, 2013

Kemalangan Lebuhraya Persekutuan 21 April 2013, Bagaimana Sikap Kita?

Assalamualaikum
Dah petang ni, saja2 buat entri..
Mungkin entri kosong je..tapi ingin meluahkan pendapat saya sebagai seorang pemerhati sambilan..
Hehe..

Mesti ramai yang dah tahu dan dah baca mengenai kes kemalangan jalanraya yang berlaku di Lebuhraya Persekutuan dari arah Kuala Lumpur menghala ke Shah Alam..
Memang secara dasarnya kita boleh bercakap sesedap rasa kerana mulut tu ada pada diri kita..
Tapi ingat, mulut tu pemberian Allah S.W.T yang perlu kita jaga..
Bak kata pepatah, sebab pulut santan binasa, sebab mulut badan binasa..
Eh, ada kena mengena ka dengan ini cerita?
Adalah sikit kot..

Sedari awal pagi kelmarin, ramai yang mengupdatekan status masing2 di laman sosial Facebook mengenai kemalangan tersebut..
Tetapi, apa yang mengecewakan sedikit pada saya adalah sikap orang kita yang mudah menuduh tanpa usul periksa..
Contoh :
'Ni mesti merempit ni, sebab tu jadi macam ni.'
'Tu lah padahnya kalau dah merempit pagi2 buta, bila dah jadi macam ni akhirnya menyusahkan orang lain'
'Dasar mat rempit..blablablabla..'

Nampak tak macam mana sikap orang kita?
Mudah menuduh dari menginsafi diri sendiri..
Apa perasaan anda jika kemalangan itu terjadi kepada salah seorang ahli keluarga anda?
Kemudian orang ramai melemparkan tuduhan bermacam2 kepada ahli keluarga anda tu?
Malah yang lebih teruk, ahli keluarga anda meninggal ditempat kejadian?

Saya tak kata saya adalah seorang yang baik, tapi bila terjadi kemalangan seperti ini..
Saya lebih suka mengambil jalan tengah, menjadi pemerhati..
Sebab saya tidak berada di tempat kejadian..
Jauh sekali saya menjadi reporter atau pun pihak penyelamat yang menyelamatkan mangsa..
Bukankah lebih baik jika disedekahkan Al-fatihah buat mangsa kemalangan yang terlibat?

Mengapa saya berkata begini?
Ya, kerana salah seorang mangsa adalah sepupu kepada kawan saya..
Beliau sendiri meluahkan perasaan betapa sedihnya beliau bila kemalangan itu menimpa saudara sendiri
Dahlah ditimpa musibah, ditambah dengan pelbagai cemuhan dari orang sekeliling..
Makin bertambah perasaan sedih dihati..

Ini sekadar pendapat, mungkin anda ada sebab yang lebih baik mengapa anda berkata macam2 bila kejadian seperti ini berlaku..

Sekian, wassalam

P/s: Biarlah mungkin penyebab kemalangan itu adalah kerana mat rempit atau sebagainya, tapi bukankah lebih baik kita bersangka baik sesama manusia?Apatah lagi mangsa meninggal ditempat kejadian, macam mana kita nak minta maaf pada si mati jika yang terjadi adalah bukan seperti yang kita sangka?Tepuk dada, tanya hati.. ^_^

Sunday, April 21, 2013

Santai Ahad

Assalamualaikum..
Selamat hujung minggu geng..
Apa aktiviti hujung minggu ni?
Ada yang menarik?

Hari ni Yang Ayesha duduk rumah je..
Mak dan ayah tak de, adik2 pun masing2 ada aktiviti..
Pagi tadi merayap sekejap ke rumah nenek..
Tak jauh, dekat je..depan rumah ni je..hehe..dekat kan kampung saya?
So, pagi tadi bersarapan lah kat rumah nenek..
X makan sangat pun, cuma makan sandwich sebab kat rumah dah makan megi goreng..
Datang rumah nenek pun saja2 nak lepak2
Dah lama tak berkumpul dengan ahli keluarga yang lain..
Ada mak cik2 dan pak cik saya..
Nenek ayah saya pun ada jugak..

