Wednesday, November 26, 2014

Siri Pembersih Muka & Mekap PIXY

Assalamualaikum..


Alhamdulillah..
tercapai hajat saya nak dapat full set siri pembersih muka dan mekap jenama PIXY ni..


Pada mulanya sekadar suka-suka melawat FB page PIXY Malaysia selepas saya mendapat sample produk ini ketika membeli bedak refill jenama PIXY..
Saya telah menggunakan bedak PIXY sejak tahun 2008 sewaktu zaman belajar Diploma..
Haaa..lama tak??Lama kan??

Kenapa saya suka sangat bedak PIXY ni??
Masa tu zaman belajar kan..mana mampu beli bedak mahal-mahal..hihi
Dah tentulah saya guna bedak PIXY ni sebab ia murah dan boleh bertahan sehingga 2-3 bulan..
Lepas tu pulak bila pakai bedak ni mesti orang tegur..
'Kau pakai bedak apa ni?Nampak cantik je, tak ada tompok-tompok pun..'
Jadinya, sampai sekarang lah saya mampu bertahan dan setia dengan bedak PIXY ni walaupun ada jugak yang tanya, tak bosan ke?tak nak tukar ke?
Jawapannya memang tak lah sebab dah sesuai dengan kita..

Berbalik kepada cerita siri pembersih muka dan mekap ni..
Punca saya mencari FB page PIXY Malaysia ni kerana saya tertanya-tanya dan perasaan ingin tahu meluap-lupa dekat mana boleh dapatkan siri pembersih mekap ni sebab saya suka sangat PIXY Gentle & Moist Cleansing Lotion yang saya dapat tu..
Tak macam pembersih mekap lain yang berminyak..

Apa keistimewaan yang ada pada siri pembersih muka dan mekap PIXY ini??


5 Kelebihan Siri Pembersih Muka & Mekap PIXY

1. Madu asli untuk mengekalkan kelembapan kulit dan menjadikan ia lembut.
2. Formula bebas alkohol membersih dengan selamat tanpa meninggalkan kesan kering daripada alkohol kosmetik.
3. Formula tidak berminyak yang menyegarkan kulita tanpa rasa berminyak selepas membersih muka.
4. Diuji secara klinikal yang ianya selamat dan lembut untuk semua jenis kulit.
5. Terbukti secara klinikal yang ianya tidak mengeringkan kulit selepas pembersihan berulang kali.

Dan memang terbukti tak berminyak..
Saya dah guna Penanggal solekan dwi-lapisan tidak berminyak PIXY ni..
Nampak macam berminyak, tapi bila dah guna memang langsung tak terasa muka berminyak..
Yang lagi best, tak perlu tonyoh muka kuat2 dah *tonyoh??haha..ape2 jela..
Tuangkan cecair pada kapas muka dan letakkan pada mata selama 5-10 saat.
Kemudian lap maskara dan eyeliner sehingga bersih.
Mekap korang yang kalis air tu pun boleh ditanggalkan dalam beberapa saat je..

Apa lagi, jom dapatkan Siri Pembersih Muka dan Mekap PIXY di kedai berhampiran sekarang!!
^_^

OST Suamiku Encik Perfect 10 : Siti Nurhaliza ft. Cakra Khan - Seluruh Cinta

Assalamualaikum..



Lirik Seluruh Cinta

Menatap kepergian dirimu
Meratap menangis sedih tak tertahan
Terbaik saat bersama
Lewati masa terindah
Saat kau memeluk ku
Dalam p3lukan cinta

Kaulah seluruh cinta bagiku
Yang selalu menentramkan perasaanku
Diri mu akan selalu ada
Di sisiku selamanya

Kau bagaikan nafas ditubuhku
Yang sanggup menghidupkan segala gerak ku
Akan selalu memujamu
Hingga nanti kitakan bersama

Tak sanggup ku memikirnya lagi
Habis separuh nyawa ku tangisi mu
Tiada lagi bait terindah
Terdengar merdu terucap
Merayu menyanjungku tenangkan jiwa

