Wednesday, May 29, 2013

Kuih Kapit Yang Orang Jawa Panggil Kuih Semprong

Assalamualaikum
Dah dekat2 nak puasa ni kan..
Tiba2 Yang Ayesha terbayang2 my febereto masa hari raya
*Padahal bila ada depan mata, bukan kau makan sangat pun kan..saje menggedik
Hehehe..


Bentuk yang biasa tu pun ada jugak..
tapi yang ni mak buat jadi bentuk macam ni..selalu budak2 kecik suka makan

Yezza, ini antara kegemaran saya..
siapa pernah rasa yang mak saya buat?
Sila berlari..*ok, tak lawak
Ha, sape pernah makan?
Sedap kan??kan3???

ini ada lagi satu..

Ok, gambar ni tak cantik..abaikan..haha

Yang ini dari dulu memang wajib ada time raya..
Adik beradik ayah, sedara mara..
Semuanya kalau datang akan tanya kek ni..
Mak suruh belajar, mak kata nanti kalau mak dah tak ada..*arggh, sedih masa mak cakap macam ni
Mak kata, kalau ayah teringin nak makan senang..ada yang boleh buatkan
Tapi sampai sekarang saya cuma belajar tengok ajer..hehehe
Mulai tahun ni, saya tekad nak belajar buat..*tunggu time nak raya nanti, apa jadi..


P/s : Setiap tahun, saya akan ambil tempahan untuk hari raya..tapi maaf, tahun ni tak dapat ambil tempahan..mak saya tak sihat..harap maklum
*ada cakap dekat mak tadi, tak kisah lah tak ambil tempahan pun..yang penting untuk kita sendiri makan masa raya nanti ada..tak pe, nanti kakak tolong mak buat..tapi time cuti hujung minggu jela..hehe
Mak kata, yelah tu..mak nak tengok nanti..*mak dah paham perangai anak die yg acah2 rajin ni..bile sampai time, mengelat..ampun mak..T_T

Tuesday, May 28, 2013

1st GiveAway by storysalawakya.blogspot.com and VIVALICIOUS SHOPPING HOUSE

Klik banner untuk join..


GA bermula 16 Mei 2013 sehingga 30 Mei 2013* masih ada masa untuk join..:-)

GA ini akan terbatal dengan sendirinya sekiranya penyertaan daripada blogger kurang dari 50 ORANG

Tag :

1. http://anis-tikah.blogspot.com/
2. http://secretofshaila.blogspot.com/
3. http://diarikuwaniesyazwani.blogspot.com/

Roman - Tentang Dirimu





Roman - Tentang Dirimu

Diriku bagi dirimu seperti asing
Tak berguna tak membahagia
Padamu hanyalah beban

Tuhan tahu apa yang terjadi
Antara kau dan aku

Chorus:
Kau takkan tahu apa hatiku
Yang selalu derita kernamu
Dan kau takkan rasa apa yang ku rasa
Semenjak kau hadir hidupku
Sering saja untukmu tentang dirimu
Tak pernah untukku

[Music]

Mereka lihat masih lagi aku
Menantikan mu
Yang aku tak tersedar lagi dengan sikapmu terhadapku
Namun aku sebenarnya aku tak seperti yang kau tahu

[Ulang Chorus]

[Music]

[Ulang Chorus]

Tak pernah untukku

Sumber lirik



P/s : Kau takkan tahu apa hatiku, yang selalu derita kernamu

Friday, May 24, 2013

Tempat Melarikan Diri

Assalamualaikum

Selalunya Yang Ayesha akan melarikan diri dari dunia facebook sekejap
Ke mana nak lari?
Selalunya merayap dekat blog orang lain..
Dan kadang2 mengexplore akaun google+ atau twitter saya..