Dalam leka berborak2 dengan diorang..
Tiba2 satu persoalan ditimbulkan oleh pak cik saya..
'pakwe kau orang mana kak?'
Rasa nak tersedak tiba2..tanya pasal pakwe?haha
'errr...sape?'
Hahaha, buat2 tanya lagi siapa?
'orang jawa ke? orang banjar?'
Mak cik saya pulak tanya..
'Oh, tak..nogori..eh, melaka..tapi ade jgak campur nogori'
Saya menjawab tergagap2 dan teragak2..haha..gugup lah konon..
Tiba2 nenek pulak menyampuk
'Ha, boleh lah tahun ni? Hujung tahun ni ke? Lepas raya?'
Errr...tak tau nak jawab ape..hehe
Pak cik pulak kata
'Boleh lah raya nanti suruh datang jumpa nenek.'
Saya?
'Oh..'
Hanya mampu tersenyum..segan, tak tau nak cakap apa..
Dan kemudian, masing2 asak saya dengan bermacam2 soalan..
Siapa mak dan ayahnya, ahli keluarga..dan macam2 lagi..
Dan tiba2 mak cik saya menyampuk
'adik kata, kak wani lah ni..patutnya dah bagi nenek cicit dah sekarang..'
*adik tu adalah sepupu saya, dia tiada di tempat kejadian..haha
Dalam hati, 'cicit? hehe..kalo ikutkan hati yang menggatal ni, dah lama aku kawin..tak payah disuruh'
Hamboi, boleh tahan kau ni yea Yang Ayesha..

Setakat ni, saya percaya apa yang saya alami sekarang..
'Dia' yang sentiasa ada disisi adalah yang terbaik saya pernah ada..
Biar pun ramai yang mungkin mengatakan dia tidak baik dan berbagai lagi..
Saya sendiri tahu keikhlasan hati 'dia' terhadap saya..




P/s : Yang Ayesha mohon korang tolong doakan yang terbaik untuk saya dan 'dia'..moga perjalanan kami dalam menuju redha Ilahi dan redha kedua ahli keluarga dipermudahkan.. ^_^

Mood : Jika urusan perkahwinan itu mudah, mungkin saya dah lama menamatkan zaman bujang..tapi saya percaya pada perjalanan yang Allah telah tentukan untuk kita..cuba hadapi dengan senyuman




*dari pakcik google


Perkahwinan adalah tuntutan syariat, tapi bagaimana perjalanan dalam perkahwinan itu nanti kita yang akan mencorakkannya..
Dan cita2 saya, moga nanti perkahwinan yang akan saya bina sekuat perkahwinan yang dibina oleh ibubapa saya..
Tolak ansur dan kepercayaan terhadap pasangan adalah asas yang perlu diperkukuhkan oleh kita..
Tapi..ia tak semudah lidah berkata-kata
*Tepuk dada, tanya hati.. ^_^

Saturday, April 20, 2013

Broga Hill Here We Go!!!

Assalamualaikum..
Hai geng..hari ni Yang Ayesha merayap sampai ke Semenyih..
Pagi2 dah bergerak ke sana bersama kawan2 ofis..
Buat apa merayap sampai ke sana?
Ok, ni merayap bukan sebarangan..
Ni merayap sambil beriadah..
Memanjat Bukit Broga..
Sape pernah pergi?angkat tangan..yeay!!! *tiba2..haha

Hari ni kira pertama kali lah Yang Ayesha naik..
Selalu dengar je orang cakap best naik..seronok lah bagai..
Hari ni, hamek kau..merasa sendiri semput nak naik ke atas..
Tapi akhirnya saya berjaya sampai setelah bersusah payah..
Menggeletaq jugak lah lutut ni ha..

Yeay, saya berjaya..


Kami sampai tak lah awal sangat..
Lebih kurang dalam pukul 8 lebih..
Masa sampai, teruja tengok orang lain ada yang dah turun..
Maklumlah, pertama kali sampai..
Memang teruja sikit..
*Padahal teruja macam nak melompat..
Actually, minggu depan KLD Sport Club (Kumpulan Lebar Daun) buat aktiviti mendaki bukit ni
tapi minggu ni saja2 pergi menjelajah..
Masa dah sampai setengah bukit tadi, rasa2 macam nak mengelat je aktiviti minggu depan..
Tapi bila dah sampai atas, rasa puas sangat..so, perancangan untuk mengelat aktiviti minggu depan dibatalkan..hehe..
Ops, perancangan awal dengan kakak saya semalam kami nak menjerit sekuat hati bila sampai puncak..
Saje nak melepaskan apa yang terbuku dihati dan perasaan..
Tapi tadi macam ramai orang, tak jadi pulak..
*Sebenarnya dah lupa pun nak buat macam tu..hehe

Okay lah, korang layan dulu gambar2 ni..next week Yang Ayesha update yang lain pulak..
Saya dah penat, saya nak tido dan rehat..
Selamat malam kawan2..semoga mimpi indah..













