Showing posts with label KaWaN2. Show all posts
Showing posts with label KaWaN2. Show all posts

Friday, October 24, 2014

Jumaat Yang...

Assalamualaikum..

Yeay!!pagi2 dah duofie dengan ini budak..
Dengan mata yang sembab sebab tak cukup tidur..
Dah lama tak jumpa, berborak sampai jam 4 pagi..
Dia sampai pun dah lewat pagi tadi..
Biasa lah, dah jumpa sesekali..
Mata tertutup, mulut bercakap..haha
Tapi nampak sangat muka tembam pagi ni..
Puas sudah pusingkan muka ke kanan dan ke kiri..
Tetap tak boleh sembunyi muka tu..kih3

Nampak style tak gambar ni?
Kih3..ni ambik guna instax mini 8 pagi tadi..
Akak ofis saya yang punya..
Gila legend kan gambar ni sebab nampak macam gambar lama..
Mungkin sebab setting kamera tu..
Yang tengah tu officemate kita orang, dah nak berhenti dah..
Last minggu depan..huhu..
So, ini lah gambar kenangan bagi kat dia..
Suka sangat gambar ni..

Nota kaki : nak kata hari ni Jumaat yang apa ya?agak kelam-kabut, agak sibuk..agak sunyi sebab ramai yang tak ada dekat ofis..hihi..yang pasti saya suka sebab besok boleh bermalas-malas di rumah..keh3

Thursday, September 18, 2014

Dia Sudah Dimiliki

Assalamualaikum..

Saya gemuk, pengantin kurus.. :-P

Akhirnya, bertambah lagi kawan-kawan yang mendirikan masjid
Up gambar ni dekat Facebook, caption tak boleh blah
*waiting for my own big day..yeay
Ha ah, menanti hari dan bulan jugak ni..
Nak sarung cincin (merisik dan tunang) bulan 12 ni, tapi satu apa pun tak bergerak lagi..
Mak ngan ayah pulak suruh anjak lagi cepat..
Tak sabar nak sambut menantu la tu..opsss
Semoga segala urusan berjalan lancar sehingga selesai..

Ok, sambung cerita kawan ni..
Kami tak rapat, tapi setiap tahun mesti baraan (beraya dengan kawan-kawan) bersama-sama..
Tapi nampaknya geng baraan sorang ni dah resign (kahwin)
Maka makin berkurang lah geng tahun depan..
Tahun depan pun sebelum raya, ada 2-3 orang yang akan resign jugak..huhu
Nampaknya lepas ni kena buat reunion jela kot..
**sampai sekarang setelah hampir 13 tahun habis sekolah, tak pernah lagi dapat kumpulkan semua kawan-kawan yang sama batch


Dalam gambar ni pun tak semua boleh kira berapa yang datang sebab ada yang tak dapat hadirkan diri..
Dari zaman sekolah rendah, sekolah menengah dan zaman UiTM..
Zaman sekolah rendah paling mengamit memori saya..
Sebab kami duduk dalam satu kampung..
Walau terputus hubungan, masih tetap akan jumpa dalam kampung..hehe
Seronoknya zaman sekolah rendah masih dikenang hingga kini..

 





Kehadiran kami berempat bikin kecoh bilik pengantin..haha
Masing-masing dengan berbagai ragam dan celoteh..
Ditambah dengan mak andam pengantin yang super sporting..
Kak Ayue memang terbaik, mekap pun cantik..
Korang yang nak dapatkan khidmat akak ni boleh jenguk FB beliau
AyuSofea D House
Pakej lengkap termasuk pelamin dan baju bersanding pun ada..
Cantik-cantik baju akak ni..

Nota kaki : Habis segala persiapan pengantin daripada A - Z kita orang tanya..haha..baju nikah, kasut bersanding, photographer..pendek kata semua lah kita orang tanya..hehe..perangai gila-gila dari zaman sekolah tak pernah lekang..tapi dengan kawan-kawan perempuan je selalunya..

Monday, May 5, 2014

Terima Kasih Pos Laju

Assalamualaikum..

Pagi-pagi sampai ofis bukak laman web pos laju, punya nak tengok parcel dah sampai mana..
Terasa lambat pulak parcel nak sampai kali ni..huhu
Yeala, hari Khamis minggu lepas hari Cuti Am..
Jadinya orang yang jual barang dekat Ayesha tu pos barang pada hari Jumaat..

2-3x kali interkom adik receptionist kat bawah tanya pos laju dah sampai ke belum..
Hamboi kau Ayesha oi, tak menyabar sungguh..
Nak tau kenapa Ayesha tak sabar?
Sila tengok bawah eh..

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

Ni bungkusan dia..haha..
Nak tau kenapa teruja??

Ha, ni lah yang buat Ayesha teruja sangat..
Dah rimas dengan blackhead segala kat muka ni..
Order benda ni 7 tube, tapi Ayesha punya 1 tube je..
Yang lain semua kawan-kawan ofis dengan makcik saya punya..
Beli banyak dapat murah..
Siap free postage lagi..
Kalau beli 1 je memang tak berbaloi lah sebab kena bayar pos..huhu
Produk ni semakin menjadi kegilaan ramai..
Nanti Ayesha buat review..
*masalahnya kalau nak buat review selalu mesti tak jadi buat entri..huhu

Yang ni kakak ofis Ayesha yang beli..
Dia dah pernah beli peha ayam ni aritu..
Dia cakap lepas pakai egg mask kat atas tu, lepas tu apply peha ayam ni memang layan masa nak tido..
Tadi cakap kat dia nak 1 peha ayam, nak cuba pakai..haha

Rasanya Shiseido Black Mask ni mesti ramai yang dah kenal..
Dulu Ayesha pernah jual dan kadang-kadang pakai sendiri..
Lepas tu dah berhenti sebab tiba-tiba banyak sangat produk macam ni dekat pasaran..
Orang yang jual tu bagi Shiseido Black Mask ni 1 paket sebagai free gift kot sebab beli banyak..hihi
Oleh sebab dulu Ayesha dah selalu pakai, jadi Ayesha bagi mask ni dekat kawan ofis..
Biar dia je yang pakai..



