Friday, February 28, 2014

Promosi!!!

Assalamualaikum..

Nak bagitau ni..
Selain jual wide shawl, Ayesha ada jual barang lain jugak..
Ini adalah promosi sepanjang masa tau..
In shaa Allah

Kalau nak pre-order barang2 dibawah..boleh lah PM/Whatsapp saya yea

1. Genie Bra - serendah RM42/set *exclude postage
2. High Waist Panty - RM12/helai *exclude postage
3. Shake n Take II (ada 2 botol) - RM65/set *exclude postage

Mana nak dapat harga murah macam ni?
Ayesha sentiasa berikan yang termurah untuk korang..
In shaa Allah..
Cepat2!!!Beli jangan tak beli..
Yang dah lama mengidam nak beli Shake n Take tu, cepat dapatkan..
Hanya RM65 sahaja satu set..
Siap ada dua botol lagi..


Ikhlaskah Kita?

Assalamualaikum..


Sekadar perkongsian pada hari Jumaat yang penuh barakhah ini
Benarkah kita sudah ikhlas bila mana ikhlas itu masih disebut-sebut?
Mari kita renung-renungkan ^_^

Thursday, February 27, 2014

Tingkatkan Usaha Menuju Kejayaan

Assalamualaikum..



Setiap hari Ayesha pasti akan tengok berapa banyak orang yang datang view dan tengok blog ni..
Dah lama sebenarnya tak letak link entri dekat mana2 walaupun wall facebook sendiri..
Cuma automatik share ke google plus je..hihi
Tapi yealah..kadang2 tak sempat nak blogwalking ke blog orang lain..
Selalu sempat menjelajah ke blog yang sudah di follow atau dalam bloglist sahaja..
Jadinya page view tu tak memberansangkan sangat..

Entri pun banyak pasal kisah diri sendiri saja..
Informasi kurang..
Masih mencari dimana boleh dapatkan banyak2 informasi
Jujur kata, jarang membaca membuatkan kita kurang ilmu
So?
Yea2, Ayesha tengah usaha tingkatkan lagi pembacaan dan mencari informasi terkini..hehe
In shaa Allah, bukan pasal artis..
Tapi kalau pasal drama tu jangan marah ek..
Kadang2 dalam drama ni lah kita akan dapat pengajaran untuk hidup kita..
Terpulang kepada kita, macam mana cara kita menonton dan menilainya..


Nota kaki : Dah dekat setahun cerpen yang Ayesha pernah buat dulu tertangguh..macam2 hal kan..tapi kali ni dah tak nak janji dah..biar masa saja menentukan..

Wednesday, February 26, 2014

Asfan - Alasan Untuk Bahagia


Seperti mentari kan hilang
Mengikut jejakku
Menghapus bayangmu

Teruslah ku membawa cinta
Jauh dariku
Jauh darimu

Dan tidak bisaku mengerti
Semua terjadi harus begini

Kini yang tinggal hanya
Sisa-sisa kisah yang terindah
Dan hitam tiba membawa derita

Sejujurnya masih ada
Rasa cinta yang tak akan putus
Kerna alasanmu untukku bahagia
Seharusnya kau sedari
Separuh jiwaku akan mati
Yang tinggal hanya
Alasan untuk bahagia

Kini yang tinggal hanya
Sisa-sisa kisah yang terindah
Dan hitam tiba membawa derita

[*] Sejujurnya masih ada
Rasa cinta yang tak akan putus
Kerna alasanmu untukku bahagia
Seharusnya kau sedari
Separuh jiwaku akan mati
Yang tinggal hanya
Alasan untuk bahagia

Repeat [*]
Yang tinggal hanya
Alasan untuk bahagia


Nota kaki : Khas buat kamu berdua yang pernah dan masih ada dalam hatiku sahabat, jika terbaca coretan hatiku ini, selayaknya kalian bahagia..maaf jika aku pemusnah kebahagiaan kalian

Juri Muzik HotFM

Assalamualaikum..

Terasa bersyukur sangat dapat rezeki semalam..

Kisahnya..
Balik dari keluar lunch semalam..
online2 jap kan, tengok email google sebab Ayesha memang sentiasa bukak
Supaya mudah nak balas terus komen kawan-kawan di blog ni..hehe
Kecuali kalau hari cuti, tak balik rumah family..
Setakat online dekat handset saja..
Memang tak boleh nak balas..hihi..maaf yea

Ok, seterusnya..
Bukak2 tengok ada email daripada HotFM
Wah!
Rasa teruja dan berdebar-debar bila tengok..