P/s : saya memang kasar, bahasa saya pun kadang2 agak kasar..saya bukan gadis lemah lembut dan bukan jenis berpura-pura tunjuk sopan dan ayu depan orang lain..saya adalah saya, ini adalah diri saya..manja dan sebagainya itu hanya untuk orang yang rapat dengan saya sahaja.. *Statement mintak penampar..tiada kaitan dengan yang dah meninggal dunia tapi masih ada kaitan dengan yang hidup..sila faham..peace yaww.. ^_^


Friday, April 19, 2013

Wedding

Assalamualaikum..
Hai korang, dah lama Yang Ayesha tak merapu kat sini..
Lately ni macam2 yang terjadi, sampai saya tak mampu nak berkata-kata..
Hanya mampu diam dan lihat...
Menjadi pemerhati apa yang orang lain buat..
Best jugak jadi observer ni, tak perlu buat apa-apa..
Observe je ape yang orang buat..

Nak kongsi gambar wedding saudara sebelah mak aje sebenarnya, tapi dah ke laut pulak kan..
Actually, dah basi pun..dah berlalu 2 minggu lepas..tapi masa tu tak ada mood la geng nak kongsi
So, hari ni Yang Ayesha kongsi la ya..jangan boring tau..sambil2 tu, nak memperkenalkan ahli keluarga saya
Ok, lets start.. ~_^


Okay, yang baju ungu itu adalah saya..gemuk kan saya?hehe
Kat sebelah tu adalah mak long saya, kakak kepada mak
Sebelah dia adalah mak kesayangan saya..cantik kan mak?sayang mak saya..
Ok, yang belakang berbaju biru tu adalah sepupu saya, anak mak long yang bongsu
Sebelah tu pulak adik saya yang kedua dan sebelah lagi adik saya yang bongsu..
So, siapa si kecik kat depan tu?Itu anak sedara saya, baru masuk setahun



This is my father..my father is my hero..
Hehe..kacak kan ayah saya.. *korang cakap tak kacak pun, saya tetap cakap kacak

Gambar seterusnya?layan jela, dah penat lah nak membebel..nak pi minum air jap..
Haus.. :-)






















Dah, habis dah..penat kan nak tengok banyak sangat?hehehe..




*Yang ni tak de kena mengena dengan kenduri kahwin..ni atas kesilapan sendiri..
Kereta makan tuan..menangis lah jugak dalam 5 minit kot..
Sakit gila kot..sampai sekarang masih rasa sakit..kadang2 mencucuk2 bisanya..
Korang ada cadangan tak apa lagi perlu dibuat?kadang2 geram pulak tengok..
Hari tu dah kena injection, tahan sakit jela kot sekejap..


P/s : agak2 berapa lama boleh baik?

Thursday, April 18, 2013

Elly Mazlein - Sabarlah Hati



Saat Kau datang dalam hidupku
Ku sangka ini cinta terakhir
Ternyata malam penuh bintang
Berakhir dengan mendung

Menari aku dengan gelisah
Lagi lagi lagi ku menangis
Sabarlah hati menahan perih
Terluka lagi dan lagi dalam kisahku

Tenanglah jiwa iring langkahku
Ku yakin pasti ada yang terbaik untukmu

Ternyata malam penuh bintang
Berakhir dengan mendung

Menari aku dalam gelisah
Lagi lagi lagi ku menangis

Meski hati sering dilukai
Takkan menyerah aku mencari cinta

Sabarlah hati menahan perih
Terluka lagi dan lagi dalam kisahku
Tenang la jiwa iring langkahku
Ku yakin pasti ada yang terbaik untukmu

Sabarlah hati menahan perih
Terluka lagi dan lagi dalam kisahku
Tenang lah jiwa… uhh.. uhuu

Sabarlah wahai hati..
Jangan menangis..




