Monday, June 30, 2014

CPUV #2 : IKEA - June Sales Campaign

Assalamualaikum..


Alhamdulillah..mungkin rezeki Ayesha bulan ni..
Akhirnya ada iklan CPUV dari Nuffnang yang bertempek dalam blog ni..
Ini kali kedua kiranya Nuffnang beri CPUV dalam blog Ayesha ni..


Campaign telah bermula pada minggu lepas iaitu pada 27 Jun 2014
Tapi baru hari ni dapat masuk dalam entri..
Ayesha baru perasan iklan ni dalam blog Ayesha pada hari Ahad semalam..
Campaign ni masih berjalan dan Ayesha harap adalah rezeki bulan ni dapat lagi CPUV yang lain ^_^


Kepada yang suka bershopping di IKEA mesti teruja tengok iklan ni..
Sales di IKEA bermula 28 Jun sehingga 6 Julai..
Masih ada masa lagi mahu memborong apa yang ada..
Banyak lagi barang yang ada dalam sales IKEA ni..
Tapi Ayesha terberkenan tengok plastic ice cube tray ni..
Comel kan?
Seronok jugak kalau dapat menjelajah ke IKEA dalam minggu ni..
Tapi macam tak sempat je >_<

Thursday, June 26, 2014

Terima Kasih Kawan-kawan

Assalamualaikum..


Hari Selasa yang lalu adalah birthday Ayesha..
Tengahari tu lunch dekat Restoran Keningau di Plaza Masalam..
Baru lagi buka hujung ke awal bulan hari tu..
Lauk tengahari dia boleh tahan..
Kira murah jika dibandingkan dengan Restoran Cili Merah yang dekat dengan ofis Ayesha ni..

Balik daripada lunch, kawan baik Ayesha buat kejutan..
Tiba-tiba naik jumpa Ayesha bagi hadiah dengan kad ni..
Sangat2 terharu..nak nangis pun ada *drama sangat..

Petang pulak, kawan-kawan daripada department lain datang tempat Ayesha bawak..


Belon warna-warni sambil nyanyi lagu 'Happy Birthday'
Birthday girl puasa masa tu, jadi dia orang tak boleh nak bawak kek..hehe
Gatal tak nak ganti puasa awal-awal, asyik tangguh-tangguh je..
Siap ada yang tanya, 'Aik, hari jadi kau tapi kau puasa?'
Haha..hanya mampu sengih jela..nak buat macam mana..
So petang tu dapat belon dengan jam tangan dan kad jemputan, eh bukan..
Kad ucapan 'Happy Birthday'
Masa tu jugak dia orang suruh buka jam yang Ayesha pakai..
Haha..so petang tu pakai lah jam baru..


Ni outfit semalam..
Merasmikan shawl yang kawan Ayesha bagi dan bergaya dengan jam tangan..
Serius cakap, semua baju ke tudung ke shawl ke yang ada warna pink 
Ayesha tak pernah beli sendiri, mesti orang yang bagi..
Dulu tak suka warna pink..
Tapi sejak orang bagi2 baju atau shawl warna pink ni..
Tetiba macam suka pulak
Cinta hati tak suka Ayesha pakai warna pink sangat
Kadang-kadang suruh tukar..kihkih
Tapi sejak dua menjak ni suka sangat belasah warna pink
Lepas ni banyak lah koleksi warna pink..hihi


Dan semalam petang, dia orang ni buat surprise lagi..
Naik atas bawak kek pulak nyanyi lagu 'Happy Birthday' lagi..
Hari ni ada yang tanya 'Wani, hari ni tak celebrate lagi ke birthday?'
Hahaha..gelak jela..macam melampau pulak nak buat 3 hari berturut-turut

Nota kaki : Sejak akhir-akhir ni asyik berangan je, sampai orang cakap apa pun macam dengar tak dengar je..macam menghitung hari je ni..huhu

Nuffnang Berwajah Baru

Assalamualaikum..


Tak tau lah kalau Ayesha salah tengok..hehe
Sebab hari-hari sebelum ni bila buka Nuffnang tak rupa macam ni..
Arini dah berubah rupa pulak..

Ayesha lagi suka wajah baru Nuffnang ni..
Kawan-kawan suka yang mana?
Versi baru atau lama?

Wednesday, June 25, 2014

Lucky Draw Lah Sangat

Assalamualaikum..


Ni Ayesha dapat dalam Spam Email
Ayesha memang selalu cek Spam Email Google ni..
Mana yang tak berkenaan je, buang terus..
Pagi tadi buka Spam Email tengok2 ada email ni..
Dari Master Card kononnya..