Ya Allah, rezeki datang bergolek..
Tak sangka boleh menang..
Ayesha baru buat survey dan slogan tu minggu lepas..
Tak ingat pulak slogan tu..
Sebab spontan je taip..

Rasa macam nak melompat lepas baca email tu..
Tak pernah bertuah, nak menang2 peraduan yang best macam ni..hihi
Nak cuba buat Kata Anda anjuran Sinar FM pulak lepas ni..
Ayesha memang suka dengar radio..
Kadang2 tukar2 siaran..hihi..
Ada masa radio ni best, radio tu tak best..
So, memang tukar2 lah siaran kan..

Nota kaki : In shaa Allah, nak kongsi rezeki yang sikit ni dengan keluarga Ayesha dulu..lepas tu, jika ada rezeki lebih nak kongsi dengan orang yang selalu dekat..^_^

Wordless Wednesday@WW#17

Assalamualaikum..


"kita tidak tahu apa yang terdetik di hati orang lain, namun berprasangka baiklah selalu"


Tuesday, February 25, 2014

Nuffnang Tengah Pemurah Ke?

Assalamualaikum..

<Entri Pendek>

Nuffnang tengah pemurah ke ni?
Sebab dari tadi Ayesha tengok dekat blog ni..
Dah tak de dah iklan Churpchurp macam selalu..
Ke Ayesha yang salah tengok?
Hihi..

Kalau anda, anda dan anda pun tengok bukan iklan churpchurp yang ada dekat blog ni..
Harap2 boleh tolong klik iklan Nuffnang yang ada tu ek..
Tinggalkan komen beserta link blog anda dekat entri ni atau chatbox Ayesha..
Nanti Ayesha singgah blog dan klik2 iklan korang pulak..
Thanks ^_^


Mood Sedang Ingin Bercinta Dah Sampai

Assalamualaikum..

Hambik...
Macam pelik je tajuk entri hari ni..
Hehe..
Hari ni, daripada pagi layan lagu yang sama je..
Bila datang mood macam ni, memang akan layan satu lagu je ulang-ulang sampai bosan..



Hidupku tanpa cintamu
Bagai malam tanpa bintang
Cintaku tanpa sambutmu
Bagai panas tanpa hujan
Jiwaku berbisik lirih
Ku harus milikimu

Aku bisa membuatmu
Jatuh cinta kepadaku
Meski kau tak cinta kepadaku
Beri sedikit waktu
Biar cinta datang
Karena telah terbiasa

Simpan mawar yang kuberi
Mungkin wanginya mengilhami
Sudikah dirimu untuk
Kenali aku dulu
Sebelum kau ludahi aku
Sebelum kau robek hatiku

Aku bisa membuatmu
Jatuh cinta kepadaku
Meski kau tak cinta… kepadaku

Hidup tanpa cintamu
Bagai bulan tanpa bintang
Cintaku tanpa sambutmu
Bagai panas tanpa hujan

sumber lirik

Nota kaki : Rasa sesuatu lah hari ni..lain sangat rasa..dia fikir apa agaknya?

Monday, February 24, 2014

Dah Semak Nama?

Assalamualaikum..

Selamat hari Isnin dan memulakan kerja kawan-kawan..
Terasa lesu pulak hari ni..hehe
Malam tadi tidur hampir pukul 12 juga sebab berborak dengan rommate..

Ayesha nak tanya ni..
Ada sesiapa yang jadi peserta Giveaway anjuran kak Shida Radzuan tak hari tu?
Ayesha terbaca dekat Facebook kak Shida pagi tadi..
Masih ada peserta yang tak PM untuk tebus hadiah lagi..


Korang boleh semak nombor korang dekat bawah ni :


Nak semak senarai pemenang?


Ini adalah keputusan sempena Giveaway 5K Dunia Sebenar Shida yang berakhir pada minggu lepas..
Rugi kalau ada yang tak tuntut..
Sebab hadiah bukan calang2..
Dan Ayesha nak ucapkan
Tahniah kepada semua pemenang..^_^

Nota kaki : Jangan lupa tuntut, sebab hari ni adalah hari terakhir untuk tuntut hadiah..kalau tak tuntut, rugi sangat..

Saturday, February 22, 2014

Santai Hari Minggu

Assalamualaikum..

