‘Orang
kata jika kita mencintai seseorang dengan setulus hati kita tetapi cinta kita
ditolak, lepaskan ia pergi bak kata pepatah orang putih,
"If you love something, let it go. If it comes back to you, it yours."
Dan sekarang? Situasi itu benar-benar terjadi pada aku dan
aku tersepit kat sini, langsung tak kena tempat pulak tu. Ada pulak nak merayu kat aku tengah-tengah
‘shopping mall’ ni? Tak romantik
langsung la dia ni. Jatuh la saham aku
macam ni.
“Tolonglah… terima
saya..”
Lelaki itu merayu sambil melutut depan aku. Ingat ni drama orang putih ke nak
melutut-lutut kat sini? Tak pernah
dibuat orang la. Aku berkira-kira untuk
melepaskan apa yang aku rasa..
“Tidak!”
“Awak dah hancurkan
hati saya sebelum ni. Saya terlalu kecewa
dan putus harapan tika saya masih mengharap cinta awak dulu. Tolonglah jangan buat macam ni, saya dah tak
nak seksa hati dan perasaan saya lagi. Hati
saya sakit setiap kali saya ingat dan rindu kat awak. Hanya langit yang selalu jadi peneman rindu saya,
sekarang saya harap awak tolong tinggalkan saya. Tak mungkin saya akan terima awak.”
Aku memberi kata putus dan ingin berlalu pergi walaupun
berat untuk aku meluahkan kerana aku tahu tak mungkin aku akan melupakan dia
sampai bila-bila dalam hidupku.
“Tapi saya dah sedar sekarang,
awak terlalu penting dalam hidup saya.
Selama ini saya terlalu buta untuk menilai cinta awak terhadap
saya. Saya tutup pintu hati saya untuk
jatuh cinta buat kali kedua, saya takut untuk kecewa lagi. Rupanya semakin saya mengelak daripada awak, semakin
saya sedar yang saya tak mungkin hidup tanpa awak. Saya seperti baru tersedar dari mimpi yang
panjang. Tolonglah terima saya.”
Syahrul merayu buat
kesekian kali kepada aku.
“Syahrul, jika saya diberi
pilihan saya lebih rela untuk tidak mengenali awak kerana saya tak sanggup
melalui perit dan pedih yang sedang kita lalui sekarang. Awak dah terlambat untuk mengharapkan kehadiran
saya dalam hidup awak Syahrul. Dah
terlalu lambat untuk itu. Saya minta
maaf..”
Dan aku berlalu pergi meninggalkan lelaki itu sebelum
keadaan menjadi lebih parah dan aku takut akan berubah fikiran kerana
hakikatnya aku juga tak mampu hidup tanpa dia.
‘Maafkan saya
Syahrul. Saya masih cintakan awak, tapi
saya tak mungkin akan menerima awak. Saya
tak mahu lebih banyak hati yang teluka nanti, biarlah saya lepaskan awak dari
hati saya. Mungkin ini adalah yang
terbaik untuk kita.’
Air mata aku mengalir lagi entah untuk kali ke berapa
kerana lelaki ini. Aku melangkah pergi
tanpa hala tuju yang pasti ke mana harus dibawa hati yang luka dan berdarah.
***
“Terima
kasih Qisha sebab awak sudi untuk undur diri.
Saya terhutang budi dengan awak.”
Amanda mengucapkan terima kasih
kepadaku lewat petang itu. Kami mengadakan pertemuan selepas aku memberi kata
putus kepada Syahrul. Ya, aku melepaskan
Syahrul kerana sebuah hati yang suci dan tulus itu. Amanda masih mencintai Syahrul walaupun
mereka telah berpisah. Pada aku, sebab
apa mereka berpisah bukan persoalan yang penting. Apa yang penting, mereka masih saling
mencintai dan aku tahu Syahrul masih mencintai Amanda jauh disudut hatinya.
“Saya
buat semua ni sebab saya sayangkan dia dan saya tahu dia masih mencintai
awak. Saya hanya mahu dia bahagia,
Amanda. Saya harap awak takkan lukakan
hati dia atau buat dia kecewa.” Aku
berbicara dengan Amanda sebelum aku beransur pergi, bimbang andai air mata
tumpah lagi kali ini.
“Dah
tentu saya takkan membuatkan dia kecewa Qisha, saya takkan jadi macam awak yang
sanggup menghancurkan harapan dia demi kerana orang lain! Jangan berpura-pura menjadi baik dengan
melepaskan dia kepada saya, saya harap lepas ni awak takkan ganggu saya dan
Syahrul lagi. Saya akan pastikan dia
akan bersama saya semula hingga akhir hayat kami.”
Amanda memberi amaran kepada
aku.
“Maafkan
saya Cik Amanda, itulah yang membezakan cinta saya dan cinta awak terhadap
Syahrul, orang yang saya sayang. Cinta
saya kepada dia membuatkan saya rasa kebahagiaan Syahrul adalah lebih penting
dari kebahagiaan saya dan saya rela berkorban demi melihat dia bahagia. Saya rasa sudah cukup penerangan saya pada
awak, saya minta diri dulu, Assalamualaikum.”
Bermula
saat ini aku nekad, Syahrul takkan wujud lagi dalam hidup aku. Air mata juga takkan mengalir lagi kerana
dia.
**bersambung..^_^
~Saat aku tak lagi mengharapkan dirimu, kau datang memberikan harapan..