Showing posts with label Suara Hati. Show all posts
Showing posts with label Suara Hati. Show all posts

Friday, September 21, 2018

Selamat Hari Lahir Yang Ke-55 Waliku



Selamat hari lahir yg ke-55 waliku.  Semoga Allah merahmati dan melindungi dirimu setiap hari.  Terima kasih untuk segala kasih sayang dan penat lelahmu selama 29 tahun diri ini lahir kedunia.  Dan tak mungkin mampu terbalas kerana ianya terlalu berharga.  
Terima kasih ayah.  Kakak sayang ayah ❤❤❤

Tuesday, November 3, 2015

Anda Tidak Amanah!

Assalamualaikum..


Saya tertanya-tanya..
Siapa ye yang buat macam ni?
Anda tak amanah dengan tanggungjawab yg diberi oleh HQ..
Mungkin anda dah lama, mungkin anda stokis..
Tapi jika begini, bukan sahaja akan membunuh kami peniaga-peniaga kecil
Tapi juga membunuh keberadaan pasaran Celebritylass..
Jujurlah dengan amanah yang diberi..

Untuk pengetahuan pembaca, pihak HQ kami tiada membuat sebarang promosi sebegini pada masa ini..
Dan sekiranya anda ada terjumpa sesiapa yang menjual seperti ini harap dapat laporkan pada HQ kami..
Bantu peniaga tersebut agar jadi jujur dan amanah..

Bukan kerana dengki atau takut..
Sebab saya yakin rezeki tu pasti ada dan takkan salah alamat..
Tapi banyak kesan buruknya di masa akan datang pada orang lain

Sekian sahaja tazkirah dan luahan hati saya hari ni..

.

Anda ada masalah bau badan yang ketara?
Tak mampu bertahan lagi?
Jom dapatkan konsultasi secara percuma daripada saya bagaimana anda boleh bebaskan bau badan anda dengan Celebritylass, cecair biru ajaib..
Telah diuji selama 2 tahun sebelum dipasarkan, in shaa Allah telah ramai berjaya hilangkan bau badan dengan cecair biru ajaib ini :)
Boleh Whatsapp/Telegram saya di 0172150950

Tuesday, October 20, 2015

Dah Bergelar Puan??

Assalamualaikum..

'Aku terima nikahnya Nursyazwani binti Masduki dengan maskahwin 300 ringgit tunai..'

Alhamdulillah, dengan sekali lafaz..
Diijabkabulkan oleh ayah kandung sendiri..
Pada 9hb Oktober 2015 bersamaan 25 Zulhijjah 1436H
Saya sah bergelar isteri kepada Mohd Hafiz bin Zainuddin
Selepas 8 tahun berkenalan, bercinta dan bergaduh..
Akhirnya impian bersama untuk mendirikan rumahtangga tercapai juga..
Semoga ikatan perkahwinan yang dibina bahagia dan berkekalan hingga syurga..

'Sayang tak mampu berjanji untuk menjadi sempurna, kerana abang yang membuat sayang jadi sempurna..
Satu yang sayang harap, agar kita sama-sama saling melengkapi untuk membina masa depan kita hingga syurga..'

Nota kaki : gambar lain in shaa Allah next entry..gambar tak banyak sebab saya tiada OP, dan kebanyakan persiapan semuanya sendiri dengan dibantu oleh insan-insan kesayangan saya..

Wednesday, January 7, 2015

Zizan Dan Emma Putus!!

Assalamualaikum..

Haih lah..jarang sangat up entri gossip artis dekat blog nih..
Tapi yang ni cuma nak meluahkan rasa hati..
Terkejut lah jugak dengar berita ni pagi tadi walaupun ada terdengar-dengar semalam..
Tapi nampak gayanya memang kisah ni jadi berita paling meletop untuk hari ni..