Kaulah seluruh cinta bagiku
Yang selalu menentramkan perasaanku
Diri mu akan selalu ada
Disisiku selamamnya

Kau bagaikan nafas ditubuhku
Yang sanggup menghidupkan segala gerak ku
Akan selalu memuja mu
Hingga nanti kitakan bersama

Tiada cinta yang setulus cinta mu (cinta mu)
Tiada yang sanggup gantikan diri ku

Tiada rasa seindah kasih mu
Tiada yang mampu temani diri ku

Oh..oh

Kaulah seluruh cinta bagiku
Yang selalu menentramkan perasaanku
Diri mu akan selalu ada
Disisiku selamamnya

Oh..

Kau bagaikan nafas ditubuhku
Yang sanggup menghidupkan segala gerak ku
Ku kan selalu memuja mu
Hingga nanti kitakan bersama

Kau bagaikan nafas ditubuhku
Yang sanggup menghidupkan segala gerak ku
Ku kan selalu memuja mu
Hingga nanti kitakan bersama
Ku kan selalu memuja mu
Hingga nanti kitakan bersama

Sumber lirik

Friday, November 21, 2014

MANIS GIVEAWAY BY MAMA DARWIISH

Assalamualaikum..

Klik banner untuk join ^_^

Saya nak hadiah : Avon True Color- Over Nature Makeup Pallete (eyeshadows & Blusher)

Wednesday, November 12, 2014

Monday, November 10, 2014

Persiapan Satu Persatu

Assalamualaikum..

Ingat nak tunjuk gambar yang berwarna tadi..
Tapi macam tak bagi je, sebab bila upload gambar senget ke kanan lah, ke kiri lah..kih3
So, bagi tengok gambar yang ni dulu lah yea..
Persiapan baru berapa percent je..

Hari Sabtu lepas dah pergi GM Klang dengan kawan ofis..
Dialah peneman setia ke mana-mana..haha
Dan kaki melayan perangai gila-gila ni jugak..
Sama-sama gila-gila perangai..
Saya tak bawak bakal tunang sebab dia men-jungle tracking kan dirinya ke Janda Baik..
Lepas tu, balik mengadu sakit badan..
Mana mahunya kalau dah lama tak meredah hutan, nak terus terjah aje..
Patutnya warm up lah dulu..

Sampai GM Klang pun dah lepas Zuhur..
Pergh, perempuan bila dah jumpa GM ni rasa tak nak balik pun ada..
Dekat tingkat bawah dapat cari lace dan pearl untuk baju..
Saya beli pearl biasa je, satu ikatan macam tasbih tu RM3..
Kalau beli 12 utas, korang boleh dapat RM1.50 satu utas..
Saya tak pasti murah atau mahal, tapi ok kot?
Lupa, saya beli bunga jugak untuk tambah dekat bahagian tangan tu nanti..

Niat di hati nak cari dulang hantaran sekali..
Alhamdulillah, dah petang dan dah sampai tingkat 5 baru lah jumpa dulang hantaran nya..
Sory, gambar dan cerita pasal dulang dalam entri akan datang yea..
Tak sempat nak ambik gambar lagi..

Pada saya, kalau yang tinggal di sekitar Klang atau Shah Alam lebih baik pergi GM Klang ni aje..
Tempat letak kereta pun senang..
Kalau nak pergi ke KL, jika kebetulan mungkin ok lah kot..
Kalau saja-saja nak pergi, rasa macam tak berbaloi.. :-)

Yang ini shawl butterfly..
Maaf tak da gambar berkaler sebab aritu memang saja shoot warna macam ni..hehe
Shawl ni saya tak beli dekat GM, tapi saya tempah online..
RM40 je, material best sangat dan cantik..
Siap double layer lagi..
Cuma masalah sekarang, shawl ni saiz M..tapi saya rasa shawl ni sangat besar kat saya..
Over size yang sangat2, tak tau macam mana nak alter..
Kena tanya mak cik saya la nampaknya..

