Friday, August 30, 2013

Header Baru

Setelah berbulan-bulan ubah baju blog..
Hari ni baru ubah header blog pulak..
Nampak tak betapa malasnya saya???
Kwang3..
Boleh je kalau nak upah blogger lain tolong make over blog nih..
Tapi saya tak tau nak bagi description yang macam mana kalau nak upah blogger lain make over blog saya
Nanti ada pulak yang naik hangin..haha

Apa-apa pun, ni jela yang mampu nak edit2 pun..
Gigih mengedit dari tadi..huhu

Mula2 tak tahu nak guna aplikasi yang macam mana..
Biasa guna Bannermaker je..
tapi kalau nak tambah gambar sendiri, susah sikit..nak kena guna apps lain pulak..
Tadi pegi edit dulu gambar dekat PicMonkey pulak
Macam2 efek boleh tambah kat situ..
Tapi saya tak de tambah efek apa2 pun..
Cuma letak frame dengan tulisan sikit..hehe

Dah siap edit semua, puas mencari di google macam mana nak tepekkan gambar sendiri tadi dekat header yang saya dah buat..
Tak jumpa-jumpa..jenuh nak cari
Akhir sekali, saya download aplikasi PhotoScape untuk merealisasikan hajat dihati..ngeh3






Thursday, August 29, 2013

Gejala Tak Sihat Sudah Mula Menyerang


Aaaaaa...chooooo...
Masuk kali ni dah berapa kali tah bersinnye

Sebelum puasa, demam..sakit mata..alahan yg smpai sekarang tak baik2..
Asal jumpa orang je, semua tanya muka saya kenapa?
Erk..sabar yea kawan2..bukan tak nak pi jumpa doc or specialist..
Cuma macam fobia sikit nak pegi jumpa doc ni..
Disebabkan sebelum kena alahan tu dah pegi jumpa sampai 4-5 orang doc..
Dan sampai kena alahan gara2 salah ubat nih..
Saya takut nak memperjudikan diri saya lagi sebagai bahan eksperimen..huhu
Keberanian tu tak sampai lagi..
Walaupun saya jugak dah geram dengan muka saya yang macam haramjadah ni..
Macam katak puru pun ade..choiii...

Dan lepas raya ni, macam2 lah penyakit lain pulak yang datang..
Sejak petang semalam dan mula rasa gatal hidung dan tekak..
Ditambah minum ais pulak malam tadi..
Jadi, pagi tadi..ape lagi..
Bersin sesaja..
Dan biasanya akan berlanjutan hingga 2 minggu mungkin..

Kamu, kamu dan kamu sekalian..
Jagalah kesihatan sebelum ia datang menyerang..
Bila penyakit dah datang, satu apa pun tak jadi..

Have a nice day..^_^


*Selalu tak reti nak minum ais, semalam dah perasan lain macam..tapi tekak gatal pulak mintak ais..hari ni dapat lah ubat..sekian..

Wednesday, August 28, 2013

Wordless Wednesday @ WW#4


Thanks people
U makes me rethink about myself and attitude
Also makes me think that people never satisfied with our life

Wednesday, August 21, 2013

Jalan-jalan Cuci Mata

Assalamualaikum

Tengah hari tadi lunch dekat SACC Mall
Mula2 nak lunch di The Teapot Deli, tapi disebabkan banyak makanan yang habis..
Kami tukar plan, turun ke ground floor menuju ke Palma Cafe
Habis je makan, masih ada masa lebih kurang 20minit sebelum pukul 2.30 petang..
So, sempat lah menjengah ke beberapa butik or kedai di area ground floor tu..

Kebetulan MPH Bookstore ada buat promosi kat ground floor tu..
Memang pantang nampak buku-buku ni
Novel ape tah lagi..hehehe..
Tapi disebabkan belum bergaji, tadi cuma tengok2 saja..
Tup2 akak ofis kata, ambik lah 1 buku..akak belanja..
Tertarik dengan 1 buku..
sangat menarik dimata..

Tajuk : Buat Diriku Yang Mudah Lupa : 101 Rekreasi Hati
Tulisan oleh : Dr. Zahazan Mohamed
Lukisan dan Ilustrasi oleh : Nik Wafdi Nik Jaafar




Keistimewaan buku ini :
Sesuai dibaca semua peringkat umur
Dipersembahkan dalam bentuk santai dan humor
Mendekatkan pembaca kepada hadis
Senang difahami dan dihayati
Mudah dibawa sebagai bahan bacaan ringan
Sesuai untuk dijadikan cenderahati
Sebagai bimbingan kepada remaja

P/s : nanti saya kongsi lagi yang lain untuk korang k?Sharing is caring ^_^

Wordless Wednesday @ WW#3


*Rezeki Allah yang bagi, bukan manusia..mereka hanya perantara sahaja..Redha dan syukur perlu diseiring dengan usaha..In Shaa Allah, rezeki untuk kita ada ditempat lain jika bukan disini..