Sumber dari en.google

Yeah!
It's weekend..
Mahu ke manakah hari ini?
Duit BR1M dah masuk..
Jom shopping..
Keh3..
Belilah apa yang dimahu..
Asalkan berpada-pada jangan ikut hawa nafsu yerk..

Selamat Berhujung Minggu..

Nota kaki : Best friend ajak pergi mandi-manda..nak pergi ke tak pergi??hurm...

Friday, February 21, 2014

Drama Ku Cinta Kau Seorang Dah Tamat!

Assalamualaikum..


Yeay!!
Drama Ku Cinta Kau Seorang telah melabuhkan tirainya malam tadi..
Yeay lah sangat kan..
Suka sangat tengok cerita ni..
Kisah Helmi dan Batrisya..
Mula-mula macam anjing dengan kucing..
Pantang berjumpa, mesti bergaduh..
Tapi lama kelamaan sama-sama jatuh cinta..

Kesayangan Ayesha yang tak reti tengok cerita cintan-cintun tu pun..
Boleh layan cerita ni tau..
Setiap kali kalau tengok..
Setiap babak yang best, yang kelakar..
Confirm handphone Ayesha berbunyi..
Nenek dia kelakar lah..
Diorang bergaduh lah..
Paling tak boleh tahan
Masa nenek Helmi meninggal
Hantar whatsapp macam ni..
'nenek dia mati T_T'
siap ada icon nangis weh..
Aduh duh duh..

Untuk pengetahuan korang..
Dia memang anti kalau Ayesha baca novel..
Layan cerita-cerita cinta ni..
Kalau kita cerita dekat dia..
Sorry lah eh, dia memang tak layan..
Dia dengar je..
Lepas tu, dah habis bercerita..
Kau kena ceramah balik..
Novel tak bagus, melemahkan hati..
Bla..bla..bla..
Haiyooo..
Mak Ayesha pun tak membebel macam ni..
Sudahnya sekarang ni, pinjam novel dekat akak ofis sampai 5-6 buah
1 novel pun belum ada yang habis baca..
Sebab?
Dah malas nak baca..haha
Cuba kalau baca?
Confirm menitik air mata kalau part sedih..
Baca Al-Quran tak pernah menangis pulak..
Ish3..apa nak jadi?

Ha..
Sambung cerita balik..
Malam tadi kan episod last..
Dah tak de dah part yang sedih-sedih episod malam tadi
Cuma yang berdebar tu masa ayah Batrisya panggil Helmi datang rumah..
Sumpah rasa ayah Batrisya psiko gila..
Tapi masa Ayesha tengok ayah Batrisya macam tenang je tanya soalan dekat Helmi tu..
Dah tau dah, ni saja nak test Helmi ni..
Tapi Batrisya dengan Helmi kalut sangat..
Haha..memang kelakar..

Bila scene yang dah nak habis tu..
Ha...kau..whatsapp masuk
'So sweetttt..'
Eh..eh..eh..
Haha..
Tapi lepas tu Ayesha pun melayan jugak..
Tukang sambung..
Kih3..

Rasanya, cerita ni lah yang Ayesha rasa tak berat sangat..
Tak meleret-leret sangat..
Setiap minggu rasa tak sabar nak tunggu episod baru..

Nota kaki : Suka tengok pelakon yang bawak watak Batrisya tu, tiap kali tengok dia berlakon..rasa tak puas je tengok muka dia..hihi

Janji Yang Tertangguh

Assalamualaikum..

Bulan lepas Ayesha ada cakap nak sharing satu tempat makan..
Masa tu dinner dengan family dekat luar..

Lama kan tertangguh janji ni..
Alkisahnya, macam malas nak transfer gambar dari handphone..
Sorry uols..^_^

Ok, berbalik pada kisahnya..
Masa tu Ayesha dengan family dinner di The Captain Stemboat and Grill
Layanan dekat sini memang terbaik..
Masa tu Ayesha pergi malam minggu..
Masa sampai malam tu, memang penuh..
Tempat letak kereta pun penuh..
Nasib baik dah tempah meja awal2..
Bajet masa dalam pukul9-9.30 malam sampai sana..
Sebab ayah suruh tunggu solat Isyak sekali baru gerak..
Ayah yang belanja malam tu..
Keluarga kami ada 6 orang..
Dan tambah nenek dengan mak cik Ayesha sorang..
So, Ayesha tempah meja untuk 8 orang malam tu..
Ayah kata :
'Ayah nak duduk makan je, kakak uruskan semua..ayah bagi duit, kakak bayar..'

