Wednesday, January 28, 2015

Tuesday, January 27, 2015

Puding Sedut Paddle Pop

Assalamualaikum..

Puding paddle pop mungkin anda pernah tengok atau pernah makan..
Tapi...
Pernahkah anda merasai keenakan puding paddle pop yang disedut dari dalam botol kaca?
Ha??Kenapa macam pelik je bunyi nya??
Mungkin ada yang pernah dengar tentang puding sedut ini..
Tapi buat yang tidak mengetahui, jom tengok gambar di bawah..


Haaaa...
Tergoda tak tengok puding yang sejuk tu..
Sedap weh, tak tipu..
Puding ini biasanya dibuat tiga lapisan dengan tiga perisa yang berlainan
Macam mana nak makan?
Kami beri anda straw untuk anda sedut puding tersebut..
Nak lebih sedap, gaulkan ketiga-tiga perisa tersebut dengan straw dan nikmati puding anda dengan penuh bergaya..hehe
Enak dimakan ketika sejuk!!


Model ahkak pun kata puding sedut ni terbaik!!

Kepada anda-anda yang berada disekitar Shah Alam..
Yang teringin merasai keenakan puding sedut ni..
Boleh self pick up di Seksyen 9, Shah Alam (order sehari sebelum pick up)
*Waktu bekerja sahaja - sehingga 6.30 petang
atau di Seksyen 18 (Petronas atau Shell) dan di Seksyen 24 (7-Eleven)
*Selepas waktu bekerja (8.00 malam dan ke atas)
Boleh whatsapp saya di 0172150950

Buat permulaan (bermula 31/1/2015) ada 3 flavour yang available
*Vanilla Oreo
*Choc Oreo
*Choc Strawberry Corn

Nota kaki : Warga Shah Alam yang berminat nak dapatkan puding ni, jangan segan-segan whatsapp saya ^_^

Tuesday, January 13, 2015

Puas Hati Dapat Masak

Assalamualaikum..

Ini bukan entri masakan, tapi ini entri makanan..haha
Maaf kalau gambar yang saya akan kongsi mengganggu konsentrasi anda yang sedang bekerja atau sedang berblogging..sebab saya memang suka makanan dan suka cuba benda baru :-P

1. Sate Minang

Paling menjadi kegemaran..
Ini bukan masak sendiri, tapi masak kat kedai..hehehe
Pergh, lama sangat rasanya tak makan sate minang ni..akhirnya tercapai hajat hari ahad lepas..
Walaupun agak jauh nak pergi, tapi bila sampai sini memang makan puas-puas lah..
Satu pinggan set biasa ada 5 cucuk + nasi himpit dan disiram kuah istimewa..cuma RM2.50 saja
Memang terangkat lah bila makan
Yang ni special sebab saya order RM5..
Boleh ikut nak order berapa RM, tapi kalau yang biasa memang standard harga RM2.50

2. Spegeti Aglio Olio

Ok, yang ini memang masak sendiri..
Baru try malam tadi..puas hati sangat dapat masak sendiri walaupun terasa pedas sangat sebab tertuang chili flakes banyak..huhu
Siap bungkuskan dekat tunang untuk makan malam dia malam tadi..
Nasib baik dia suka, kadang-kadang dia cerewet jugak bab makan..
Ini resepi paling senang nak ikut..
Kalau search resepi dekat google, akhir sekali mesti ada keyword 'ringkas/mudah/simple'
Nampak tak betapa malasnya nak ikut resepi susah-susah ni..huhu
Nak resepi spegeti ni?klik dekat sini
Terima kasih tuan blog tersebut sudi kongsi resepi..

3. Pisang Goreng Cheese

Ni pun buat malam tadi jugak..
Nafsu semua ni..maaflah, saya memang suka makan..
Lepas tu ambik ubat malam tadi..satu malam tak boleh tido..
Makan benda berminyak macam ni, masa batuk tengah teruk memang syokk..
Tido pun macam tak tido sebab masa tido pun boleh terbatuk-batuk..
Anyway, sebab cheese block atau pun keju parmesan yang boleh parut-parut tu kurasakan agak mahal waktu-waktu macam sekarang ni..
Maka, saya gunakan cheddar slice jenama kraft..
Jadi lah nak, buat lepas mengidam..nak beli kat kedai, tak tau bila nak dapat..haha
Dah goreng pisang tu, panas-panas angkat masuk mangkuk yang ada susu pekat..
Guling-gulingkan pisang, lepas tu taburkan cheese slice yang dah siap dihiris-hiris ikut suka..
Layan gak lah sambil tengok Suamiku Encik Sotong malam tadi..