Sebenarnya suka sangat tengok Zizan dengan Emma
Lagi-lagi baru-baru ni diorang umumkan akan melangsungkan majlis perkahwinan tahun ni jugak..
Tiba-tiba dengar berita ni pagi tadi, ada sedikit rasa kecewa dihati.. **ececeh

Lagi membara bila ada budak ofis cakap
'Kalau aku jadi Zizan pun, dah kaya dan banyak duit..aku carik muka stok pan-asia..
Setakat muka macam Emma, tinggal je..'
Huih, menyirap dengar oii..
Saya balas 'ini lah dia lelaki..'


Saya balas lagi..
'Sebab apa perempuan sekarang ramai yang takut nak kahwin? Sebab lelaki sekarang ramai yang tak boleh jadi imam..'
Kawan saya kata
'Ko tau ke dia sembahyang ke tak?'

'Imam' bukan bermaksud kau boleh solat, kau tak tinggal solat dan kau mampu jadi imam waktu solat ertinya kau dah berjaya jadi 'Imam' buat isteri wahai cik abang oi..
Bukan setakat tu je tanggungjawab seorang suami terhadap isteri..
Sebab tu saya dengan tunang, kami berdua masih belajar cara dan tanggungjawab dalam rumahtangga..
Mak dengan ayah pun suruh pergi mengaji lagi..**belajar ilmu agama maksudnya..

Nota kaki : Saya bukan nak mengata Zizan apatah lagi Emma, diorang pasti ada sebab kenapa putus hubungan..nanti ada pulak peminat diorang yang serang saya..adeh!!**panas pulak entri pertama saya tahun ni..

Thursday, December 4, 2014

Guna Apps Daisypath Untuk Blog

Assalamualaikum..


Dah lama berblog, baru sekarang guna apps ni..
Sebelum ni pernah berhasrat nak guna, tapi tangguhkan dulu..
Harini tiba-tiba rasa nak tambah apps ni dalam blog..
Kerana hati rasa bahagia sangat..haha..
Jangan marah...

Sejak-sejak nak bertunang ni, makin berseri-seri muka..
Budak ofis lah yang kata..hahaha
Haish, makin rasa bahagia kembang hati setaman pun ada..
Semoga berbahagia dan dipermudahkan segala urusannya yea cik wani..

Sebenarnya, sejak mak ayah jumpa bakal tunang serius rasa lega sangat..
Tak tau nak gambarkan macam mana..
Terima kasih mak dan ayah..

Nota kaki : sory lah korang kalau cerita asyik ulang-ulang je..sini jela tempat meluah perasaan..huhu

Wednesday, July 2, 2014

Bila Virus Datang

Assalamualaikum..



Rasa besar sangat virus ni dari pagi tadi..haha
Kamu, kamu dan kamu jangan jadi macam ni tau..

Apa dia virus tu?
Mengantuk x Malas + Letih = Puasa

Nota kaki : Mak kata, memang lah kalau puasa tu kita rasa semua..lagi2 perut lapar tu..tapi itu lah namanya ujian..hihi.. Selamat menunaikan ibadah puasa dan ibadah2 lain dalam bulan puasa ini dengan sebaiknya kawan-kawan ^_^

Tuesday, June 24, 2014

Budak Ni Dah Besar..

Assalamualaikum..

Gambar aneka jenis kek dekat homepage google hari ni..
Macam meraikan hari lahir kita lah hari ni kan.. :-P

Budak ni dah besar dah hari ni..

Merenung masa depan..
Genap umur 25 tahun hari ni..

Terima kasih buat yang mengirimkan ucapan Selamat Hari Lahir dan mendoakan semoga murah rezeki, dipanjangkan umur dan yang paling best semoga cepat kahwin..hehe
Ayesha dapat ucapan istimewa dan berita menggembirakan daripada orang tersayang disekeliling Ayesha hari ni..rasa nak tangkap leleh pun ada ni..
Terima kasih mak dan ayah kerana memberikan hadiah paling istimewa buatku hari ni
Terima kasih buat awak yang selalu ada dari dulu hingga kini..

Nota kaki : Siapa kita hari ini adalah kerana berkat doa orang yang berada disekeliling kita, terutama keluarga dan rakan-rakan..terima kasih semuanya kerana selalu mendoakan yang terbaik untuk saya..

