Monday, September 29, 2014

Giveaway 2014 Mialiana.com



Giveaway 2014 Mialiana.com bermula pada jam 8.30 pagi 20 September 2014 hingga 11.59 malam 30 September 2014. Menawarkan hadiah yang bernilai RM1,495.80 untuk dimenangi. Senarai hadiah ada di SINI.

Semua blogger dijemput join untuk menyertai Giveaway ini.

Syarat-syaratnya :

1. Wajib Follow Blog Sponsor
MiaLiana Aynora SewaKeretaSabah ProvideNetwork TengkuButang IeyzartdSyahieyr FuzaMusa YatiAdam ZafirahZarrae Cekelatmanih DayangDeno EngkuMuzahadin PetakBunga AinimRashihah KaryaMahirah Azhafizah Zaidalifah FatihahFazlin FatinFarhanah NiaEmkay SyiraLokman

2. Wajib Like Fanpage Sponsor


3. Buat entri bertajuk Giveaway 2014 Mialiana.com
4. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
5. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI

40 pemenang bertuah akan dipilih melalui random.org dan keputusan pemenang akan diumumkan pada 10 Oktober 2014.

Good luck!

klik pada banner untuk join....

Friday, September 26, 2014

Republik - Selimut Tetangga



Selimut Tetangga Lirik

Bersabarlah sayang aku akan pulang
Jangan dengarkan gosip murahan tentang aku
Berjanjilah sayang ku slalu setia
Meski ku tak selalu di sampingmu

Tak usah kau menangis meratapi aku
Tak perlu kau berfikir ku meninggalkanku

Mana mungkin selimut tetangga
Hangati tubuhku dalam kedinginan
Malam malam panjang setiap tidurku
Selalu kesepian

Mana mungkin selimut tetangga
Hangati tubuhku dalam kedinginan
Malam malam panjang setiap tidurku
Selalu kesepian

Berjanjilah sayang ku slalu setia
Meski ku tak selalu di sampingmu

Tak usah kau menangis meratapi aku
Tak perlu kau berfikir ku meninggalkanku

Tak usah kau menangis meratapi aku
Tak perlu kau berfikir ku meninggalkanku

Mana mungkin selimut tetangga
Hangati tubuhku dalam kedinginan
Malam malam panjang setiap tidurku
Selalu kesepian

Mana mungkin selimut tetangga
Hangati tubuhku dalam kedinginan
Malam malam panjang setiap tidurku
Selalu kesepian

Bersabarlah sayang aku akan pulang

Sumber

Thursday, September 25, 2014

Teaser : Hadiah Giveaway Daripada Sally Samsaiman

Assalamualaikum..

Parcel dah sampai semalam..

Terima kasih sis +Sally Samsaiman
Hadiah giveaway dah sampai..
Suka sangat hadiah ni..
Sempena hari Jumaat besok , kita reveal hadiah eh..
Propa sangat hang ni..hehe

Nota kaki : ada benda tak best jadi kat ofis arini, hilang segala mood nak bekerja dengan rajin harini -_- 

Saturday, September 20, 2014

Giveaway Sexy Shades

Assalamualaikum..

Klik banner untuk join..

Tarikh tamat pada 30 September 2014



Nota kaki : Sexy nya shades tu..blink-blink mata saya tengok..hehe..jom join kawan-kawan

Thursday, September 18, 2014

Dia Sudah Dimiliki

Assalamualaikum..

Saya gemuk, pengantin kurus.. :-P

Akhirnya, bertambah lagi kawan-kawan yang mendirikan masjid
Up gambar ni dekat Facebook, caption tak boleh blah
*waiting for my own big day..yeay
Ha ah, menanti hari dan bulan jugak ni..
Nak sarung cincin (merisik dan tunang) bulan 12 ni, tapi satu apa pun tak bergerak lagi..
Mak ngan ayah pulak suruh anjak lagi cepat..
Tak sabar nak sambut menantu la tu..opsss
Semoga segala urusan berjalan lancar sehingga selesai..