Jom follow twitter dan google+ Yang Ayesha ^_^




Google+ YaNg AyEsHa



P/s : melarikan diri bila saya rasa hati saya nak terpesong kepada makhluk asing

Agnes Monica - Rindu





Selama aku mencari
Selama aku menanti
Bayang-bayangmu di batas senja
Matahari membakar rinduku
Ku melayang terbang tinggi

Bersama mega-mega
Menembus dinding waktu
Ku terbaring dan pejamkan mata
Dalam hati ku panggil namamu
Semoga saja kau dengar dan merasakan

Getaran di hatiku yang lama
Haus akan belaianmu
Seperti saat dulu saat-saat pertama
Kau dekap dan kau kecup bibir ini
Dan kau bisikkan kata-kata
Aku cinta padamu

Peluhku berjatuhan
Menikmati sentuhan
Perasaan yang teramat dalam
Telah kau bawa segala yang ku punya

Getaran di hatiku yang lama
Haus akan belaianmu
Seperti saat dulu saat-saat pertama
Kau dekap dan kau kecup bibir ini
Dan kau bisikkan kata-kata
Aku cinta kepadamu oh kepadamu oh




P/s : Mencari ke mana hilangnya hati..

Thursday, May 23, 2013

Kerana Adinda Anak Derhaka

Assalamualaikum..
Hari ni ustazah nak kongsi sesuatu.  Jadi ustazah sekejap, walaupun tak berapa nak ustazah.  Masih ingat dengan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee?  Namanya masyhur kerana filem2 beliau yang penuh dengan nilai seni dan pengajaran.  Nak dijadikan cerita, hehehe.. Malam tadi melayan salah satu filem beliau yang menjadi kegemaran Ayesha..


Kredit en. google

Filem Tiga Abdul..antara febereto saya.  Tak kering gusi melayan cerita tu, sampai tertido.  Tido sebab dah lewat sangat sampai menginjak ke pukul 2 pagi.  Tapi masa layan cerita tu, tiba2 teringat ayah pernah pesan.  'Jangan tengok je, jangan gelak2 je. Ambik pengajaran dari cerita tu.  Filem2 Allahyarham semuanya penuh pengajaran.  Dan kebanyakan cerita2 nya adalah apa yang dah jadi pada zaman sekarang.  Sebenarnya Allahyarham berfikiran jauh.  Semasa hayat beliau, Allahyarham dah nampak semua yang akan jadi masa zaman sekarang.  Kita boleh nampak semua tu melalui filem2 beliau.  Antaranya filem Anakku Sazali.  Ada kan kisah yang lebih kurang sama macam tu zaman sekarang?'  Itu antara kata-kata ayah yang saya masih ingat..

Benar kata ayah, filem2 Allahyarham memang penuh dengan pengajaran dan tauladan.  Macam mana ayah mendidik kami?  Selalunya melalui contoh atau apa yang kami nampak, apa yang kami dengar dan lihat ayah akan sampaikan dengan cara beliau sendiri.

Berbalik kepada Filem Tiga Abdul yang saya tonton malam tadi, terdetik perasaan sedih dihati saya apabila melihat babak ketika Saudagar Ismet Ulam Raja jatuh sakit dan kemudian meninggal dunia.  Bermula dari ketika si ayah mengalami sakit jantung untuk meniup lilin pada majlis harijadi yang entah ke berapa, selepas doktor merawat si ayah dan menyatakan bahawa si ayah akan meninggal dunia jika tidak dibawa ke hospital.  Pada ketika ini kita boleh ambik pengajaran bila si anak yang bernama Abdul Wahab dan Abdul Wahib membincangkan soal harta kekayaan si ayah yang masih hidup dan dalam keadaan sakit dan sepatutnya dibawa ke hospital. Adik bongsu bernama Abdul Wahub, yang sayangkan ayahnya telah mencadangkan supaya ayahanda mereka dibawa ke hospital sedangkan ayahanda tidak mahu dibawa ke hospital.