Memang Ayesha jadi macam pemandu pelancong lah malam tu..keh3
Ketua segala aktiviti..
Sudu tak cukup
Pegi mintak dekat kaunter..
Jug habis
Mintak jugak dekat kaunter..
Hehe..senang kata, semua Ayesha settlekan lah

Seorang isteri yang setia memang sentiasa akan dekat dengan suaminya..
Ececeh..
Berangan nak jadi macam mak dengan ayah..
Dari dulu sampai sekarang..
Gaduh kecil tu perkara biasa..
Yang penting kena sepakat dan bertolak ansur..

Ayah teruja nak cuba kambing dia je..
Banyak jugak ktorang grill kambing malam tu..
Balik umah, memang terasa pening..
Tapi kambing kat sini terbaik..
Sedap wooo..

My adik yang poyo..haha..
Ini lah puteri kedua dalam keluarga..
Kadang2, dia lebih matang buat keputusan berbanding Ayesha yang anak sulung ni..
Dia mengajar dekat sekolah rendah agama Rantau Panjang, Klang
Hehe..

Satu-satunya putera mahkota..
Kalau dia tak de, rase macam kosong je rumah..
Tapi balik pun kadang2 tak lekat kat rumah..
Ada je aktiviti dia dekat luar..
Sukan lah, program tu lah, program ni lah..
Semoga berjaya dengan cemerlang adik bujangku nan sorang..
Untung2 jadi mufti satu hari nanti..hihi

Ini lah puteri bongsu..
Nakal, cepat merajuk..haha
Nak mintak tolong sila cakap baik2..
Puji2 dulu ek..
Kalau cakap kasar2, memang tak dilayan..
Selalu gaduh dengan abang dia..

Ini makcik bongsu..
Adik ayah yang paling kecik..
Tapi dia dah besar ok..
Yang sebelah tu nenek Ayesha..
Oleh sebab tinggal dia je yang duduk dengan nenek..
Dia lah yang jaga nenek..
Kadang2 tengok ragam dia dengan nenek pun boleh buat Ayesha tergelak..

Malam tu memang makan mengikut nafsu..
Haha..
Tapi tak membazir ok..
Untuk grill, macam2 ada..
Apa yang ada??
Meh Ayesha senaraikan kat bawah..hehe
1. Ayam
2. Daging lembu
3. Daging kambing
4. Sotong
5. Udang
6. Kerang
Cukup tak?hui, cukup dah kot..
Ni pun confirm korang tak terlarat nak makan..
Belum campur untuk steamboat lagi..
Dan menu malam tu ada nasi lemak kalau yang nak makan nasi..
Menu dia akan bertukar2 setiap malam..



Akhir sekali, ada aiskrim..
Ayesha ambik aiskrim coklat + mint..
Selalu Ayesha tak layan sangat perisa mint ni..
Malam tu rasa macam sedap pulak..

Alamak, mana gambar Ayesha masa dekat pintu masuk restoran ni ek..
Macam dah hilang je..huhu
Sedih lah pulak..
Tapi masa nak balik tu, pemilik restoran ni tanya layanan macam mana
Tempat duduk ok ke tak..
Kira layanan dia ok la..
So, Ayesha bagi 4 bintang..ececeh..
Haha..

Lupa nak bagitahu harga
Orang dewasa RM21.90 seorang
Warga emas berumur 60 tahun ke atas RM13.90 seorang
Kanak-kanak berumur 7-12 tahun RM9.90 seorang
Dan kanak-kanak berumur 7 tahun ke bawah F.O.C

Nak terjah restoran ni?
Meh Ayesha bagi alamat dengan nombor telefon
Lot 2658 Persiaran Hamzah Alang , 41050 Meru, Malaysia
No. Telefon : 019-235 4796
Waktu Operasi : 6.00 petang - 12.00 malam


Nota kaki : sesiapa yang biasa pergi pekan Kapar/Kuala Selangor melalui Meru, mesti boleh nampak Restoran ni dari tepi jalan..hehe

Selamat bersteamboat & grill ^_^

Thursday, February 20, 2014

Sabhi Saddi - Cinta Sesungguhnya

Assalamualaikum..