Ok, sambung cerita kawan ni..
Kami tak rapat, tapi setiap tahun mesti baraan (beraya dengan kawan-kawan) bersama-sama..
Tapi nampaknya geng baraan sorang ni dah resign (kahwin)
Maka makin berkurang lah geng tahun depan..
Tahun depan pun sebelum raya, ada 2-3 orang yang akan resign jugak..huhu
Nampaknya lepas ni kena buat reunion jela kot..
**sampai sekarang setelah hampir 13 tahun habis sekolah, tak pernah lagi dapat kumpulkan semua kawan-kawan yang sama batch


Dalam gambar ni pun tak semua boleh kira berapa yang datang sebab ada yang tak dapat hadirkan diri..
Dari zaman sekolah rendah, sekolah menengah dan zaman UiTM..
Zaman sekolah rendah paling mengamit memori saya..
Sebab kami duduk dalam satu kampung..
Walau terputus hubungan, masih tetap akan jumpa dalam kampung..hehe
Seronoknya zaman sekolah rendah masih dikenang hingga kini..

 





Kehadiran kami berempat bikin kecoh bilik pengantin..haha
Masing-masing dengan berbagai ragam dan celoteh..
Ditambah dengan mak andam pengantin yang super sporting..
Kak Ayue memang terbaik, mekap pun cantik..
Korang yang nak dapatkan khidmat akak ni boleh jenguk FB beliau
AyuSofea D House
Pakej lengkap termasuk pelamin dan baju bersanding pun ada..
Cantik-cantik baju akak ni..

Nota kaki : Habis segala persiapan pengantin daripada A - Z kita orang tanya..haha..baju nikah, kasut bersanding, photographer..pendek kata semua lah kita orang tanya..hehe..perangai gila-gila dari zaman sekolah tak pernah lekang..tapi dengan kawan-kawan perempuan je selalunya..

Wednesday, September 17, 2014

1st GIVEAWAY RM400 ++ BY ASYA AMIN !

Assalamualaikum..

Klik banner untuk join..

UPDATE : TARIKH TAMAT 03 OKTOBER 2014
Tarikh Giveaway ini masih belum ditentukan lagi..
So, korang ada banyak masa lagi nak join..
Syarat pun mudah je..sebab tu saya join..hehe :-)

Hadiah Giveaway adalah seperti dibawah :

1. RM 100 x 1
2. Dress labuh x 2 - By 7teencollection
3. Beats MP3 Player x 6
4. Gelang Mutiara x 1- By Blogger Miss Boo
5. 1 Shirt ( Short/Long sleeves) x 1

Siti & Sally The Sisters Closet Dress Giveaway!

Sempena pembukaan butik online yang dijalankan oleh Sally dan juga kakak, kami dah sepakat untuk menghadiahkan sehelai dress yang akan dipilih secara rawak untuk pembaca blog Sally..So, girls...what you waiting for..?


  1. Follow blog Sally, Add To Circle Google+ Sally, Follow Twitter Sally, Follow Instagram Sally (Kalau ada + optional) dan Like Fanpage Sally & Fanpage The Sisters Closet
  2. Tolong klik SITI - SALLY - THE - SISTERS - CLOSET - DRESS - GIVEAWAY
  3. Buat satu entry bertajuk Siti & Sally The Sisters Closet Dress Giveaway!
  4. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish.
  5. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen.
  6. Sally akan gunakan khidmat Uncle Random.org untuk pilih ye...Hanya SEORANG PESERTA yang akan dapat sehelai dress.
  7. Giveaway akan berlangsung daripada 16th September 2014 - 19th September 2014
Credit : Mialiana.com

Monday, September 15, 2014

Bride to be??

Assalamualaikum..

Tajuk nak havoc je..haha
Sebenarnya, waktu bila yang dikatakan bride to be?
Saya rasa mungkin selepas rasmi menjadi tunangan orang?
Dan ramai yang dah bertanya dan tertanya-tanya
Terutama yang rapat dan dekat dengan saya
Bila, bila dan bila?
Lalalala..
Bukan berlagak tak nak jawab soalan ok..
Tapi sebab belum ada jawapan yang pasti..
Dan dah selalu sangat orang tanya soalan ni..

It will be very soon..
Tak sabar nak tunggu big day saya
Lebih-lebih bila tengok kawan-kawan ramai yang dah bertunang dan berkahwin
Malah ada yang telah beranak pinak..

Nota kaki : dah mula survey macam-macam, tapi majlis tak buat besar pun..hehe

Friday, September 5, 2014

Layan Boys Before Flowers Online

Assalamualaikum..

