Thursday, June 26, 2014

Terima Kasih Kawan-kawan

Assalamualaikum..


Hari Selasa yang lalu adalah birthday Ayesha..
Tengahari tu lunch dekat Restoran Keningau di Plaza Masalam..
Baru lagi buka hujung ke awal bulan hari tu..
Lauk tengahari dia boleh tahan..
Kira murah jika dibandingkan dengan Restoran Cili Merah yang dekat dengan ofis Ayesha ni..

Balik daripada lunch, kawan baik Ayesha buat kejutan..
Tiba-tiba naik jumpa Ayesha bagi hadiah dengan kad ni..
Sangat2 terharu..nak nangis pun ada *drama sangat..

Petang pulak, kawan-kawan daripada department lain datang tempat Ayesha bawak..


Belon warna-warni sambil nyanyi lagu 'Happy Birthday'
Birthday girl puasa masa tu, jadi dia orang tak boleh nak bawak kek..hehe
Gatal tak nak ganti puasa awal-awal, asyik tangguh-tangguh je..
Siap ada yang tanya, 'Aik, hari jadi kau tapi kau puasa?'
Haha..hanya mampu sengih jela..nak buat macam mana..
So petang tu dapat belon dengan jam tangan dan kad jemputan, eh bukan..
Kad ucapan 'Happy Birthday'
Masa tu jugak dia orang suruh buka jam yang Ayesha pakai..
Haha..so petang tu pakai lah jam baru..


Ni outfit semalam..
Merasmikan shawl yang kawan Ayesha bagi dan bergaya dengan jam tangan..
Serius cakap, semua baju ke tudung ke shawl ke yang ada warna pink 
Ayesha tak pernah beli sendiri, mesti orang yang bagi..
Dulu tak suka warna pink..
Tapi sejak orang bagi2 baju atau shawl warna pink ni..
Tetiba macam suka pulak
Cinta hati tak suka Ayesha pakai warna pink sangat
Kadang-kadang suruh tukar..kihkih
Tapi sejak dua menjak ni suka sangat belasah warna pink
Lepas ni banyak lah koleksi warna pink..hihi


Dan semalam petang, dia orang ni buat surprise lagi..
Naik atas bawak kek pulak nyanyi lagu 'Happy Birthday' lagi..
Hari ni ada yang tanya 'Wani, hari ni tak celebrate lagi ke birthday?'
Hahaha..gelak jela..macam melampau pulak nak buat 3 hari berturut-turut

Nota kaki : Sejak akhir-akhir ni asyik berangan je, sampai orang cakap apa pun macam dengar tak dengar je..macam menghitung hari je ni..huhu