Ku adalah manusia
Yang paling beruntung
Memiliki kamu

Kau tiada habisnya
Menyayangi aku
Sepenuh hatimu

Cinta yang luar biasa
Ku serahkan
Pada dirimu

Kaulah cinta sesungguhnya
Sekuat hati ku kan menjagamu
Demi cinta seutuhnya
Ku kan berjanji
Seumur hidupku
Takkan lelah mendampingimu

Kau tiada habisnya
Menyayangi aku
Sepenuh hatimu
Cinta yang luar biasa
Ku serahkan
Pada dirimu

Kaulah cinta sesungguhnya
Sekuat hati ku kan menjagamu
Demi cinta seutuhnya
Ku kan berjanji
Seumur hidupku
Takkan lelah mendampingimu

Kaulah cinta sesungguhnya
Sekuat hati ku kan menjagamu
Kaulah cinta sesungguhnya
Sekuat hati ku kan menjagamu
Demi cinta seutuhnya
Ku kan berjanji
Takkan lelah mendampingimu

Ku kan berjanji
Seumur hidupku
Takkan lelah mendampingimu



P/s : Khas buat cinta hati..

Mini Giveaway by Nrl Shfyqh

Assalamualaikum..

Tamat pada 23/2/2014


Wednesday, February 19, 2014

Rasa Sebak!!!

Assalamualaikum..

Alkisahnya..
Mak hantar mesej melalui whatsapp tengahari tadi..
Mak kata, terjumpa akaun Facebook kawan lama dia..
Mak tanya, mak tak de FB boleh berhubung dengan dia ke?
Ayesha suruh mak hantar mesej dekat FB guna akaun ayah..
Tapi mak tak pandai lagi..
Dalam pada dok balas whatsapp dengan mak tu
Tah kenapa tiba-tiba hati rasa sebak semacam je..
Macam nak mengalir air mata..

Ah sudah...
Kau dah kenapa??
Entah lah..
Tiba-tiba rasa terharu sangat..
Sebab teringat cerita mak..
Dah lost contact dengan kawan dia sangat lama..
Sejak habis sekolah kot..
Ke zaman mak kerja lagi..lupa pulak
Padahal itu lah kawan rapat mak..
Bayangkan sekarang ni anak-anak masing-masing dah dewasa dah..
Ayesha sendiri dah nak masuk 25 tahun dah tahun ni..

Tapi Ayesha dah ter add acik tu dekat FB tadi..
Jangan bagitau dekat mak tau..
Hehe..tanya mak tadi, suruh add je dekat FB
Tapi mak tak nak pulak
Mak cakap dia segan
Segan sebab acik tu wanita berkerjaya..
Mak Ayesha suri rumah saja..
Tapi Ayesha kata, kalau kawan ikhlas tak kan pandang semua tu..
Lainlah kalau kawan tu sombong dan berlagak kan?
Huhu..tiba-tiba timbul mood blues pulak petang-petang ni..
Sedihnya..T_T

Wordless Wednesday@WW#16

Assalamualaikum..



Handsocks Ayesha Dah Sampai!!!

Assalamualaikum..

Yeay!!!
Handsocks yang Ayesha order dah sampai semalam..
Hihi..patutnya nak buat entri semalam..tapi tak sempat pulak..

Ops, tapi bukan semua ni Ayesha punya..
Separuh dozen akak ofis punya..
Dapat2 terus pakai..

.
.
.
.
.
.
.
.

Tara...
Kamera fon tak cantik..
Ekceli, ni warna turquoise..
Macam tak kena je warna ni dengan baju kan?
Hehe..
Sebenarnya Ayesha matchkan dengan tudung semalam..
Kira match jela kot..tak de orang tegur pun semalam..hihi..

Tahun ni berazam dan semoga istiqomah..
Lepas ni nak cari stokin pulak..
Ayesha sebenarnya suka huha-huha dgan kawan2..
Selamba land jer..
Kadang2 rasa tak sesuai watak Ayesha tu nak berpakaian muslimah..huhu
Tapi sebenarnya bila bab pakaian ni, kira dah wajib dah
Sebab aurat kan..
Lagipun mak dari dulu suruh berubah, berubah, berubah..
Tapi anak dia degil..
Kesian mak kita..
Kesian ayah kita..
Huhu..
Doakan moga Ayesha istiqomah yerr..

Tuesday, February 18, 2014

Balistik Cinta Lagu Berhantu??

