Thursday, March 19, 2015

Cara Reload Ke Nombor Orang Lain

Assalamualaikum..


Yeay!!
Akhirnya berjaya jugak..
Semalam pertama kali redeem poin dari WhoHAA!
Nak kata banyak sangat poin tu tak de lah..
Tapi dapatlah redeem topup
Niat nak bagi pada encik tunang..
Tanpa pengetahuan dia..hehe..surprise!!

Bila dah dapat pin reload tu, gigih lah mencari cara macam mana nak reload tanpa pengetahuan dia..
Akhirnya jumpa dalam blog cik akak Nao Mei kita, rujuk link ni

tutorial : masukkan topup digi ke nombor lain

Nota kaki : terima kasih atas tutorial yang diberi..

Friday, March 6, 2015

TAZKIRAH HARI INI..

Ada orang bangga dengan suaminya...
akhirnya suaminya itu CURANG padanya.

Ada orang bangga dengan anaknya...
akhirnya Allah ambil nyawa anaknya.

Ada orang bangga dengan hartanya...
akhirnya DISAMUN, DIRAGUT, DIROMPAK.

Ada orang bangga dengan jawatannya...
akhirnya dia diberhentikan kerja.

Ada orang bangga dengan kecantikkannya...
akhirnya kena STROK. Habis herot-berot.
Hilang kecantikkannya.

Ada orang bangga dengan ketampanannya...
akhirnya dia mengalami kemalangan.
Pecah mukanya. Putus kakinya. CACAT.

Ada orang bangga dengan pimpinannya...
akhirnya dia angkuh dan gila kuasa.
Tak sedar orangnya BERPECAH-BELAH.

Ada orang bangga dengan ilmunya...
akhirnya dia menjadi JAHIL kerana tidak
mengamalkan ilmunya itu.

Siapa kita untuk berbangga dengan apa
yang kita ada di atas dunia? Semua itu
Allah bagi pinjam. Tak perlu nak bangga
dengan apa yang kita ada..
Sedangkan pengakhirannya kita tak tahu akan jadi apa..

Copy & paste dari whatsapp

Thursday, March 5, 2015

Jom Main Permainan Kesihatan

Assalamualaikum..


Alkisahnya tadi saya jawab survey di laman web WhoHAA
Kena melawat website MyHealth untuk dapat poin..
Bila dah buka laman web tu rasa macam menarik pulak..
Walaupun nampak macam permainan budak-budak sikit..
Tapi seronok jugak..sebab ada segelintir daripada kita ni yang tak suka membaca tentang kesihatan
Lebih-lebih lagi bila artikel tu panjang berjela..
Jadi dengan permainan macam ni mesti rasa seronok selain ada info-info yang diselitkan pada aplikasi permainan..
Boleh juga dedahkan permainan ini kepada anak-anak yang dah sekolah tu..
Daripada bermain permainan internet yang bukan-bukan, permainan macam ni elok untuk pengetahuan anak-anak yang dah bersekolah..

Nota kaki : saya dah main 2-3 permainan tadi..hehe..tetiba rasa macam budak-budak kejap..

Wednesday, March 4, 2015

GiveAway Safi Balqis White Trilogy by Ayue Idris


Assalamualaikum~

(Klik banner di atas untuk join)


facebook link : Nursyazwani Masduki
instagram id : @waniemasduki


Jom ramai-ramai meriahkan GA Ayue Idris!! 




Lokasi Sate Minang Paya Jaras

Assalamualaikum..


Akhirnya kan...
Dapat jugak alamat sate minang yang saya selalu pergi ni..
Disebabkan ada yang komen mintak alamat dalam entri
Baru terfikir pasal name card kedai ni..

Rupanya encik tunang ada simpan name card dia..
Dah bertahun pergi makan dekat sini, baru sekarang terfikir pasal name card dia kan?
Teruknya lah food review ko ni wani oi..huhu

Nota kaki : Kepada pengkomen tersebut iaitu Mr Bohie, harap entri saya ini dapat membantu..

Monday, March 2, 2015

Teruja Tunggu Produk Skincare Sampai..

Assalamualaikum..




Yeay!!
Disebabkan keadaan muka yang bertambah kusam dan rasa geram sangat dekat muka sejak akhir-akhir ni..
Saya dah beli produk skincare yang baru..
Tengok pengasas dia pun rasa teruja nak cuba..
In shaa Allah besok barang sampai kot..
Harap-harap muka mulus suci murni lah lepas ni..
Dah malas nak berbedak dan foundation bagai bila keluar rumah..

Nanti saya review produk ni..
*yeake tu?ada gak 2-3 produk nak review sebelum ni tapi tak buat..
Ok2, janji nanti saya review produk ni..
Hehe..

Nota kaki : Menghitung bulan..sekarang dah bulan Mac, tujuh bulan lagi..sabar ok