Siap ada nombor kad lagi..
Ayesha langsung tiada sebarang kredit kad..
Debit kad dari Maybank tu ada lah..

Haih, sejak akhir-akhir ni banyak betul dapat email spam macam ni..
Orang sekarang macam dah tak da kerja je nak buat hantar-hantar email macam ni..
Saya tiada wang yang mahu dirompak encik..
Cukup-cukup makan pakai je ni..
*ayat kau memang sedih Ayesha

Nota kaki : Berhati-hati zaman sekarang, banyak orang banyak ragam..

Tuesday, June 24, 2014

Budak Ni Dah Besar..

Assalamualaikum..

Gambar aneka jenis kek dekat homepage google hari ni..
Macam meraikan hari lahir kita lah hari ni kan.. :-P

Budak ni dah besar dah hari ni..

Merenung masa depan..
Genap umur 25 tahun hari ni..

Terima kasih buat yang mengirimkan ucapan Selamat Hari Lahir dan mendoakan semoga murah rezeki, dipanjangkan umur dan yang paling best semoga cepat kahwin..hehe
Ayesha dapat ucapan istimewa dan berita menggembirakan daripada orang tersayang disekeliling Ayesha hari ni..rasa nak tangkap leleh pun ada ni..
Terima kasih mak dan ayah kerana memberikan hadiah paling istimewa buatku hari ni
Terima kasih buat awak yang selalu ada dari dulu hingga kini..

Nota kaki : Siapa kita hari ini adalah kerana berkat doa orang yang berada disekeliling kita, terutama keluarga dan rakan-rakan..terima kasih semuanya kerana selalu mendoakan yang terbaik untuk saya..

Friday, June 20, 2014

Annual General Meeting

Assalamualaikum..


Semalam adalah pertama kali Ayesha join Annual General Meeting anjuran Lebtech Group
Bukan lah orang penting, tapi atas jemputan daripada Company Secretary dan Ayesha hadir sebagai staff Lebtech..
Rasa macam melebih-lebih make up ni semalam..
Tapi kawan-kawan kata sangat ok..
Dah lama tak menempek make up dekat muka sejak tahun lepas..
Terima kasih dekat akak ofis sebab tolong touch up make up Ayesha semalam..
Memang suka sangat tengok muka sendiri semalam..*perasan cantik lah tu..haha

Event semalam berlangsung di Hotel Concorde, berdekatan dengan ofis je..
Tapi pergi ada driver hantar, balik ada driver jemput..
Rasa macam orang ternama masuk hotel je..*poyosss
Bermula pada jam 11.00 pagi dan berakhir seawal jam 11.30 pagi..
Sekejap je sebab majlis berjalan lancar..

Lepas habis AGM, semua Board of Directors menjamu selera di Raku Japanese Restaurant yang berada di tingkat 1, Hotel Concorde..
Dan kami...












Di mana ada kamera, di situ ada kami..kihkihkih
Mana boleh tak ambik gambar..
Ini lah bukti yang kami pergi berpoya-poya..eh, salah..
Kami pergi Annual General Meeting..
Gambar yang bawah sekali ni adalah pelajar-pelajar dari UiTM Seremban..
Mereka turut hadir untuk merasai sendiri pengalaman macam mana Annual General Meeting ni berlangsung..

Habis berposing sakan dalam bilik tu..
Kami turun ke tingkat 1, untuk menjamu selera di Melting Pot Cafe..
Ini kali kedua Ayesha makan buffet dekat sini..
Makanan dia ok, tapi kalau di Quality Hotel rasanya lebih banyak pilihan menu..
Oleh sebab waktu makan tengahari ofis sampai 2.30 petang..
Maka kami melepak dekat sini santai-santai sampai jam 2.30 petang..
Bukan selalu boleh macam ni kan..hehe

Nota kaki : Setiap gambar ada muka I, nampak sangat suka menyibuk..huhu..

Happy 21st Birthday

Assalamualaikum..


Selamat Ulangtahun Kelahiran Yang Ke-21
Buat satu-satunya adik bujangku nan sorang..
Semoga dikurniakan kesihatan yang berpanjangan
Dan dimurahkan rezeki supaya along boleh tumpang sekali..haha
Tak lupa jugak semoga berjaya didunia dan diakhirat

Nota kaki : Ramai jugak yang lahir bulan Jun ni..

Wednesday, June 18, 2014

Wordless Wednesday@WW#26

Assalamualaikum..

Berita semalam..