Kredit en. google

Kisah malang si adik bermula selepas kematian si ayah apabila namanya langsung tidak disebut sebelum kematian ayahanda dan si abang yang tamakkan harta menuduh bahawa adiknya sebagai anak derhaka.  Paling menyakitkan hati ketika babak selepas jenazah si ayah selamat disemadikan, abang yang sulung terus memanggil adik-adik untuk membahagikan harta.

Abdul Wahib mendapat bahagian kesemua wang tunai didalam akaun bank si ayah.  Dan si abang yang sulung, Abdul Wahab mendapat ke semua harta ayahanda yang berada di dalam negeri.  Sedangkan Abdul Wahub hanya mendapat bahagian harta rumah pusaka peninggalan ayahanda.

'Adinda anak derhaka, kerana itu satu sen pun harta ayahanda tidak boleh jatuh ke tangan adinda.  Adinda yang menyebabkan ayahanda meninggal dunia.  Ayahanda tidak suka dihantar ke hospital, tetapi adinda sengaja membuat ayahanda marah.  Hingga nama adinda pun ayahanda tak nak sebut.'

Kerana hospital, dikatakan anak derhaka.  Kerana sayangkan ayahanda, dikatakan anak derhaka.  Sedangkan anak yang bertanya mengenai harta dihadapan ayahanda semasa ayahanda masih hidup dianggap mulia?

Ada banyak lagi pengajaran dalam kisah ini.

Kredit en. google lagi

Ingat lagi babak dalam gambar di atas?Ini lah kesudahan bagi orang yang tamak kan harta.  Kerana harta, mereka akhirnya dijual.  Ada lagi yang boleh dikongsi?jom kita kongsi kat komen.  Seronok bila bercerita tentang karya Allahyarham Tan Sri P. Ramlee ni kan?


P/s : Saya tak hadap pun nak contact awak lagi..sekadar berkongsi apa yang saya tahu, jangan nak perasan lebih2..

Wednesday, May 22, 2013

3rd Annivesarry GA Blog by Emas Putih



As-Salam


22 MAY 2013 - 05 MAY 2013


Bahana Makan Ubat

Assalamualaikum
Hari Rabu yang tak tau nak cakap macam mana..
Alhamdulillah, pagi ni bangun tidur kepala rasa ringan je..
Yeala, malam tadi dah telan dadah ikut dos yang doktor bagi..
Jangan salah paham..saya makan ubat ok..
Ubat tu kan dadah jugak..hihi

Disebabkan makan ubat
Anak dara bangun lambat pagi ni..lambat sikit jela, hehe..
I pegi keje jugak ok..
Tapi kekasih hati dah mesej seawal pagi..
Masuk keje pukul 7, pukul 6 dia dah sampai tempat keje..
Macam biase, dia dah gerak..dia dah sampai..dia akan mesej saya..
Then, pagi tadi bila dah sampai tempat keje dia mesej lagi..

Kekasih hati : Makan ubat tak malam tadi?
Ayesha : Makan, pukul 10 lebih terus terlelap lepas iron baju
Kekasih hati : Dah kurang tak sakit?
Ayesha : Kurang skikit
Kekasih hati : Hahaha..skikit..em dah, pegi tido kejap dulu..jangan lambat bangun pulak



*Mesej dalam tido, sikit jadi skikit..dia gelak sakan la tu kat tempat keje..
Ni semua gara-gara makan ubat, nak bukak mata pun dah tak larat..haha..
Ubat dipersalahkan..kesian ubat-ubatan dan doktor yang tak barsalah tu..


P/s : Dari dulu, seawal perkenalan..kasihnya tak pernah berubah untuk aku..cuma kadang2 aku terkhilaf dalam melangkah..aku sayang kamu selalu..