Persiapan lain?
Belum lagi, ada lah beberapa barang lagi yang belum beli dan prepare..
Sempat lah harapnya sebelum tarikh yang ditetapkan..huhu

Nota kaki : feeling nebes pulak tiba-tiba..

Thursday, November 6, 2014

Holiday GiveAway by Sally Samsaiman (Part 4)

Haaa!

Holiday GiveAway by Sally Samsaiman dah masuk edisi yang keempat..Macam biasa la GA ni dibuat sempena untuk memberi penghargaan utk korang yang still datang blog Sally walaupun tuan blog dia tgh sibuk bercuti...So, siapa nak souvenirs daripada Korea..? Hehehe...Kalau nak, sila la ikuti syarat-syarat dibawah ye...

http://sallysamsaiman.blogspot.com/2014/11/holiday-giveaway-by-sally-samsaiman.html



Syarat-syaratnya:
  1. Follow blog Sally, Add To Circle Google+ Sally, Follow Twitter Sally, dan Like Fanpage Sally & Fanpage The Sister's Closet
  2. Buat satu entry bertajuk Holiday GiveAway by Sally Samsaiman (Part 4).
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen.
  5. Sally akan gunakan khidmat Uncle Random.org untuk pilih 5 orang blogger ye...
  6. Segmen ini akan berlangsung dari 6th November 2014 - 16th November 2014 (11.59 pm waktu Malaysia)

Kutitipkan Doa Buatmu..

Assalamualaikum..

Really miss u akak..

Semoga akak cepat sembuh..
Terasa berat mendengar dugaan yang menimpamu..
Hanya doa yang mampu kukirimkan semoga kau tabah menghadapi dugaan ini akak..

Nota kaki : Mood bersedih T_T

Wednesday, November 5, 2014

Satu Bulan Lagi..

Assalamualaikum..

Sumber google

Kata sepakat telah dicapai..*sepakat sangat..jenuh gak lah nak dapat
Tapi tarikh tak tetapkan lagi..
Yang pasti ada hanya lebih kurang sebulan lebih je lagi..
Sesak nafas rasa bila fikir..
Serius, sebab tak ada apa-apa preparation pun..
Semua ni secara mengejut..tak sangka berlaku agak pantas..
Bakal bergelar tunangan orang buat saya berdebar-debar..
Ikut rancangan asal kami berdua, tak payah tunang..
Tapi atas permintaan orang tua, majlis merisik dan tunang perlu diadakan..
*kata ayah, kita memang tak kisah..tapi duduk kampung, ada saja mulut yang berbicara nanti..
Rasanya majlis ni paling ringkas sebab pak cik - mak cik, atuk - nenek yang betul-betul dekat je yang akan hadir majlis ni nanti..
Itu pun rasa macam ramai jugak..
Tiada pelamin, tiada 'pengantin lelaki' *dilarang hadir sama sekali, cuma boleh tolong hantar family dia je..tu pun sampai pintu masuk kampung saya..
Haha, ini juga permintaan ayah..sebab ayah saya bukan orang zaman moden..
Dan saya berbesar hati perkenankan permintaan kecil ayah..
Semoga urusan kami dipermudahkan..
Aamiin.. ^_^

Nota kaki : hari ni kakak saya di ofis menjalani pembedahan (tebuk lubang diperut) kerana penyakit cyst yang dihadapi..saya harap sangat semoga urusan beliau dipermudahkan..

Tuesday, November 4, 2014

Pertama Kali Nak Cash Out 8Share

Assalamualaikum..

Tu dia..coming soon dapatlah ni..
Bertahun tunggu nak cash out..nampak tak?
Sebab tak rajin letak iklan, dan masih belajar lagi macam mana nak letak iklan 8share ni..huhu
Lepas ni kena usaha gigih..
Mana tau kot2 boleh tambah2 duit kawin..errrr..hehe ^_^



Nota kaki : Jom2!! Kongsi iklan dan anda dapat bayaran..daftar sekarang -->>> http://bit.ly/12o3ifU