Tuesday, April 28, 2015

Adik Saya Yang Aktif

Assalamualaikum..

Yang mana satu adik saya yea?hehe

Dalam adik beradik, memang dia lah yang paling aktif..
Mungkin sebab dia lelaki kot..
Tapi adik yang bongsu aktif jugak di sekolah walaupun dia perempuan..

Adik saya menuntut di Universiti Sains Islam Malaysia, Nilai dalam jurusan Fiqh Fatwa..
Jadual setiap hujung minggu memang penuh..
Kadang2 buat gathering keluarga pun susah nak ada..
Kalau ada pun, bila majlis dah hampir habis..

Gambar ni mula terpampang di laman Facebook semalam kalau tak silap..
Dan menjadi bualan dalam Whatsapp group keluarga besar kami semalam..
Ada terdetik sedikit rasa bangga sebab dia adik saya..
Tapi kadang-kadang rasa risau bertandang bila dia berulang alik selalu antara USIM dan Selangor
Kenderaan yang digunakan hanya lah motor..
Semoga Allah sentiasa melindungi adik saya walau di mana beliau berada..

Doa kakak untukmu adikku semoga kau sentiasa sukses dan cemerlang dalam apa jua jalan yang kau lalui..
Kerana jalan dakwah itu penuh cabaran dan dugaan dalam dunia yang serba mencabar ini..

Nota kaki: Teringat arwah atuk sebelah emak pernah cakap 'Syazwan bila besar boleh jadi ustaz ni' Alhamdulillah..

Monday, April 13, 2015

Shae & Nukilan - Rindu

Assalamualaikum..


Lirik : Shae & Nukilan - Rindu

Di malam yang sepi
Aku sendirian dengar bisik hati
Ku pejamkan mata
Biarkan dibawa
Kembali ke suatu
Ruang dan masa
Indahnya bila
Dibuai sejarah
Di dalam keasyikan
Terlihatkan seraut wajah

Rindu membelenggu
Terkenang masa lalu
Hati ini jadi rindu
Tak terkata
Manapun kau berada
Semoga berbahagia

Ku bertanyakan mana sita
Kembalikan warkah cinta
Moga manis jangan tangis hakis tinta
Semua janji yang pernah dideklarasi
Tinggal puisi sepi minta dideklamasi
Aku masih bergelut memeluk takdir
Detik bermula sehingga kemelut berakhir
Apapun juga keputusan
Aku terima walau jujurnya tak keruan dan
Yang dah berlaku biarkan berlalu
Nescaya nestapaku kan diubat waktu
Kau harus bahagia walau tak bersamaku
Khabarnya hidupmu kini ibarat ratu
Nahu lagu berbaur tabu ku tahu
Namun bukan niat ‘tuk menggugat dan menggangu
Semoga kau pun merindui
Dua lokasi, hati satu frekuensi,
Aku rindu

Rindu
Sejujurnya ku menginginkanmu
Di sini bersama menempuh dunia ini

Rindu membelenggu
Terkenang masa lalu
Hati ini jadi rindu
Tak terkata
Manapun kau berada
Semoga berbahagia

Andainya diberi kesempatan
Banyak yang mahu kuperkatakan
Menyusur rekahan mengukur punca retakan
Sejujurnya dirimu tak kupersalahkan
Sempurna perbuatan, perkataan dan perwatakan
Mungkin semuanya berpunca dari aku
Yang selalu keterlaluan memahukan sesuatu

Memorabilia, paraphernalia cinta
Setia mencerita sisa memori tercipta bila
Ku mengadu ke purnama
Bertanyakan khabar pujanggaku di sana
Puisi cinta lama sibuk dihidupkan
Menjadi senandung lestari bayu tiup-tiupkan
Yang kau nyanyikan aku nyanyi juga
Tak sempurna tapi ku kan tetap coba
Semoga terus merindui
Dua lokasi, hati satu frekuensi,
Aku rindu


Tuesday, April 7, 2015

Giveaway 2015 Jubah, Dress, Leggings Oleh Norzi Beautilicious House

Assalamualaikum..

Sila klik banner untuk join

Saya tag:

Tarikh Giveaway:
Tarikh Mula: 22hb Mac 2015
Tarikh Tutup: 12hb April 2015 (11.59 malam)
Keputusan: 15hb April 2015
Pengeposan: 17hb April 2015

Friday, April 3, 2015

Contest Buy AVON Online

Assalamualaikum..

Jom join contest by Avon ni..mesti korang suka..

Caranya???

1) Share post ini
2) Follow blog http://avononlinemalaysia.blogspot.com. (kanan blog)
3) Follow Google +1 kami juga ya! (kanan blog)

5 hadiah istimewa untuk 5 yang bertuah.
Hadiah AVON bernilai RM50
Hadiah AVON bernilai RM40
Hadiah AVON bernilai RM30
Hadiah AVON bernilai RM20
Hadiah AVON bernilai RM10

Pemilihan adalah secara RANDOM!! Dengan syarat korang follow semua 3 syarat yang diberikan!! Ok??

Simple Contest For Great Gift =)

GiveAway tamat pada 30 April 2015.
GiveAway terbatal secara automatik sekiranya peserta kurang 100 orang.. So keep sharing to people u know =) 1 hadiah istimewa untuk individu yang dilihat aktif!!

Selamat mencuba!!!


Wednesday, April 1, 2015

WW#40 TM Oh TM

Assalamualaikum..

Oh TM sayangku..
Kenapa buat saya macam ni..
Aku ni dah lah pelupa..
Sementara duit tengah ada ni, kau buat hal lah pulak..
Semalam nak bayar, kau kata bil tengah update..
Hari ni nak bayar, tiba-tiba kau under maintenance pulak..
Kenapa baru hari ni kau nak macam ni nak oi..
Susah hati mak bayar bil lambat-lambat ni nak oi..

Nota kaki : gara-gara GST, semua jadi tak betul..