Tuesday, May 21, 2013

Angkasa - Setia Itu Menyakitkan





Jangan terlalu mendalami tentang cinta
Bila tak bisa menerima kegagalan
Cinta bisa bahagia dan bisa terluka
Disakiti menyakiti hati

[*]
Jangan pernah setia
Bila harus berujung menyakitkan
Sia-sia setia
Bila harus slalu terluka

[**]
Mungkin karena setia
Cinta takkan pernah akan bahagia
Tapi karena mendua
Cinta 'kan berakhir bahagia

Karena cinta yang bisa membuat bahagia
Karena cinta yang bisa membuat terluka
Karena cinta yang bisa membuat bahagia
Karena cinta yang bisa membuat terluka

Back to [*][**]

Jangan pernah setia
Jangan pernah setia
Bila harus bila harus
Menyakitkan

Karena cinta yang bisa membuat bahagia
Karena cinta yang bisa membuat terluka

Terdidik Kerana Sebiji Tembikai

Assalamualaikum
Hari ni Yang Ayesha kongsi satu lagi cerita..
Jom kita baca, moga ia jadi pengajaran untuk kita bersama. ^_^


Pada suatu hari, seorang ahli sufi yang masyhur bernama Syaqiq Al-Balkhir telah membeli sebiji tembikai.  Kemudian dia membawa tembikai itu pulang dan diberikan kepada isterinya.  Apabila isterinya membelah tembikai itu untuk dimakan, ternyata buah tembikai itu tidak elok, maka marah-marahlah isteri Syaqiq dengan keadaan tersebut.

Maka bertanyalah Syaqiq kepada isterinya : "Kepada siapa engkau tujukan marahmu itu, adakah kepada penjual, pembeli, penanam atau Pencipta buah tembikai itu?"  Terdiam isterinya mendengar pertanyaan tersebut.

Kemudian Syaqiq teruskan lagi kata-katanya :
"Adapun si penjual, sudah tentu mahu jualannya terdiri daripada barangan yang terbaik.
Adapun si pembeli juga sudah tentu mahu membeli barang yang terbaik juga.
Bahkan si penanam juga sudah tentu berharap hasil tanamannya yang terbaik juga.
Maka ternyatalah marahmu ini engkau tujukan kepada Pencipta buah tembikai ini.
Maka, bertaqwalah engkau kepada Allah dan redhalah dengan segala ketentuan-Nya."

Maka, menangislah isteri Syaqiq.  Lalu bertaubat dan ia pun redhalah dengan apa yang telah ditentukan oleh Allah S.W.T.


Wallahu'Alam

Saturday, May 18, 2013

R.A.S.A

Rasa nak termuntah
Rasa menyampah
Rasa nak marah..

Pernah rasa tak?
Rasa ditikam paling sakit
Kalau betul nak tikam, biar berhadapan..
Supaya kita tahu rasa sakit itu akan datang..

Rasa sakit
Sangat sakit
Sakit yang memakan diri

Rasa talam
Talam?
Ya, talam bermuka-muka
Ayah pernah kata
Kenapa orang cakap talam tu bermuka-muka?
Sebab dia ada dua wajah..
Hadapan dan belakang..

Jadi, pilih lah..
Kau nak jadi orang ke kau nak jadi talam?
Pilihan?
Tepuk dada, tanya selera..

Rasa terpukul tak?
Atau rasa terhentak?
R.A.S.A
Bila hadir
Kehadirannya bermacam-macam rasa

Forteen - Kita

Assalamualaikum
Hari ni korang layan lirik lagu ni ok..
Dari tadi dok layan Sebenarnya Saya Isteri Dia..
Tergerak nak buat entri lirik lagu ni..
Nak dengar?
Boleh bukak youtube sebab ade banyak video
Tak tau nak share yang mana satu kat sini..



kredit en. google



Kau renunglah wajahku
Di manakah hilangnya
Raut seperti dulu
Bila dicemar air mata

Ku tak mahu berpisah
Kerana hati masih
Sayang pada dirimu
Tapi harapan makin kabur

[*] Manakah kita jika kau dan aku tidak sekata
Sepi walaupun bila bersama
Dekat pun tetapi berjauh hati
Manakah kita bila sering bertentangan sahaja
Walaupun bibir cuba menafi
Hakikat percaya tanya dengan jujur manakah kita

Di jiwaku sengsara menanggung derita
Kerana cinta berubah tapi tak mahu kehilanganmu

Repeat [*]
Sepi walaupun bila bersama
Dekat pun tetapi berjauh hati
Manakah kita bila sering bertentangan sahaja
Walaupun bibir cuba menafi
Hakikat percaya tanya dengan jujur manakah kita




Friday, May 17, 2013

KENANGAN





 
Berkunjung ke rumah Arwah Tok Ngah suatu ketika dahulu..