Thursday, June 12, 2014

Hari Lahir Dia Semalam..

Assalamualaikum..


Mood nak berjiwang je..
Sebab birthday dia semalam..haha
Tahun ni dah genap umur 26 tahun..

Semoga semua hajat dan cita-cita awak tercapai..
Semoga panjang umur dan diberi kesihatan selalu..
Semoga dapat kumpul duit cepat-cepat :-P

Terima kasih kerana sangat sabar dengan perangai saya yang tah hape-hape ni..
Perangai saya yang macam budak2, manja, nakal, jahat..
Saya yang suka membebel..
Ok dah cukup..

P/s : dari dulu hingga kini dia setia disisi...kata sahabat baik 'cuma dia yang mampu jaga kau..'
Pesanku untuk seorang teman jika kau baca entri aku ni 'carilah bahagia kau diluar sana..aku minta maaf sebab dulu aku termenyemak dalam hidup kau..'

Tuesday, June 3, 2014

Hilang Sabar..

Assalamualaikum..

'feeling annoyed'

Sudah berlarutan hampir berminggu-minggu
Bukan kerana cemburu atau dengki..
Tapi biarlah berpada-pada..

Saya tahu anda dah nikah
Anda sudah HALAL
SEMUA ORANG pun dah tahu anda dah HALAL
Tapi sampai selfie dengan bukti anda dah HALAL perlukah?

Saya tak kata saya sempurna..
Saya tak kata saya tak kan buat..
Mungkin saya akan buat..
Tapi harap-harap saya tidak berlebih-lebihan..

Tindakan anda seolah-olah memberitahu..
'Aku dah nikah, kau hado?'
Memang rasa bahagia..
Tapi dalam pada tak sedar, mungkin melukakan perasaan orang lain..

Mungkin ada orang yang belum ada pasangan..
Mungkin ada orang yang dah ada pasangan tapi belum dapat mendirikan rumah tangga..
Atau mungkin, ada orang yang ingin berkahwin..
Tetapi mempunyai halangan-halangan tertentu..

Kenapa Ayesha cakap macam ni?
Terasa ke??
Memang Ayesha mengaku..
Sangat-sangat terasa dan terkesan dihati..
Bukan tak nak kahwin..
Tapi setiap orang ada masalah sendiri..

Rezeki awak kahwin muda..
Itu saya tumpang gembira untuk awak..
Tapi rumahtangga ada macam-macam dugaan dan cabaran..
Tak sentiasa indah..
Semoga awak tabah menghadapi
Dan saya doakan semoga awak bahagia..

P/s : cukup rasa bahagia itu aku hanya pamerkan pada dia dan teman yang rapat..sesekali cerita pada umum, mungkin boleh diterima..tetapi jika hari-hari lepas engkau, engkau dan engkau lagi..rasa nak blocked pun ada..

Friday, May 9, 2014

Selamat Hari Ibu

Assalamualaikum..




Dia bersusah payah
Dia yang mengandungkanku selama 9 bulan
Dia yang melahirkanku
Dia menjaga diriku dari kecil
Mendidik aku sehingga dewasa
Mengajarku erti kasih sayang
Menjadikan aku insan berguna
Dialah ibuku..

Selamat Hari Ibu Puan Zainun binti Samsudin
I love you so much..!!

Nota kaki : Selamat Hari Ibu juga kepada semua wanita yang bergelar emak, ibu, ummi, mama, mummy dan juga yang bakal bergelar ibu..jasa dan pengorbananmu sangat tinggi..

Tuesday, April 22, 2014

Bicara Manis Menghiris Kalbu


Assalamualaikum..

Puas cari tajuk untuk entri ni..
Haha..
Sampai nak tido je rasanya..
Betul kata gambar kat atas..
Bila kita suka dekat orang, mesti otak kita macam tak berguna..
Kenapa?
Sebab selalunya mesti kita akan buat apa yang kita rasa betul dengan kata hati..
Tanpa menggunakan akal lagi..
Kalau sikit-sikit saja ok lagi..
Tapi jika sampai memudaratkan diri sendiri, itu yang bahaya..kan3?

