Monday, October 15, 2012

T.E.R.U.J.A.

Salam...
Wink3...excited terlebih dah ni...
nak tau kenapa?????
Jeng3....

..
...
....
.....
......
.......
........
.........
 .
.
.
.
.
.
.
.
.
.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Kesayangan baru....


tu je nak bagitau, bye...^_^


Wednesday, October 10, 2012

Wordless Wednesday

Assalamualaikum...
Hari ni hari Rabu, biasanya Bloggers akan post gambar tentang sesuatu dan biarkan orang lain berfikir apa maksud disebalik gambar...
Tapi aku tak biasa buat macam tu sebab aku jarang buat post, jadi tiada Wordless Wednesday untuk hari ini dalam post aku...
Cuma aku nak cerita tentang kerja baru aku, yang lebih kepada kawan2 baru...wink3..
Sekarang dah kerja kat tempat baru dan hampir menginjak bulan yang ke-5 aku kerja kat sini...
Kerja kat mane?  Tak payah cerita la...tak perlu kot, yang penting have fun nak keje...

Walaupun tak berapa nak baru, tapi aku masih cuba menyesuaikan diri dengan 'environment' yang baru, dengan bos baru dan kawan2 baru..
Coming soon, kereta baru..hehe

Dan juga, memulakan hidup baru tanpa sebarang 'heart feeling' dengan orang yang tak sepatutnye..:-P

Dah penat membebel, sekian terima kasih....^_~

Tuesday, October 9, 2012

Dia Untuk Aku III


***
            Lima minit lagi akan menjangkau ke pukul 9.00 pagi.  Masih sempat untuk aku bergegas masuk ke bilik mesyuarat untuk perjumpaan dengan bos baru hari ni.  Bilik mesyuarat masih kosong, yang ada cuma seorang lelaki yang duduk dihujung meja yang sepatutnya menjadi tempat duduk ‘big bos’.

‘Muda lagi ni, lebih kurang sebaya aku je.  Muka pun nampak macam tak matang, budak-budak je ni.’  Aku berkata dalam hati.

“Siapa awak ni?!  Berani awak duduk kat tempat ayah mertua saya ya?!  Sekejap lagi ada mesyuarat kat sini, sepatutnya awak duduk kat tempat lain.  Kalau dia nampak nanti, mengamuk dia tahu tak.  Tuan Haji tu garang orangnya.”

            Lelaki itu hanya memandang aku dengan sinis sambil beralih duduk di kerusi lain.  Ya Allah, indahnya ciptaan-Mu.  Tak berkelip aku memandang lelaki itu. Walaupun nampak seperti muka adik-adik je, tapi seperti ada sesuatu dalam dirinya yang tak dapat aku ungkapkan.  Tiba-tiba aku tersedar, ‘staff’ lain mula masuk ke bilik mesyuarat.  Pandangan aku alihkan ke arah kertas yang berada di atas meja dihadapanku.

            Tuan Haji masuk, dan memulakan mesyuarat.  Lelaki tadi diperkenalkan sebagai anak tunggal beliau merangkap bos baru kami yang akan menggantikan Tuan Haji berikutan keadaan kesihatan beliau yang tidak mengizinkan sejak kebelakangan ni.  Tuan Haji ada anak ke?  Sejak bila?  Aku ni kan rapat dengan Tuan Haji, tak pernah tahu pun dia ada anak sekacak ni.  Ops, Qisha Imani..kau sudah lebih.  Rayyan Iman bin Haji Suffian???

‘Mak! Baru aku perasan, anak Tuan Haji?  Ni satu kebetulan ke atau suratan?  Alamak, mati la aku macam ni.  Mana aku nak letak muka ni?  Baru je tadi aku cakap Tuan Haji tu ayah mertua aku.’