Assalamualaikum..
Saya dihimpit memori lama ketika ini..
Masih banyak gambar2 lama yang ada dalam simpanan kat rumah keluarga saya
Cuma ini yang sempat saya 'scan' dan simpan dalam 'soft copy' untuk tatapan saya dikala rindu datang..
Sungguh, terasa sebak datang melanda tika ini..
Moga rohnya dicucuri rahmat Allah S.W.T.

T_T

Monday, May 13, 2013

Kisah Teladan

 Assalamualaikum..
Hari Isnin yang mengujakan atau yang menghambarkan?
Masih nak kongsi artikel yang ada dalam simpanan saya..
Semoga jadi iktibar untuk saya dan kita bersama..


PISANG DAN HATI

Maryam, guru kelas tadika menganjurkan satu permainan yang sungguh menarik untuk murid-muridnya.  Setiap murid diminta membawa beg plastik yang berisi pisang yang tertulis nama orang yang paling mereka benci ke kelas pada esok hari.  Jadi, jumlah pisang yang perlu dibawa bergantung kepada jumlah orang yang dibenci.

Keesokan harinya, setiap murid membawa beg plastik berisi pisang masing-masing.  Ada yang membawa tiga biji, ada juga lima biji dan paling banyak lapan biji.  Semuanya sudah ditulis nama orang yang paling mereka benci.

"Sekarang simpang pisang tu.  Jangan lupa bawa ke mana sahaja kamu pergi selama seminggu.  Inilah permainannya.  Selepas seminggu, kita akan tahu keputusannya." Beritahu Cikgu Maryam.

Kanak-kanak tersebut menyimpan pisang masing-masing di dalam beg.  Hari demi hari berlalu, pisang tersebut mula berbintik-bintik dan akhirnya menjadi busuk.  Kanak-kanak itu mula merungut dan marah.  Mereka tidak menyukai permainan itu lagi kerana selain beg berat, badan berbau busuk.  Ada yang menangis, enggan meneruskan permainan.

Seminggu berlalu, pagi-pagi lagi murid-murid Cikgu Maryam sudah bersorak.  Permainan sudah tamat.  Tidak ada lagi beban dan bau busuk yang pelu dibawa.

"Okey semua, apa rasanya bawa pisang dalam beg ke sana dan ke mari selama seminggu?" tanya Cikgu Maryam.

Semuanya serentak mengatakan merek benci permainan itu.  Mereka hilang kawan, sering diejek dan terpinggir.  Lebih teruk lagi, terpaksa tidur, makan, mandi, bermain dan menonton TV dengan bau busuk.

"Itulah sebenarnya yang berlaku kalau kita simpan perasaan benci pada orang lain dalam hati.  Bau busuk kebencian itu akan mencemari hati dan kita akan membawanya ke mana saja kita pergi.  Jika kamu sendiri tidak boleh tahan dengan bau pisang busuk hanya untuk seminggu, cuba bayangkan apa akan jadi kalau kamu simpang kebencian sepanjang hidup kamu?" beritahu Cikgu Maryam.

Maryam mengingatkan anak muridnya supaya membuang jauh-jauh perasaan benci daripada membebani hidup.  Kemaafan adalah yang terbaik.  Menyayangi lebih baik daripada membenci.



*Aku tak pernah membenci kamu dalam hidup aku..cuma aku benci dengan apa yang aku rasa..sejak khabar itu mendatangi hari2 ku, tangisan menjadi teman bicara aku..entah sampai bila aku tak pasti, berharap semuanya cuma mainan tidur yang tak berhenti.