Gadis selalunya, macam saya yang masih dalam kategori muda..
Mudah termakan kata-kata manis sang lelaki..
Sebab tu saya kata 'Bicara manis menghiris kalbu..'
Kenapa?
Gadis selalunya, jika sang lelaki berjanji..
Mereka akan ingat sampai bila-bila..
Terutama jika yang berjanji adalah lelaki yang mereka sayang..
Gadis akan simpan dalam hati..
Sebab tu selalunya gadis akan terluka jika lelaki mempermainkan mereka..
Tetapi lelaki selalu lupa..
Mereka mudah mempermainkan wanita atau gadis sesuka hati mereka..
Kononnya untuk berseronok..
Mereka lupa betapa kuatnya tamparan wanita..
'Aku bukannya selemah yang kau sangka
Aku tak rela disiksa
Beranikah lagi bersemuka
Rasakan kuasa tamparan wanita..'

Kau rasa?
Apa yang aku rasa?


Kalau dah berani mempermainkan perasaan wanita
Tunggu saja lah masanya..
Selalunya wanita akan berharap, lelaki terima pembalasan sewajarnya
Sebelum mereka sendiri yang ambil tindakan..
Tak percaya???
Cuba lah buat, baru terasa kesedapan tamparan wanita..

Nota kaki : Sebenarnya dah tercrush dengan seseorang, tapi nasib baik masih boleh diselamatkan..haih, selagi tak kahwin..memang lah..banyak betul dugaannya..ni akibat terpengaruh bicara manis yang menghiris kalbu lah ni..hati-hati bila berkawan, jangan termakan janji manis lelaki..

Monday, April 21, 2014

Sakura Band Ft. Adi 6ixthsense - Pelarian

Assalamualaikum..



Engkau datang kepadaku
Dengan sejuta harapan
Kau janjikan cinta itu

Ternyataku hanya persinggahan
Hatimu yang luka
Sungguh ku tak sangka

Dan saat kekasihmu
Inginkan kau kembali

Tinggalkan aku
Lupakan ku
Kembalilah kau kepada dirinya
Kerna kutahu
Cinta ini
Hanya pelarian bagimu

(ulang dari permulaan)

Tinggalkan aku
Lupakan ku
Kembalilah kau kepada dirinya
Kerna kutahu
Cinta ini
Hanya pelarian bagimu (2x)


Nota kaki : Monday morning blues atau this week blues??haha..rasa kelakar pulak cerita ni..tersentap sekejap hati..moga pulih macam biasa..

Wednesday, April 16, 2014

Monday, April 14, 2014

Nyahaktif Seketika

Assalamualaikum..


Atas sebab-sebab tertentu, Ayesha kini telah off Facebook..
Mungkin buat beberapa ketika..
Semoga semuanya kembali seperti sediakala..


Nota kaki : Jauh disudut hati, aku sangat terluka dengan kata-kata kamu..maaf jika kau rasa aku punca segala-galanya..

Monday, March 10, 2014

Dalam Gembira Ada Duka

Assalamualaikum..

Ayesha baru kembali bekerja setelah bercuti selama tiga hari sejak hari Jumaat lalu..
Bergerak menuju ke Alor Setar, Kedah pada petang Jumaat
Untuk menghadiri majlis pernikahan teman baik Ayesha pada hari Sabtu bersamaan 8 Mac 2014..
Namun, dalam gembira yang dinanti..
Mendapat perkhabaran duka apabila pesawat MAS MH370 hilang daripada radar
Tanpa dapat dikesan sehingga kini
Walaupun kita bukan bersaudara dekat..
Tapi kita masih mempunyai rasa sedih yang tak dapat digambarkan..