Wednesday, April 10, 2013

Judika - Bukan Dia Tapi Aku


Share from Youtube



Berulang kali kau menyakiti
Berulang kali kau khianati
Sakit ini coba pahami
Ku punya hati bukan tuk di sakiti

Ku akui sungguh beratnya
Meninggalkanmu yang dulu pernah ada
Namun harus aku lakukan
Kar'na ku tahu ini yang terbaik

Ku harus pergi meninggalkan kamu
Yang telah hancurkan aku
Sakitnya, sakitnya, oh sakitnya

Ku akui sungguh beratnya
Meninggalkanmu yang dulu pernah ada
Namun harus aku lakukan
Kar'na ku tahu ini yang terbaik

Ku harus pergi meninggalkan kamu
Yang telah hancurkan aku
Sakitnya, sakitnya, oh sakitnya

Cintaku lebih besar dari cintanya
Mestinya kau sadar itu
Bukan dia, bukan dia, tapi aku

Begitu beratkah ini...
Hingga ku harus mengalah...

Ku harus pergi meninggalkan kamu
Yang telah hancurkan aku
Sakitnya, sakitnya, oh sakitnya

Cintaku lebih besar dari benciku
Cukup aku yang rasakan
Jangan dia, jangan dia, cukup aku

Jangan dia, jangan dia, cukup aku
Jangan dia





Tuesday, April 9, 2013

Siti Nurhaliza - Hati Berbisik


Pinjam dari Youtube


Malam Bertandang
Hati Berbisik Mengenang
Cerita Derita Yang Daku Pendam

Kata Menguji
Cuba Untuk Kusudahi
Berulang Airmata Membasahi

Aku Kini Perlu Berdiri
Walau Hakikatnya
Pasti Kan Melukai

Aku Ingin
Semua Rasai
Kerna Pengakhirnya Hidup
Ku Sendiri

Oh Tuhan Kau Berikan Aku
Segala Kekuatan
Meneruskan
Perjalanan




P/s : Moga semuanya hanya mimpi..aku tak pernah kenal kau siapa

Saturday, April 6, 2013

Pria Band - Kasih Jangan Pergi



Bila ku hanya sesaat bagi mu
Jangan biarkan ku terlanjur menyanyangmu

Aku tak sangup jauh dari mu
Karena kau yang membuat aku menyanyangmu
Cinta yang ku punya bukan sekedar kata
Cinta ku ini abadi untukmu

Kasih jangan jangan jangan jangan kau pergi
Jangan pernah meninggalkan aku sendiri
Aku tak bisa aku tak sanggup
Bila sendiri

Kasih jangan jangan jangan jangan kau pergi
Jangan pernah meninggalkan aku sendiri

Aku tak bisa
Bila kau pergi
Aku tak sangup jauh dari mu
Karena kau yang membuat aku menyanyangmu
Cinta yang ku punya bukan sekedar kata
Cinta ku ini abadi untukmu




Thursday, April 4, 2013

Segmen Follow April hingga Disember 2013

klik banner untuk join


Segmen bermula 02.04.2013 dan tamat pada 31.12.2013
*Rasanya ini segmen paling lama pernah diadakan kot..kih3..
Selamat menjoin ye korang..
Kalau dapat hadiah tu, memang rezeki sangat lah..
Aaminn...




Promoter Blog Kawan Saya

sila klik banner untuk ke blog kawan saya..kalo rajin, follow lah dia..:-)


Assalamualaikum...
Cakkk!!!
Hai......
Korang dah sarapan?
Sarapan ape harini?  Yang Ayesha sarapan bihun goreng, sedapnya...hahaha
Hari ni Yang Ayesha jadi promoter..untuk blog kawan saya ni..
nama dia Anabellajaszle dan url blog dia, bellagilalensa.blogspot.com

Dia antara penyebab saya boleh terjebak dengan blog ni..
Dia lah yang pujuk saya supaya mewujudkan blog saya yang tak berapa nak wujud tu..kih3
Thanks ye cik Dayah..

Azam baru dia bulan ni, setiap hari akan ada entry
Dan entry tu saya suka..sebab entry tu ada bermacam2 madah berhelah setiap hari..kih3
Minah jiwang macam Yang Ayesha ni memang lah suka kan..