Sumber google

Cerita ni dah lama sebenarnya..
Release tahun 2009
Selepas demam Meteor Garden pada tahun 2001 dulu..**saya tak terjebak dengan wabak ni
Cerita ni adalah antara cerita bersiri yang popular terutama dalam kalangan peminat drama Korea
Yang ni saya terjebak dan sampai sekarang masih addicted..
Bila-bila masa pun layan cerita ni tak pernah bosan..
Suka tengok Gu Jun Pyo yang poyo, ego, sombong dan berlagak..
Geum Jan Di yang naif dan kelakar..macam2 mimik muka dia akan buat bila Jun Pyo paksa dia buat sesuatu perkara yang dia tak suka..
Dan telatah kawan-kawan Jun Pyo dan Jan Di yang macam2 ragam..
Banyak part yang saya suka dalam cerita ni..
Kisah cinta, suka duka, gelak tawa dan tangisan..
Part paling sedih masa Jan Di terjun dalam kolam renang sebab nak suruh Jun Pyo ingat dekat dia balik..
Hampir menangis tengok babak ni sebab rasa Jun Pyo jahat gila sampai tak ingat langsung dekat Jan Di..
Tapi padankan muka Jan Di sebab jual mahal sangat dekat Jun Pyo..
Eh3, melebih-lebih pulak ko yea..
Haha..ok lah uols, sampai sini je cerita hari ni..
Bye... ^_^

Nota kaki : Apa??nak link online drama korea ni??meh anta email kat saya meh..syazgreen89@gmail.com..boleh kenal2..hehe :-)

Thursday, September 4, 2014

Karipap Inti Telur

Assalamualaikum..

gambar kau langsung x best..**kata saya dalam hati..

Tapi lantak lah kan..cuma nak bagitau je, pertama kali saya tahu ada karipap inti telur ni..haha
Satu benda baru dalam bab masak-memasak ni yang baru saya tahu hari ni..
Maaf ler sebab gambar kurang memberangsangkan..hehe
Tapi rasa dia memang best..lagi makan panas-panas memang sedap
Terima kasih kepada officemate yang memberi karipap inti telur ni kat department kami pagi tadi..
Mak dia buat katanya..
Mak dia memang pandai buat kuih..kuih koci yang mak dia buat pun memang terbaik, tak pernah dapat kat mana-mana yang sama macam tu..
Alhamdulillah lah, rezeki pagi ni sebab pagi tadi tak sempat bersarapan..huhu
Gigih google carik resepi karipap inti telur, kebanyakkan nya resepi karipap inti kentang dan ditambah telur rebus sama ada sebiji atau setengah di dalam karipap..
Macam stail Ikea katanya..
Mahap ler, meatball Ikea pun saya tak pernah rasa lagi..
Sampai sekarang tak dapat..
Lepas ni boleh lah cakap kat mak cuba buat karipap inti telur ni pulak..

Nota kaki : Nanti mak kata, asal nak buat karipap je nak tunggu mak..macam mana nak kahwin macam ni?nanti besok dah kahwin, Hafiz asyik makan luar je..**gigih semalam mak membebel dekat saya pasal masak memasak nih..ampun mak..nanti kakak belajar yea..

Wednesday, September 3, 2014

Kepala Berpusing-pusing

Assalamualaikum..

Walaweh, tetiba ja kepala rasa berpusing-pusing macam nak pitam ni..
Kenapakah?
Nak kata tak makan..rasanya cukup dan terlebih-lebih kot..
Ke teruja atau stress sebab duk google tengok pasal majlis merisik dan bertunang orang dari tadi ni tah..

Bila 'dia' kata nak datang bincang tentang majlis masa raya haji nanti beberapa minggu lepas sungguh langsung tak de pun rasa stress..
Sebab rasa macam lambat lagi..
Tuptup semalam bila dia cakap tak jadi, mungkin bulan 12 atas sebab-sebab tertentu
Dan ditambah perbualan telefon dengan mak tengahari tadi..
Tiba-tiba rasa, walaweh..kenapa rasa macam 'eh, macam cepat sangat je..'
'eh, macam serabut serabai je kepala otak fikir..'
'Aku nak tunang?serius ke ni?'

Ok, tu je nak cerita..huhu

Nota kaki : tengah menaip entri ni pun kepala masih rasa berpusing-pusing lagi..doakan semoga segalanya berjalan lancar untuk saya eh.. 

Mini MMR Giveaway

Assalamualaikum..


Klik banner untuk join ^_^