Ya Allah..
Entah macam mana agaknya perasaan ahli keluarga penumpang yang terlibat..
Paling mengecewakan apabila rakyat kita di Malaysia sendiri saling berbalah dalam keadaan genting sebegini..
Tak sepatutnya kita mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang sedemikian..
Apa agaknya perasaan anda jika ia terjadi kepada salah seorang ahli keluarga?

Marilah kita sama-sama berdoa agar terjadi keajaiban pada hari ini..
Semoga pesawat MH370 dan semua penumpang serta anak kapal dapat dijumpai semula..
#PrayforMH370

Dibawah adalah link live streaming astro awani bagi anda yang ingin mengikuti perkembangan semasa..
Terima kasih kepada +Aliah Nuqmans sebab bagi link ni di blog beliau..


Nota kaki : niat dihati nak update entri lain..in shaa Allah jika ada kelapangan..berkongsi saat bahagia seorang teman dalam duka berita yang diterima awal pagi Sabtu kelmarin

Friday, February 28, 2014

Ikhlaskah Kita?

Assalamualaikum..


Sekadar perkongsian pada hari Jumaat yang penuh barakhah ini
Benarkah kita sudah ikhlas bila mana ikhlas itu masih disebut-sebut?
Mari kita renung-renungkan ^_^

Friday, February 21, 2014

Drama Ku Cinta Kau Seorang Dah Tamat!

Assalamualaikum..


Yeay!!
Drama Ku Cinta Kau Seorang telah melabuhkan tirainya malam tadi..
Yeay lah sangat kan..
Suka sangat tengok cerita ni..
Kisah Helmi dan Batrisya..
Mula-mula macam anjing dengan kucing..
Pantang berjumpa, mesti bergaduh..
Tapi lama kelamaan sama-sama jatuh cinta..

Kesayangan Ayesha yang tak reti tengok cerita cintan-cintun tu pun..
Boleh layan cerita ni tau..
Setiap kali kalau tengok..
Setiap babak yang best, yang kelakar..
Confirm handphone Ayesha berbunyi..
Nenek dia kelakar lah..
Diorang bergaduh lah..
Paling tak boleh tahan
Masa nenek Helmi meninggal
Hantar whatsapp macam ni..
'nenek dia mati T_T'
siap ada icon nangis weh..
Aduh duh duh..

Untuk pengetahuan korang..
Dia memang anti kalau Ayesha baca novel..
Layan cerita-cerita cinta ni..
Kalau kita cerita dekat dia..
Sorry lah eh, dia memang tak layan..
Dia dengar je..
Lepas tu, dah habis bercerita..
Kau kena ceramah balik..
Novel tak bagus, melemahkan hati..
Bla..bla..bla..
Haiyooo..
Mak Ayesha pun tak membebel macam ni..
Sudahnya sekarang ni, pinjam novel dekat akak ofis sampai 5-6 buah
1 novel pun belum ada yang habis baca..
Sebab?
Dah malas nak baca..haha
Cuba kalau baca?
Confirm menitik air mata kalau part sedih..
Baca Al-Quran tak pernah menangis pulak..
Ish3..apa nak jadi?

Ha..
Sambung cerita balik..
Malam tadi kan episod last..
Dah tak de dah part yang sedih-sedih episod malam tadi
Cuma yang berdebar tu masa ayah Batrisya panggil Helmi datang rumah..
Sumpah rasa ayah Batrisya psiko gila..
Tapi masa Ayesha tengok ayah Batrisya macam tenang je tanya soalan dekat Helmi tu..
Dah tau dah, ni saja nak test Helmi ni..
Tapi Batrisya dengan Helmi kalut sangat..
Haha..memang kelakar..

Bila scene yang dah nak habis tu..
Ha...kau..whatsapp masuk
'So sweetttt..'
Eh..eh..eh..
Haha..
Tapi lepas tu Ayesha pun melayan jugak..
Tukang sambung..
Kih3..

Rasanya, cerita ni lah yang Ayesha rasa tak berat sangat..
Tak meleret-leret sangat..
Setiap minggu rasa tak sabar nak tunggu episod baru..