Dia seorang yang suka foto
kadang2 dia ambil upah untuk jadi photographer..
untuk majlis kahwin ke, tunang atau yang sebagainya..
Kadang2 dia jadi photographer peribadi saya, tanpa upah..kwang3..gurau jerr

Hari ni, entry dia..

Tak panjang pun, tapi kadang2 sepatah perkataan atau ayat mampu untuk membuat kita berfikir panjang...
Kan???


P/s : Pilihan raya dah nak dekat, jangan lupa tunaikan kewajipan anda yang dah mendaftar tu.. ^_^

Tuesday, April 2, 2013

LANGGAR






Berposing sakan dengan poster lepas tampal dekat guest room


Memang aku gila, tapi kau yang nak mati.
-Nizam-

Tajuk Filem : Langgar
Tarikh Tayangan : 11 April 2013
Genre : Aksi Drama
Pengarah : Syed Hussein (Sein)
Pelakon : Adi Putra (hero kegemaran Yang Ayesha), Hans Isaac, Zulhuzaimy, Khir Rahman, Natasha Hudson, Namron, Bell Ngasri, Komeng, Nadia Heng, Koo Chee Sing, Daniel
Dihasilkan oleh : Tayangan Unggul Sdn Bhd & Hadir Dinamik Sdn Bhd (anak syarikat Lebar Daun)
Sinopsis : Mengisahkan tentang jenayah, rasuah dan dendam oleh Nizam, seorang bekas pensyarah yang ingin menuntut bela selsepas isteri dan anaknya yang masih dalam kandungan mati di tangan gangster dengan penuh kekejaman.

Sumber dari : Langgar - Filem




P/s: bestnya kalo dapat jumpa Adi Putra..hew3..mimpi je la..

Sate Minang @ Padang Lagi

Assalamualaikum...
Hai korang..
Macam mana hujung minggu lepas?
Berlalu dengan perkara yang sedih ke yang gembira??
Hari dan hujung minggu Yang Ayesha berlalu dengan macam2 kisah suka duka, sedih dan gembira
Nak buat macam mana, kalau tak ada semua tu tak meriah la hidup kan..

Hari ni saja nak share lagi gambar sate minang @ sate padang ni..
Pengumuman, saya sangat suka ok..
tambah dengan sate yang biasa tu pun kesukaan saya jugak
so sapa2 yang nak belanja makan, memang digalakkan sangat la belanja makan sate, confirm saya tak tolak
dalam hati *ada ke orang nak belanja tu?hehehe..gurau je

Kelmarin pegi Paya Jaras lagi, makan sate minang ni..
Boleh dikatakan hampir setiap bulan mesti nak pegi sini..
Tak kan puas kalau sekali makan je..
Tapi semalam Yang Ayesha cuba satu lagi menu, bihun sup
Sangat2 terbaik..lepas tu sate pulak mintak rm5, kongsi dengan 'dia'
Disebabkan 'dia' nak jumpa kawan lama..
So, lama jugak lah lepak dekat situ

Bila dah lama lepak, terjebak pulak tengok orang minum Es Tebak..
(Pesanan penaja, jangan ikut nafsu bila makan okay..)
Bila dah tengok orang lain minum, kami pun nak jugak la..
order la Es Tebak tu 1..
bila dah order, rasa sedap..
Es Tebak ni macam abc, tapi dalam dia ada tapai ubi dengan roti..
tu apa Yang Ayesha dapat tengok dan rasa la..
Bahan2 lain dalam tu macam ABC biase je lebih kurang..
1 je tak cukup, berebut okay..
tapi disebabkan dah kenyang, lain kali jela kita order lagi..


Sate minang RM5, ciek???


sengaja nak menggoda member sorang tu, Oh Bella


Bihun sup tinggal separuh atau boleh kata hampir habis..hahaha


Warung kecik je disebuah kampung



Ramai orang kan?Setiap kali datang sini, selalu ramai manusia..


Bihun sup saya dah habis..


'dia' menghabiskan sate saya sampai licin..ops..


Es Tebak..ade roti...


Tapai ubi pun ade dalam ni..tapi 'dia' kata ni bukan tapai ubi..abes tu ni ape?tolong bagitau Yang Ayesha?





P/s : runsing memikirkan bos dah lari ni..teruk sangat ke Yang Ayesha jadi Assistant?tapi saya bukan Secretary walaupun org slalu panggil macam tu..haha