Assalamualaikum..
Ayesha rasa lagu ni macam berhantu pulak sejak dengar dari semalam..
Ulang2 tanpa henti dalam minda..
Kalau nak tau lagu ni macam mana, nanti cari dekat google eh..atau youtube..
Tah kenapa menusuk dijiwa..sangat2
Lagu ni jadi tema filem Balistik..
Cerita apa?tak tau lah..tak pernah tengok lagi..hehe


Fiq - Balistik Cinta

Mana hilangnya
Rasa yang terpaut dalam jiwa

Sepi terasa melukis resah di dalam hati
Dan tak mampu ku ungkapkan gagah
Yang kita takkan bersama

Biar terhapus janji-janji yang pernah terucap
Biarkan waktu lenyapkan semua rasa cintamu
Yang pernah kau enap dalam hatiku
Meski ku menginginkanmu

Korus
Mungkin kau dan aku tak bisa bersatu
Kerna cinta yang kau beri
Berbalistik cinta
Cepat datang dan pergi
Melayang jauh dari hidupku oh kasih

Biarkan cintamu abadi dalam hati
Dan biar cintanya merasuk dalam diri
Satukan semua kisah kita
Terpatri dalam hati

Relakanlah cinta yang untukmu
Lepaskan ragumu pada cinta ku

Ulang korus

Oh kasih... 

Biarkan cintamu abadi dalam hati
Dan biar cintanya merasuk dalam diri
Satukan semua kisah kita
Terpatri dalam hati

Mana hilangnya rasa yang terpaut dalam jiwa 


Monday, February 17, 2014

Aktiviti Waktu Lunch Hari Ini

Assalamualaikum..


Rasa best sangat harini..
Sebab akhirnya dapat jugak makan siput sedut yang diidam-idamkan..
Hehe..
Sambil-sambil layan drama Yes Boss! ni..
Lakonan Emma Ma'embong & Fahrin Ahmad..
Kelakar sangat..
Pertama kali tengok Fahrin Ahmad jadi playboy..


P/s : mengimbau kenangan lama harini..macam2..haha

Utopia - Benci


Haruskah aku mencintanya
Bila hanya berikan duka
Sepertinya aku bahagia
Satu sisi aku menangis
Aku pernah sangat berharga
Semua mata memujaku
Sampai kau datang dalam hidupku
Segalanya berubah

Reff:
Kau mengambil hatiku
Jadikannya kelabu
Kau menghancurkan semua impian
Yang tersimpan sejak dulu
Kau racuni cintaku
Hingga menjadi benci
Tak lelah aku setia
Tersiksa sendiri

Betapa inginku berlari
Dan terlepas dari dirimu
Tapi semakin ku mencoba
Aku ingin kembali

Kembali ke Reff:
Kau mengambil hatiku
Jadikannya kelabu
Kau hancurkan
Segala impian
Haa...aa...a...

Jadi Nasi Goreng Juga Akhirnya

Assalamualaikum..


Ish3x!!
Pening kepala mak saya dengan perangai anak dia yang sorang ni..haha..
Alkisahnya, Ayesha nak balik dari kampung malam tadi..
Masa nak balik, siap bungkus nasi dengan lauk..
Ambik nasi banyak jugak..
Lepas tu, adik bongsu tanya
'Pergh..ambik nasi banyak macam tu ko nak buat apa?'
Ayesha kata
'Nak buat sahur besok..'
Sambil tersengih2 ambik lauk..
Mak menyampuk
'Ye lah tu, nanti jadi macam aritu..jadi nasi goreng..'
Muehehe..
Sungguh2 jadi nasi goreng pagi ni..
Terlajak bangun pukul 6.30 pagi..
Kalau zaman study dulu, boleh je tak payah sahur kalau nak puasa
Tapi sekarang dah tua..eh..
Tua lah jugak..dah 25 tahun dah tahun ni..huhu

Lucky Giveaway by Tisya & FD


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
"Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”


Klik banner untuk join.

Senarai hadiah :-
Beg laptop & dress by Yumida | Keychain handbag 3D by Batrisyia | Bookark 4Rabia by Iman Zakaria | Tudung by Karimah | Topup RM10 by Arrien | Topup RM10 x 3 by Waney | Printed Shawl by Adriana Azam | Topup RM5 by Darlina | Preloved Novel by FD | Topup RM5 x 5 by Shad | Topup RM5 x 2 by Iza Arina

Lucky Giveaway ditaja oleh Batrisyia, Fatin Diana, Yumida, Iman Zakaria, Karimah, Arrien, Waney, Adriana, Darlina, Shadira, dan Iza Arina.