Nota kaki : Suka tengok pelakon yang bawak watak Batrisya tu, tiap kali tengok dia berlakon..rasa tak puas je tengok muka dia..hihi

Wednesday, February 19, 2014

Rasa Sebak!!!

Assalamualaikum..

Alkisahnya..
Mak hantar mesej melalui whatsapp tengahari tadi..
Mak kata, terjumpa akaun Facebook kawan lama dia..
Mak tanya, mak tak de FB boleh berhubung dengan dia ke?
Ayesha suruh mak hantar mesej dekat FB guna akaun ayah..
Tapi mak tak pandai lagi..
Dalam pada dok balas whatsapp dengan mak tu
Tah kenapa tiba-tiba hati rasa sebak semacam je..
Macam nak mengalir air mata..

Ah sudah...
Kau dah kenapa??
Entah lah..
Tiba-tiba rasa terharu sangat..
Sebab teringat cerita mak..
Dah lost contact dengan kawan dia sangat lama..
Sejak habis sekolah kot..
Ke zaman mak kerja lagi..lupa pulak
Padahal itu lah kawan rapat mak..
Bayangkan sekarang ni anak-anak masing-masing dah dewasa dah..
Ayesha sendiri dah nak masuk 25 tahun dah tahun ni..

Tapi Ayesha dah ter add acik tu dekat FB tadi..
Jangan bagitau dekat mak tau..
Hehe..tanya mak tadi, suruh add je dekat FB
Tapi mak tak nak pulak
Mak cakap dia segan
Segan sebab acik tu wanita berkerjaya..
Mak Ayesha suri rumah saja..
Tapi Ayesha kata, kalau kawan ikhlas tak kan pandang semua tu..
Lainlah kalau kawan tu sombong dan berlagak kan?
Huhu..tiba-tiba timbul mood blues pulak petang-petang ni..
Sedihnya..T_T

Friday, February 14, 2014

SAY NO!!!

Assalamualaikum..


Ayesha bukan nak boikot pak cik Google ni..
Sebab dekat pak cik Google lah Ayesha selalu dapat everything yang Ayesha cari..
Macam2 ada..haha
Tapi, untuk Valentine's ni??
Sorry, saya tak sokong..
Say No To Valentine's Day!!
Tapi ada pulak wujud hari Valentino Rossi??
Macam mana pulak tu??
Sila jangan macam-macam yea..

Tuesday, January 28, 2014

Mana Nak Cari???

Assalamualaikum..

Ayesha ada masalah sikit ni..
Ekzema Ayesha dah mula datang lagi..
Sedang berusaha mendapatkan produk VCO daripada Tropika Beauty..
Nak beli online terasa terlalu lama menunggu..

Jadi cuba nak dapatkan secara terus dari mana2 stokis atau farmasi dan sebagainya
Tengah hari tadi, cuba dapatkan maklumat daripada page Great Baby Skin..
Produk ni sebenarnya untuk bayi dan kanak-kanak yang mengalami ekzema
Tapi dalam deskripsi produk, Ayesha ada terbaca produk ni juga sesuai untuk orang dewasa
Tidak mengandungi bahan kimia
Dan tidak mengandungi paraben

Pihak Great Baby Skin syorkan Ayesha dapatkan di GMH Shah Alam di Worldwide Seksyen 7
Tapi disebabkan tak begitu biasa dengan kawasan Worldwide Seksyen 7 dan waktu operasi GMH hanya sehingga 8.30 malam, takut tak sempat nak pergi cari..

Rasa2 nak cuba cari di farmasi berdekatan Seksyen 7 di Jalan Kristal
Harap2 sempatlah cari..
Habis gatal-gatal satu muka dari semalam..
Ubat yang doktor bagi sebelum ni memang dah kehabisan
Dan memang Ayesha tak bercadang nak sambung jumpa doktor lagi..
Sebab banyak masa yang terbuang..
Tapi pulih hanya sementara dan kos agak melambung tinggi..

Sumber gambar dari page Great Baby Skin