Remuk rasa hati andai tiba-tiba dapat berita atau terjadi depan mata
Orang yang disayang pergi meninggalkan kita dalam sekelip mata..
Sungguh tabah hati sang suami..
Mampu kah kita?


Hadiah Birthday Katanya..

Assalamualaikum..


Kelmarin mama bob jemput kita makan kat rumah..
Bob tu kawan baik cinta hati kita..
Dah macam adik-beradik dah si bob ni dengan cinta hati..
Setiap majlis keluarga dia orang selalunya mesti pergi
Kecuali kalau ada hal yang tak boleh elak..

Lepas dah makan-makan..
Maka keluar lah baju-baju kurung dan jubah segala..
Hehe..strategi marketing baik punya..
Tapi sebelum datang memang dah tau dah..
Cinta hati dah pesan, mama bob suruh datang rumah tengok-tengok baju..

Kalau ikutkan, tak de hati lagi nak beli-beli baju ni..
Sebab dalam kepala otak banyak benda nak fikir..
Nak bayar itu, bayar ini..nak raya lagi..aduhai..
Tapi lepas makan, cinta hati kata pilih lah..
Tak boleh lebih satu..
Hadiah birthday katanya..
Aaawww..mula lah nak terlompat pilih baju..
Yeay!!haha..dah mula bertanduk dah kepala nak berenang dalam lautan baju-baju tu..
Tak tau nak pilih mana satu..

Masa tu, ada dua orang lagi kawan perempuan tempat kerja si cinta hati ni datang jugak
Dia orang pun nak pilih-pilih baju ni nak beli..
Dia orang siap cakap 'Ala..ambik je lebih-lebih, pak abu punya O.T (overtime) banyak bulan ni..'
*Pak abu gelaran kawan-kawan tempat kerja dia yang bagi..panjang ceritanya..
Then dia cakap, 'Ok lah2, ambik dua..'
Hahaha..hoih, memang suka gila bila dengar..
Tapi bila dah pilih-pilih, decide ambik 1 je..
Lagi pun kesian dia kerja penat-penat kumpul duit, kita tolong habiskan..
Tak boleh, tak boleh..
Mula-mula berkenan dengan yang ini..


Tapi apa kan daya, yang ini saiz untuk orang kecik..
Saya tak mampu memakainya..huhu *ayat propa
Tunjuk gambar ni dekat akak ofis, terus dia suruh bawak pegi ofis besok sebab dia berkenan..
Citarasa kami selalunya sama..haha
Mula-mula nak rasmikan baju tu masa raya nanti..
Tapi akak ofis dah ajak pakai sama-sama..
Sebab kami duty jaga anak yatim dalam satu program sabtu ni..
Haha..memang tak sempat nak tunggu raya..

Sampai-sampai rumah..
Cinta hati mesej dekat whatsapp..
'Pilihkan satu untuk mak..'
Then saya kata, 'untuk mak?'
'Yeala, belikan lah untuk mak..'
*Dalam hati, dah sampai rumah baru cakap suruh pilih untuk mak..hampeh betul -_-
Nasib baik lah masa tu tak de yang berkenan lagi dah..
Sebab baju kurung semua kain cotton..
Dan design lebih sesuai untuk orang muda..
Jubah pulak semua kain lycra, memang tak lah beli jubah kain lycra untuk mak..
Melekat-lekat kat badan nanti memang dia tak suka lah..
Saya sendiri tak suka jubah macam tu walaupun tengok orang lain pakai cantik je..
Saiz jubah pun banyak untuk orang bersaiz besar, mak saya kurus je orangnya..
So, decide nak pilih untuk mak bila ada stok baru nanti..


Baju dalam gambar ni pun hadiah birthday jugak..
Yang ni akak ofis yang belikan..
Tahun ni, dapat hadiah in advance dua..
Dan dua-dua nya hadiah baju..
Terima kasih kesayangan-kesayangan saya.. ~_^

Nota kaki : Dah tak payah beli baju raya..tahun lepas punya baju pun simpan je dalam almari tak pakai-pakai

Monday, June 16, 2014

Gibran - Salahkah Mencintaimu

Gibran - Salahkah Mencintaimu


(*)
Salahkah bila ku mencinta
Salahkah bila ku memuja
Kaulah yang terindah
Kau yang selalu ku cinta

Janganlah pernah kau mencoba
Membagi cinta yang ku punya
Jadikan diriku, raja didalam hidupmu

Reff:
Salahkah diriku bila aku mencinta
Salahkah diriku bila aku memuja
Dengarkanlah aku, suara hatiku
Aku ini cinta denganmu

Kurang apa aku mencintai dirimu
Kurang apa aku menyayangi dirimu
Bukalah hatimu, terima cintaku
Aku ingin bersama dirimu

Salahkah diriku bila ku mencinta
Salahkah diriku bila ku memuja
Jadikan diriku, raja didalam hidupmu

Back to Reff

Back to (*) , Reff 2x
Back to (*)


Nota kaki : best jugak layan lagu ni..