Friday, May 10, 2013

Kenapa???

Assalamualaikum..
Hari ni saya nak kongsi satu artikel yang ada dalam simpanan saya dalam bentuk hard copy..
Artikel ni saya taip semula..
Dah lama ada dalam simpanan..
Dulu banyak jugak kumpul artikel yang islamik ni..tapi kena selongkar balik..
Sebab tak ingat letak kat mane..hehe..
Tak pelah, hari ni kita kongsi yang ni dulu eh..


KENAPA AKU DIUJI?

QURAN MENJAWAB :
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," ("I am full of faith to Allah") sedangkan mereka tidak diuji?  Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta."
(Surah Al-Ankabut ayat 2-3)


KENAPA AKU TAK DAPAT APA YANG AKU IDAMKAN?

QURAN MENJAWAB :
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamut tidak mengetahui."
(Surah Al-Baqarah ayat 216)


KENAPA UJIAN SEBERAT INI?

QURAN MENJAWAB :
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
(Surah Al-Baqarah ayat 286)


KENAPA RASA FRUSTRASI?

QURAN MENJAWAB :
"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pulak kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman."
(Surah Al-Imran ayat 139)


BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

QURAN MENJAWAB :
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk."
(Surah Al-Baqarah ayat 45)


APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI?

QURAN MENJAWAB :
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka.."
(Surah At-Taubah ayat 111)


KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?

QURAN MENJAWAB :
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal."
(Surah At-Taubah ayat 129)


AKU TAK DAPAT TAHAN!!!

QURAN MENJAWAB :
"... dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah.  Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir."
(Surah Yusuf ayat 12)


P/s : Saya bukanlah seorang yang baik, tapi dengan perkongsian ni moga-moga saya dapat mengubah diri saya dan ingat mengingati sesama kita..cukup untuk hari ini, Assalamualaikum..
Mood berubah-ubah, moga segalanya kembali pulih seperti dulu.

Thursday, May 2, 2013

Broga Hill Expedition

Assalamualaikum
Selamat hari pekerja yang dah berlalu semalam..
So, masa cuti semalam apa yang korang buat?
Tido aje kat rumah?
Atau pegi jalan2?
Tak pe, bia korang aje yang tau apa korang buat ok..hehe

Yang Ayesha cuma nak kongsi gambar masa pegi Bukit Broga minggu lepas..
Macam yang dijanjikan hari tu, kali ni Yang Ayesha kongsi gambar pegi Bukit Broga lagi..
Tapi kali ni, saya pegi anjuran KLD Sports Club
Agak terlewat kali ni saya update sebab kesuntukan masa..maaf ye korang..
So..tengoklah aksi2 mendaki bukit ni..ia memerlukan STAMINA ok..bukan jalan2 kaki macam biasa2 tu..

Dari tempat letak kereta menuju ke kaki bukit..


Budak poyo ni..




 Kami dah sampai di peak 1








Ini adalah pemandangan dari peak 1..cantikkan??

dia pun naik broga gak tau..





Dari peak 2 nak naik ke peak 3..menuju puncak














Kami dah sampai..peace ^_^

Ok, dah turun..inilah rupa pemandangan dari belakang Bukit Broga ni..tinggi tak?
Apa?tak tinggi?test tengok boleh sampai ke tak?
Tempat yang cantik, lain kali kita mai sini lagi na..


P/s : Baru2 ni saya pindah rumah, penatnya..bila mau rehat ni?ini baru orang bujang yang pindah rumah..agak2 macam mana yang dah berkeluarga pindah rumah kan?Ramai yang jemput saya join GA, maaf pada sesiapa yang jemput tapi saya tak join tu..bukan sombong dan tak nak join, tapi kebelakangan ni tak cukup masa nak join GA..mana2 yang jemput tu, kalau sempat nanti saya join ok..thanks babes and guys yang jemput.. ^_^