Monday, August 19, 2013

Gelagat Keluarga Saya Beraya

Assalamualaikum
Dah dekat dua minggu kita memasuki bulan Syawal..
Masih ada yang beraya?
Mood raya?
Haha..saya dah tak de mood raya..
Tapi kalau orang ajak berjalan?saya ikut je..hehe
Cuma nak kongsi gambar je ngn korang hari ni..
Enjoy the moment..~_^





 Mak sibuk mesej kakak dia..



















 Adik ayah yang bongsu dan sepupu

 Adik bujangku nan sorang..bulan depan dah masuk USIM, makin sunyi lah rumah lepas ni..



Ayah tanya, gambar dia tak da ke?
Tunjuk gambar kat dia, dia cakap 'se je?'
Hehe..ada lah 2-3 gambar ayah..ni pun curik2..
Sebab kadang2 nak ambik gambar dia, dia lari2..huhu
Tapi sedih sikit, tahun ni tak dapat lagi nak ambik gambar satu family..
Belum sempat nak duduk ambik gambar, dah ada orang datang beraya..
Tak pelah, kita tunggu tahun depan lah pulak..
In shaa Allah, moga2 ada rezeki lagi bertemu bulan Ramadhan dan Syawal tahun hadapan







Pok cik ni beraya kat Melaka..ni tak tau lah rumah tinggal mana yang dia pergi..


P/s : Tak sabar tunggu hari Jumaat ni, akan bercuti lama sikit..nak berjalan2..dalam Malaysia je, tak jauh pun..hehe..

Wednesday, August 14, 2013

Bunga Telur Tisu


Assalamualaikum..
Acaner cuti raya?
Seronok kan?
Bagi Yang Ayesha, cuti dan luangkan masa dengan keluarga tu seronok..
Cuma raya tahun ni biasa sahaja, tiada lebih..kurang banyak..
Hati lagilah kurang..huhuhu..

Korang pernah dengar pasal bunga telur tisu @ crepe tak?
Yang Ayesha, jujur sejujur jujurnya..baru dengar hari ni..
Haha..maaf, saya kurang minat buat kerja2 berseni ni..
Tapi bila tengok kawan post gambar dekat dinding Facebook dia tadi..
'Wah, cantiknya..macam best je ni..'
Ha, pompuan memang macam ni hokay...pantang nampak benda cantik..
Teruja habis, saya memang tak terkecuali..

Suruh kawan ajar, tapi dia tak nak ajar..ape la kan..hehe, tak dela..jgan marah..gurau je..
Yeala, mcam mane nak ajar..kami duk jauh..so, dia suruh saya carik je tutorial..
Ha ah lah kan, sekarang carik je kat Youtube..semua ada..

Mula-mula, saya search gambar dulu dekat en. google..
Masha Allah...cantiknya hasil tangan yang orang lain buat..berwarna-warni..
Ish3..tak boleh jadik ni..
Nasib baik lah banyak tisu kat ofis ni..
Rembat sehelai jap tadi..
Testing3..
Ehem3..


Acaner? Cantik kan?hihu..ni bunga sahaja ok..
Kalau nak tau macam mana nak buat yang penuh dengan tangkai bagai..
Korang boleh tengok tutorial dalam video kat atas tu..
Suka, suka, suka...

Tuesday, August 6, 2013

Salam Lebaran Buat Semua



Assalamualaikum..

Sempena hari baik bulan baik dan mulia ini
Disini saya, Nursyazwani binti Masduki @ Yang Ayesha ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua ummat Islam di seluruh dunia..hehe
Ampunkan salah silap saya dan halalkan segalanya kalau ada yang termakan atau terminum yerk..
Sebagai manusia, kita selalu melakukan kesilapan..
Tetapi selagi kita hidup, minta maaf dan rendahkan ego kita tu tak salah kan?
Orang kata, apa salahnya kita rendahkan ego kita sedikit untuk memohon maaf demi sebuah kemaafan dan pertalian saudara sesama Islam..
Renung2 kan dan selamat beramal.. ^_^


P/s : korang baik tak? Apa kata sempena bulan baik ni, korang bagi duit raya kat saya? Tak susah pun, cuma klik je link kat bawah..hehe..tunggu sampai habis loading tau..pastu sesiapa yang nak suruh saya klik iklan, boleh tinggalkan link post korang dalam kotak komen..terima kasih ~_^


SINI   SINI    SINI   SINI