Friday, June 13, 2014

Thursday, June 12, 2014

2ND GIVEAWAY SAYA NAK: STRIPED SKIRT

Assalamualaikum..

Klik banner untuk join..

SAYA NAK STRIPED SKIRT.
SEMOGA MURAH REZEKI SAYA.

Giveaway dibuka dari 09.06.2014 hingga 16.06.2014


P/s : Moga-moga ada rezeki kali ni :-)

Hari Lahir Dia Semalam..

Assalamualaikum..


Mood nak berjiwang je..
Sebab birthday dia semalam..haha
Tahun ni dah genap umur 26 tahun..

Semoga semua hajat dan cita-cita awak tercapai..
Semoga panjang umur dan diberi kesihatan selalu..
Semoga dapat kumpul duit cepat-cepat :-P

Terima kasih kerana sangat sabar dengan perangai saya yang tah hape-hape ni..
Perangai saya yang macam budak2, manja, nakal, jahat..
Saya yang suka membebel..
Ok dah cukup..

P/s : dari dulu hingga kini dia setia disisi...kata sahabat baik 'cuma dia yang mampu jaga kau..'
Pesanku untuk seorang teman jika kau baca entri aku ni 'carilah bahagia kau diluar sana..aku minta maaf sebab dulu aku termenyemak dalam hidup kau..'

Apa Kata Anda??

Assalamualaikum..


Kata kawan saya, mungkin doa orang lain itu lebih ikhlas dari doa kita..

Apa kata anda???


P/s : Sebenarnya mula-mula tak faham apa maksud kata-kata ni..haha

Thursday, June 5, 2014

Bosannya...

Assalamualaikum..


Serius sangat bosan hari ni..
Tambah dengan sakit kepala..
Buat rasa nak balik cepat je..
Argghhh..
Lambat nya masa berlalu..
Baru nak masuk pukul 5 petang..
Masih ada 1 jam setengah lagi..

Sejak-sejak facebook dan macam-macam website hiburan kena blocked dekat ofis ni..
Waktu rehat pun dah tak boleh nak layan movie..
Huhu..
Terasa panjang waktu di ofis setiap hari..
Rasa tak sabar nak balik..

P/s : Selamat berbuka pada yang menunaikan ibadah puasa hari ni..^_^

Tuesday, June 3, 2014

Hilang Sabar..

Assalamualaikum..

'feeling annoyed'

Sudah berlarutan hampir berminggu-minggu
Bukan kerana cemburu atau dengki..
Tapi biarlah berpada-pada..

Saya tahu anda dah nikah
Anda sudah HALAL
SEMUA ORANG pun dah tahu anda dah HALAL
Tapi sampai selfie dengan bukti anda dah HALAL perlukah?

Saya tak kata saya sempurna..
Saya tak kata saya tak kan buat..
Mungkin saya akan buat..
Tapi harap-harap saya tidak berlebih-lebihan..

Tindakan anda seolah-olah memberitahu..
'Aku dah nikah, kau hado?'
Memang rasa bahagia..
Tapi dalam pada tak sedar, mungkin melukakan perasaan orang lain..

Mungkin ada orang yang belum ada pasangan..
Mungkin ada orang yang dah ada pasangan tapi belum dapat mendirikan rumah tangga..
Atau mungkin, ada orang yang ingin berkahwin..
Tetapi mempunyai halangan-halangan tertentu..

Kenapa Ayesha cakap macam ni?
Terasa ke??
Memang Ayesha mengaku..
Sangat-sangat terasa dan terkesan dihati..
Bukan tak nak kahwin..
Tapi setiap orang ada masalah sendiri..

Rezeki awak kahwin muda..
Itu saya tumpang gembira untuk awak..
Tapi rumahtangga ada macam-macam dugaan dan cabaran..
Tak sentiasa indah..
Semoga awak tabah menghadapi
Dan saya doakan semoga awak bahagia..

P/s : cukup rasa bahagia itu aku hanya pamerkan pada dia dan teman yang rapat..sesekali cerita pada umum, mungkin boleh diterima..tetapi jika hari-hari lepas engkau, engkau dan engkau lagi..rasa nak blocked pun ada..