Tamat 25 Februari 2014, 10 Malam.


Friday, February 14, 2014

Mini February Giveaway

Assalamualaikum..

[klik pada BANNER untuk join]

Senarai hadiah:

1st Top Referral:
Natural Bamboo Slimming Suit bernilai RM55

2nd Top Referral:
4 Strand Mixed Bracelet bernilai RM38

Cabutan bertuah:

4x Pin Shawl
2x Hairclip
2x Fridge Magnet
2x Button Badge
4x Keychain
4x Bookmark

Style Shades
Brooch Riben
Belt
Mini Pouch
Necklace (with box)

Obuse Liptint
Majalah JOM!
Album Gambar 4R
Handsock berenda
EXO XOXO Sehun Replica Photocard

SAY NO!!!

Assalamualaikum..


Ayesha bukan nak boikot pak cik Google ni..
Sebab dekat pak cik Google lah Ayesha selalu dapat everything yang Ayesha cari..
Macam2 ada..haha
Tapi, untuk Valentine's ni??
Sorry, saya tak sokong..
Say No To Valentine's Day!!
Tapi ada pulak wujud hari Valentino Rossi??
Macam mana pulak tu??
Sila jangan macam-macam yea..

Thursday, February 13, 2014

Indah Dewi Pertiwi - Di Atas Satu Cinta

Assalamualaikum..

Peminat tegar drama Ariana Rose mesti tengok scene Rose dan Adam bersanding dekat dewan semalam kan?
Siap ada tema winter lagi..
Ayesha suka lagu tema dekat dewan tu..
Rasa sebak dan terharu kot dengar lagu tu..
Jom kita zass, dengar dan layan lagu dari Indah Dewi Pertiwi ni ok..^_^


Jejak-jejak langkahku
Bagaikan lembaran waktu
Apakah ku masih bisa terus melangkah
Serpihan hihupku ‘kan ku bangun
di atas satu cinta

Subhanallah aku mencintainya
Subhanallah aku menyayanginya
Dari ufuk timur hingga ke barat
Selalu dihatiku

Subhanallah aku mencintainya
Subhanallah aku menyayanginya
Dari ufuk timur hingga ke barat
Selalu dihatiku

Subhanallah aku mencintainya
Subhanallah aku menyayanginya
Dari ufuk timur hingga ke barat

Subhanallah aku mencintainya
Subhanallah aku menyayanginya
Dari ufuk timur hingga ke barat

Subhanallah aku mencintainya
Subhanallah aku menyayanginya
Dari ufuk timur hingga ke barat

Subhanallah aku mencintainya
Subhanallah aku menyayanginya
Dari ufuk timur hingga ke barat
Selalu dihatiku


Wednesday, February 12, 2014

Wordless Wednesday@WW#15

Assalamualaikum..

Nak ber Shake & Take??
Hanya RM60
Paket termasuk :
1 x guideline
1 x blender
2 x botol

*tambah RM10 untuk pos
COD area Shah Alam dan Kapar

Big Giveaway By Iman Zakaria & Huda

Assalamualaikum...


klik banner untuk join..

Hadiah memang best2..
Jom kita join

TAMAT PADA 28/2/2014

Tuesday, February 11, 2014

Jana Pendapatan Daripada Iklan H12 Media

Assalamualaikum..

Dah pernah dengar pasal H12 Media ni tak?
Dalam kalangan para blogger, mesti tak asing lagi tentang nuffnang, komli dan sebagainya..
Bagi Ayesha, biasa dengar nuffnang..akaun nuffnang pun ada..
Tapi nak jana income dari iklan nuffnang serasa payah..
Setakat ni, adalah RM0.25 kot yang hado..
Tak pernah cash out pun sebab earning tak pernah naik..
Jika anda senasib dengan Ayesha, mungkin anda boleh mencuba H12 Media ni..

Ayesha pun baru sahaja menggunakan H12 Media ni di blog
Apa yang penting, anda kekalkan impressions
In shaa Allah CPM anda akan cepat naik..
Ayesha masih belajar lagi dari sifu..hehe..