Dua benda ni Ayesha tak beli, dapat dari abang ofis..
Minggu lepas mereka pergi mendaki gunung Kinabalu, Sabah..
Terima kasih yea..

Nota kaki : Hari ni kegembiraan berganda sebab pos laju hantar barang saya dengan cepat..walaupun penat semalam tak hilang lagi..rasa nak EL pun ada pagi tadi..nasib baik bos meeting dekat luar, boleh rilex sikit hari ni..apa-apa pun, terima kasih Pos Laju..sayang awak lebih hari ni..hehe ^_^

Friday, May 2, 2014

Aktiviti 1hb Mei 2014

Assalamualaikum..

Semalam telah masuk 1hb Mei..bulan baru dalam Masihi dan juga bersamaan 1 Rejab dalam tahun Hijrah bagi kita Ummat Islam..
Macam biasa seperti setiap tahun, 1hb Mei merupakan hari cuti umum bagi kita di Malaysia..
Mesti ramai yang berjalan-jalan dan meluangkan masa bersama keluarga..
Aktiviti Ayesha bermula seawal 30hb April, malam selepas Maghrib..
Jumpa kawan-kawan sekolah menengah bertempat di Bukit Kapar sambil ber BBQ..
Memang best malam tu, tapi balik pun dah agak lewat..
Nasib baik mak dan ayah tak bising..hihi










Seronok bila dapat jumpa kawan-kawan
Tapi Ayesha tak boleh nak tunggu lama-lama sampai tengah malam..
Nanti raya dan lepas raya kita jumpa lagi dalam event yang lebih besar jika dipanjangkan umur dan diizinkan Alllah yea..

Itu malam punya cerita..
Besoknya pulak, ada projek lain..
Projek membasuh rumah pulak..huhu














Masa basuh lantai rumah tu, tak sempat ambik gambar sebab tangan basah..
Dah ayah basuh dengan asid..
So, telefon kena letak jauh2..haha
Bahagian ruang tamu ni dah part hampir akhir..
Masa ni dah petang, dah penat dah..
Tu ada bibik yang tukang mop lantai..
Haha, mati lah kalau dia tau ni..
Bahagian ruang tamu warna hijau petronas..
Bilik-bilik kami warna hijau lembut..tapi tak lembut sangat lah..
Toilet warna coklat..
Bahagian dapur warna coklat jugak..

Tak sempat lagi nak ambik gambar penuh rumah ni..
Besok nak balik kampung lagi, sesi pindah masuk semula barang pulak..
Huwwwaaa, penatnya berpindah randah ni kan..

Nota kaki : nanti kita update lagi yea..mana nak carik tilam murah ni??nanti2 lah beli katil, tunggu nak kahwin baru suruh bakal suami beli ek..hahaha..opss, cukup-cukup merapu

Friday, March 28, 2014

Dulang Hantaran Untuk Dijual

Assalamualaikum..

Dah hampir dua minggu rasanya tak update entri..
Ni baru kawan yang kahwin, tapi cuti update entri mengalahkan pengantin..
Maaf..2x hehe

Majlis pun dah habis..
Tinggal majlis bertandang sebelah pihak lelaki je nanti..
Pengantin mintak saya untuk jualkan dulang hantaran..
Gambar seperti di bawah :-

Dulang hantaran ni ada 5 biji

Untuk lapik hantaran ni, ada 6 biji

Harga boleh runding..
Boleh PM Yang Ayesha atau whatsapp 0172150950

Kalau ada kawan-kawan yang nak tunang atau nak kahwin, tengah cari dulang hantaran jangan lupa bagitahu yea..terima kasih kawan-kawan ^_^

Thursday, September 5, 2013

Jamuan Hari Raya KLD Sports Club

Assalamualaikum
Function again!!!
Kali ni, Jamuan Hari Raya oleh KLD Sports Club..
Kelab kami lah tu..hihi

Korang layan jela gambar arini eh..
Arini saya tak interframe byak sangat
Muka tak cantik..hewhewhew..
Yang pasti, rendang ayam arini memang terbaik..
Saya tak bergerak..duduk saja dimeja sambil menikmati makanan..kih3

Sedap sangat..tak nak bangun2 dah..asek mengadap je..huhu






 Mengancam tak akak2 saya ni uols...















Semua gambar dari akak saya..thank you akak ^_^

Wednesday, September 4, 2013

Bukan Wordless Wednesday Tapi Wednesday Blues

Cakkk!!!
Entah kenapa hari ni rasa rindu sangat dengan zaman sekolah..
Zaman study uitm..huhu..
Yang Ayesha carik balik gambar zaman dahulu kala tadi..
Kalau korang terer, sila carik Yang Ayesha dalam gambar2 kat bawah ok..~_^


























Sekarang, masing2 ada komitmen sendiri..ade yang dah beranak pinak
Saya je yang tak beranak pinak lagi..
Sebab saya belum kahwin..huhu
Tah bile dapat jumpa dorg..
Ada yang jemput masa kenduri kahwin tu, kalau tak de pape pegi jugak
Tapi banyak yang tak pegi..sedih pun ade..huhu
Rindu korang sangat..

P/s: saat dan ketika ni memang asyik terngiang-ngiang lagu nostalgia nyanyian kumpulan Shoutul Amal saje..