            Tuan Haji meninggalkan kami bersama lelaki tadi untuk sesi suai kenal setelah meninggalkan beberapa amanat supaya kami menjaga syarikatnya ini seperti menjaga diri kami sendiri.  Dan sekarang, tibalah masanya…

“Assalamualaikum semua, seperti yang telah diperkenalkan oleh Tuan Haji tadi saya adalah bos baru dalam syarikat ini dan kamu semua perlu patuh kepada arahan saya.  Tapi jangan risau, saya seorang yang bertimbangrasa.  Segala cadangan atau pandangan daripada sesiapa saya terima demi kebaikan syarikat ini.  Cuma satu teguran saya, sekiranya ada mesyuarat dengan saya seperti hari ini saya mahu ‘staff’ saya hadir awal.  Bukan seperti yang saya perhatikan tadi, nasib baik masing-masing datang tepat pada waktu.  Ingat, saya tak suka orang yang lewat.  Kalau boleh, hadir 15 minit lebih awal lebih bagus.  Yang lain boleh bersurai, cuma Cik Qisha Imani binti Sufyan saya nak awak datang ke bilik saya sekejap lagi.

‘Alamak, apa aku nak buat ni?  Dia dah panggil aku masuk bilik dia.  Matilah aku macam ni.  Jangan sampai aku kena pecat sudah, sayangnya nak tinggalkan syarikat kesayangan aku ni.  Tenang Iman, tenang.  Kau ‘relaks’ je, jangan risau.  Tak kan dia nak pecat kau pulak.  Tak profesional la kalau dia buat kau macam tu.’

***
“Nak masuk ke tak nak masuk ni?  Nanti aku tak masuk, lain pulak ceritanya..”

            Aku mengetuk pintu bilik bos baru sebelum kedengaran suaranya membenarkan aku masuk.  Dia memberi isyarat tangan supaya aku duduk di ruang untuk tetamu sementara dia menghabiskan perbualan ditelefon.  Aku sekadar memandang keadaan bilik yang tersusun rapi, sama seperti sebelum ini ketika Tuan Haji menghuninya.  Cuma ada sedikit perbezaan dari segi susun atur perabot, mungkin mengikut citarasa bos baru ni.

“Jauh awak termenung kan?  Awak rindu kat saya merangkap suami awak ni ke?  Tak kan rindu kot?  Saya kan dah ada kat depan mata awak?”

‘Huwwwaaaaaa…malunya..apa aku nak terangkan ni’

“Saya minta maaf Encik Rayyan, saya tak sengaja.  Saya tak tau pun yang Encik Rayyan ni anak tunggal Tuan Haji.  Saya betul-betul minta maaf”

“Kenapa panggil Encik ni, panggil jela abang.  Saya kan suami awak”

Lelaki itu masih lagi ingin mengenakan aku dengan lawak yang tak berapa nak lawak.  Aku benci lelaki macam ni. ‘Erggghhhh!’

“Saya minta maaf, kalau tiada apa-apa lagi saya minta diri.  Masih banyak kerja saya yang tergendala.”

“Saya belum habis cakap lagi, isteri saya ni dah nak balik pulak?  Tunggulah dulu, belum puas lepas rindu ni sayang.”

‘Boleh gugur jantung macam ni hari-hari.  Tak payah nak tergoda sangat lah Iman, dia ni main-mainkan kau je.  Cepat balik tempat kau.’

            Aku terus berlalu keluar dari bilik itu, tak sanggup lagi untuk mendengar sebarang perkataan dari mulut lelaki itu yang hanya mendatangkan malu pada aku.

**
            Sementara itu di dalam bilik Rayyan Iman, lelaki itu masih lagi tersenyum mengenangkan tunangnya yang dicintai dalam diam.  Ya, Qisha Imani adalah tunangnya sejak setahun lalu.  Tiada siapa yang mengetahui tentang pertunangan itu kecuali Rayyan Iman, Qisha Imani dan keluarga kedua-dua belah pihak.  Tetapi Qisha Imani tidak tahu dengan siapa dia bertunang. Gadis itu sendiri tidak mahu mengambil tahu tentang pertunangannya kerana hanya mengikut kehendak keluarga selepas dikecewakan.

            Setahun telah disia-siakan oleh Rayyan Iman kerana sibuk menguruskan perniagaan keluarganya di Luar Negara.  Kini dia telah kembali untuk memikat hati tunangnya, cuba membuat gadis itu jatuh cinta kepada dia dan bersama-sama melupakan luka lama yang berdarah.

**Masih bersambung, nak tahu kesudahan?tunggu...
P/s : Maaf kalau cerita tak bagus dan membosankan..masih mencari ilham untuk menulis