Malu weh nak tunjuk ni..tak mampu lagi nak buat macam orang lain
Ayesha tak konsisten update entri
Tapi tahun ni in shaa Allah azam baru
Ayesha akan cuba buat entri sebanyak yang boleh..
Nak tau lebih lanjut tentang kelebihan bila anda publish iklan H12 Media ni di blog?
Boleh rujuk maklumat dibawah yang telah Ayesha copy&paste dari website berkenaan

Standard banners for your websites
  • Use industry standard banners for your websites: 300x250, 728x90, 468x60, 250x250, 120x600, 160x600, 336x280 pixel banners.
Premium on video banners for your any type of players
  • Use H12 Media's unique on video banners on your websites and monetize your video content.
  • Do you have external iframe or flash players on your website? Our on video banners compatiable with them.
  • Highest CPM rate, because on video banners providing best click rates.
  • Able to set splash time-out or overlay time-out.
  • Able to set frequency capping for on-video banners. (1,2,3 or unlimited impressions per user/day)
Sliding banners for your websites
  • Use industry standard banners as sliding on your websites.
  • Get better click rates and CPM rate by using them.
  • Sliding from bottom, right, left or central... Just choose from control panel and get codes.
  • You can also set frequency capping for each sliding banner. (1,2,3 or unlimited impressions per user/day)
Payment limit 5 USD to Paypal
  • Every day your account balance updates according your previous day's revenues.
  • Reach 5 USD and request a payment. We'll make it within 24 hours.
Bank Wire Transfers
  • Reach 500 USD and request a payment to your bank account. We'll make it within 24 hours. And you will see money in your bank account in 5 business days.
Earn 10% Commission From Affiliated Accounts
  • Promote your registeration URL, get affiliated publisher accounts.
  • When your affiliated account request a payment, we'll add 10% of your affiliated account's payment amount to your account balance.
  • Do not worry, we'll send you an email when we made a payment to your affiliate that includes the amount you earned.
Secure Pop Advertising
  • We provide you secure pop under, site under and pre-pop banners with highest CPM rates also. You can also set frequency capping to pops!

Nak daftar?
Jom klik sini

FIRST GIVEAWAY by IZNI SOFIA

Assalamualaikum..

Hari ni nak berceloteh sikit..
Jom join GiveAway yang meletop super vogue da vass ni..
Klik banner kat bawah yea..
Nanti Ayesha bagitau kenapa GiveAway ni vogue da vass..

Jangan lupa klik banner ni tau..

TAMAT PADA 28 FEBRUARI 2014

Join GiveAway ni..
Untung2 korang boleh dapat hadiah yang vogue da vass kat bawah ni..

Samsung S4 x 1 Pemenang *boleh pilih warna


Jam Touch Screen x 1 Pemenang *warna hitam


Topup RM10 x 1 Pemenang


3 orang pemenang dicari untuk GiveAway ini dan peserta akan dipilih secara random


Kan????Dah kata dah, memang vogue da vass hadiah2 yang ditawarkan..

Dengan lafaz Bismillah Ayesha join GiveAway ni..
Mari kita support kawan kita..
Ramai2 join baru syok..


Monday, February 10, 2014

Jual Murah Sangat??Tak Nak Untung Ke??

Assalamualaikum..

Ada yang bertanya..
Murahnya jual barang?
Ada untung ke?

Ini jawapan saya :
Alhamdulillah..
Rezeki tu Allah yang bagi..
Memang lah berniaga ni kita nak untung..
Tapi saya suka bila pelanggan saya happy..
Saya harap pelanggan saya berpuas hati dengan barang yang mereka beli daripada saya..
Kepuasan pelanggan adalah kepuasan saya jugak..
Saya suka kalau ada antara pelanggan saya yang repeat order..
Itu bermakna mereka berpuas hati dengan barang yang saya jual..
Dan saya harap saya dapat memberi servis yang terbaik untuk pelanggan saya..

Jom singgah page Ayesha Store..
In shaa Allah, dalam masa terdekat saya akan up album perfumes untuk anda..
Happy shopping ladies and gentlemen ^_^

Friday, February 7, 2014

Kissara Wide Shawl Plain

Assalamualaikum..

Asyik up printed wide shawl je..
Jom kita tengok plain wide shawl pulak nak?
Kami ada lebih kurang 30 warna untuk plain wide shawl ni..
Tapi cek stok dulu yea sebelum order..takut warna yang anda nak tiada stok..^_^




Sila PM http://www.facebook.com/ayeshastore

atau whatsapp Ayesha di 017-2150950 

Happy shopping!!!! ^_^