Sebenarnya saya memang suka memasak dan cuba-cuba benda baru ni kalau ada bahan..
Tapi sebab duduk rumah sewa, peti ais kena kongsi..
Nak beli barang banyak-banyak pun tak best..
Nanti apa kata budak lain kan..
Siaplah lepas kahwin nanti, akan kupenuhkan peti ais rumah cik abang..
Makan lah kau sampai jadi macam beruang..opsss

Kaki nota : makan saja kau tahu, patut lah badan tak kecut-kecut..haha..sekarang ada pengikut baru, adik bongsu pun kaki makan..pantang ada makanan kat dapur, lapar saja perutnya..

Friday, January 9, 2015

Syura - Gantung

Assalamualaikum..

Hari ni layan lagu ni pulak..
Best jugak..
Saya sertakan video dari youtube dan lirik dekat bawah yea..



Jika aku bertanya, apakah akan kau berkata
Jujur tentang segala isi di dalam hatimu
Walaupun sebenarnya semuanya sudah ku baca
Namun ku mahu mendengar dari bibirmu dulu

Kiranya kau dan aku dah tiada lagi
Kiranya cinta sudah pun terkubur mati

Usah sayang dalam benci
Usah rindu dalam jemu
Memaksa hatimu berpura tanpa merasai
Dan usah cuba dalam kelu
Usah belai tak bersentuh
Kau biar cinta kita gantung, tak bertali
Gantung

Jika benar mencinta yakinkan diri ku setia
Ikatan yang telah pun terlerai sekian lama
Jika benar mencinta yakinkan diriku semula
Masih adanya esok dalam kisah cinta kita

Kiranya kau dan aku dah tiada lagi
Kiranya cinta sudah pun terkubur mati

Usah sayang dalam benci
Usah rindu dalam jemu
Memaksa hatimu berpura tanpa merasai
Dan usah cuba dalam kelu
Usah belai tak bersentuh
Kau biar cinta kita gantung, tak bertali

Usah sayang dalam benci
Usah rindu dalam jemu
Memaksa hatimu berpura tanpa merasai
Dan usah cuba dalam kelu
Usah belai tak bersentuh
Kau biar cinta kita gantung, tak bertali

Sumber lirik

Wednesday, January 7, 2015

Zizan Dan Emma Putus!!

Assalamualaikum..

Haih lah..jarang sangat up entri gossip artis dekat blog nih..
Tapi yang ni cuma nak meluahkan rasa hati..
Terkejut lah jugak dengar berita ni pagi tadi walaupun ada terdengar-dengar semalam..
Tapi nampak gayanya memang kisah ni jadi berita paling meletop untuk hari ni..

Sebenarnya suka sangat tengok Zizan dengan Emma
Lagi-lagi baru-baru ni diorang umumkan akan melangsungkan majlis perkahwinan tahun ni jugak..
Tiba-tiba dengar berita ni pagi tadi, ada sedikit rasa kecewa dihati.. **ececeh

Lagi membara bila ada budak ofis cakap
'Kalau aku jadi Zizan pun, dah kaya dan banyak duit..aku carik muka stok pan-asia..
Setakat muka macam Emma, tinggal je..'
Huih, menyirap dengar oii..
Saya balas 'ini lah dia lelaki..'


Saya balas lagi..
'Sebab apa perempuan sekarang ramai yang takut nak kahwin? Sebab lelaki sekarang ramai yang tak boleh jadi imam..'
Kawan saya kata
'Ko tau ke dia sembahyang ke tak?'

'Imam' bukan bermaksud kau boleh solat, kau tak tinggal solat dan kau mampu jadi imam waktu solat ertinya kau dah berjaya jadi 'Imam' buat isteri wahai cik abang oi..
Bukan setakat tu je tanggungjawab seorang suami terhadap isteri..
Sebab tu saya dengan tunang, kami berdua masih belajar cara dan tanggungjawab dalam rumahtangga..
Mak dengan ayah pun suruh pergi mengaji lagi..**belajar ilmu agama maksudnya..

Nota kaki : Saya bukan nak mengata Zizan apatah lagi Emma, diorang pasti ada sebab kenapa putus hubungan..nanti ada pulak peminat diorang yang serang saya..adeh!!**panas pulak entri pertama saya tahun ni..