Assalamualaikum..
Dah dekat 2 minggu kot Yang Ayesha menyepi dari blog ni..
Hari2 baca entri orang lain je sebab entri mereka lebih menarik..
Saya tiada entri yang nak ditulis..hehe
Cerpen pun dah lama tak sambung tulis..mesti kalian boring nak baca..
Seronok tengok kawan saya, Kasieh Azieah atau nama penanya Cuadiey hari2 sambung tulis cerpen dia..
Mesti bulan puasa ni mencurah2 idea nak menulis..
Kalau korang nak membaca cerpen, jom lah jenguk ke sini..
Kenal dia dah lama, hampir 2 tahun..
Haha..kira lama lah jugak kan?
Jatuh cinta cerpen pertama pada cerpen dia yang bertajuk Cinta Halal
Sejak tu, terus contact dengan dia sampai sekarang..hihi..
Walaupun bukanlah sahabat yang terlalu rapat, tapi apa saja tentang penulisan cerpen atau novel kami akan kongsi bersama..
Walaupun jauh dan tak pernah berjumpa, tapi zaman sekarang kan dah canggih?
Berhubung dengan facebook pun boleh..kan? ~_^
Berbalik pula pada tajuk entri di atas, saya nak ucapkan terima kasih yang tak terhingga kerana kalian2 semua sudi singgah ke blog saya yang tak seberapa nih..:-)
Walaupun tak banyak viewer macam blogger2 lain yang dah pro, tapi saya sangat hargai mereka2 yang berkunjung ke sini..setiap hari pasti ada viewer..terima kasih semuanya..
Terima kasih kepada yang tinggalkan jejak anda..:-)
Sesiapa yang menyinggah ke sini, rajin2 lah tinggalkan jejak korang..tinggalkan link blog korang, bila ada masa saya akan singgah dan follow..^_^
P/s : Seronok tengok orang senang je kahwin, tapi mungkin mereka dah lalui berbagai halangan sebelum ingin mendirikan masjid..Mungkin untuk saya, ia baru permulaan untuk memulakan langkah..tapi walau macam mana pun, cuba untuk tanganinya dan cuba berusaha berfikiran positif..