Wednesday, August 8, 2012

Dia Untuk Aku II



***
Setahun telah berlalu selepas peristiwa yang membuatkan hati aku luka parah.  Entah apa kesudahan cinta Syahrul dan Amanda?mungkin sudah berkahwin, mungkin sedang menunggu kehadiran cahaya mata sebagai pelengkap rumahtangga mereka.  Apa yang termampu aku lakukan hanyalah mendoakan kebahagiaan mereka sampai akhir hayat.  Malam ni langit dan bintang sekali lagi menjadi peneman diriku yang merindui dirinya.  Tidak perlu kehadiran banyak bintang dilangit, tapi cukup lah satu pasti aku akan terasa malam itu begitu indah.  Cukup dengan kehadiran satu bintang, mampu membuat aku tersenyum dan tidur lena lantas melenyapkan segala perasaan aku terhadap dia.  Cukuplah sekadar bintang itu menjadi saksi aku merinduinya setiap saat dan detik waktu walau aku tahu aku tak mampu dan takkan pernah mendapat cinta darinya.  Terasa seperti bintang itu adalah dia yang memerhatikan aku dari jauh dan aku sedang memerhatikan dirinya.  Tak perlu kata-kata, hanya aku dan dia memahami apa erti rasa yang hadir itu.

“Ha!  Termenung jauh nampak?  Teringat kat sapa tu?”

“Fuh, nasib baik tak lari jauh jantung aku ni. Kau ni boleh tak bagi salam dulu kalau nak terjah tu Cik Rania Qaisara?  Habis hilang semua inspirasi aku.”

“Sorry la Cik Qisha Imani binti Sufyan…aku teruja kalau tengok kau termenung, mesti ada sesuatu yang menarik kan?  Kau tak nak cerita dengan aku ke?  Cerita la, aku nak dengar jugak apa yang ada dalam fikiran kau tu.  Selalunya kalau kau senyap macam ni, mesti ada sesuatu yang mengganggu fikiran kau kan?”

            Rania Qaisara ataupun panggilan manja dia Qaisara ni adalah teman yang paling rapat dengan aku dan yang paling aku sayang.  Dialah yang selalu mendengar segala luahan hati dan perasaan aku, yang tak pernah jemu memberi nasihat kepada aku ketika aku kecewa dulu.

“Oi, sedap je kau termenung kan Iman?  Kau tau tak sikit lagi aku nak tumbuh janggut tunggu jawapan dari kau ni?  Tolonglah jangan sambung balik angan-angan kau yang tadi tu, risau aku tengok kau tau.”

“Cik Qaisara, kau jangan risau la.  Aku ok lagi ni, masih sihat walafiat.  Kau macam tak tau pulak kan rutin aku tiap-tiap malam?  Apa lagi la yang aku nak buat kalau aku tak ada kerja selain dari tengok langit dan bintang kat atas tu?”

“Tu aku tau la, tapi malam ni aku tengok kau lain macam je?  Senyap semacam, kau masih rindu kat dia ke?”

“Rindu?  Bohonglah kalau aku cakap aku tak rindu dia langsung.  Aku selalu rindukan dia Sara, hanya itu yang termampu aku lakukan.  Aku berharap sangat yang aku takkan jumpa dia lagi sampai bila-bila sebab aku takut andai tembok yang terbina dalam hati aku ni runtuh bila aku jumpa dia lagi sekali, aku takut aku tak kuat nak lepaskan dia buat kali kedua.”

“Terlalu suci hati kau Iman.  Tapi kau pasti ke yang kau tak kan jumpa dia lagi sampai bila-bila?  Sejauh mana kau boleh lari Iman?  Dunia ni walaupun orang kata besar, tapi tak ada lah besar mana pun, satu hari nanti mesti kau akan terserempak dengan dia kat mana-mana.  Masa tu, tak kan kau nak lari?  Kau nak lari pergi mana?  Hati aku kuat mengatakan yang dia tak pernah lupakan kau dan dia betul-betul cintakan kau.  Aku jugak tau yang jauh disudut hati kau, kau masih cintakan dia, betul tak?”

            Terkedu aku seketika dengan apa yang diperkatakan oleh Qaisara.  Sejak bila dia jadi tukang tilik?  Nampak sangat ke ekspresi muka aku ni?  Mustahil, aku kan pakar dalam sembunyikan rahsia hati aku ni.  Tiba-tiba aku macam tersedar dari mimpi sebab aku rasa kepala aku macam nak tercabut.  Rupanya Qaisara dah baling aku dengan bantal yang ada kat tangan dia.

“Kau tak payah buat muka tak ada perasaan tu, tak payah nak pura-pura macam tak faham dengan apa yang aku cakap.  Aku kenal sangat dengan ekspresi muka kau tu Iman, bukan sekejap aku kenal kau tapi dah lama bertahun-tahun.  Kau sedih ke gembira ke, semua tu ada dalam poket aku ni.  Penat aku bercakap sorang-sorang kat sini, macam cakap dengan patung.”

            Aku terus bangun dan buat muka marah, konon-konon marah dengan tindakan Qaisara yang membaling aku dengan bantal tadi.

“Malaslah aku nak layan kau ni Sara, aku nak tidur lah.  Besok aku kena gerak awal ke ofis, ada meeting dengan bos baru.  Selamat malam.”

            Sambil berlalu, airmata aku tumpah lagi.  Betul apa kata Qaisara, aku masih cintakan dia walau berkali-kali aku menafikan dan menidakkan perasaan aku.  Berkali-kali aku cuba melupakan dia dan berkali-kali aku berjanji untuk tidak menangis lagi kerana dia, tetapi sudahnya acapkali aku melanggar janji itu.


**bersambung lagi..^_^

Wednesday, August 1, 2012

D.I.A.

Pejam celik, pejam celik..dah 4 tahun dah aku dengan dia..
Sekejap je mase berlalu..

Dia yang setia, dia yang memahami..
Dia yang penyabar, dia yang mampu bertahan sampai sekarang melayan kerenah aku yang cerewet dan mengada-ngada ni, yang degil, yang keras kepala..
Dia yang kadang2 menahan rasa dengan sikap aku yang kadang2 x boleh dijangka..huhu..

Senja Nan Merah

Masihkah kita termangu di bawah pepohon itu 
Ketika hujan melunturi danau yang terusang 
Tidak pernah dibilang hari 
Hanyalah debar yang terasa... terasa 

Setiap hari dibuai mimpi yang terindah 
Dengan menghitung senja merah dihujung sinar 
Mencipta keheningan rahsia 
Pada sehimpun kenangan 
Menyimpul satu makna diruang yang lurus ini 

Haruskah kita mencari pada gunung dan lurah 
Liku-liku curam insani 
Haruskah kita mencari puncak mengilau cahaya 
Dalam hidup seribu warna 
Dibawah teriring ungkapan pada sebuah wajah 
Yang lara kesepian 

Haruskah kita mencari dalam senja begini 
Kembali kita bertemu 
Haruskah kita mencari dalam simpati wangi 
Membilang kenangan yang abadi 
Seperti menuggu mentari senja 
Menghilang perlahan-lahan disebalik 
Awan yang merah 

Dibalik awan yang merah 
Dibalik awan yang merah

#Favourite song ktorang dari dulu sampai sekarang..die kate, ni lagu kita..hihi..

Terima kasih kerana menerima diri ini seadanya...


~Kata-kata cinta bukan hanya ungkapan, bukan hanya tulisan tapi cukup dengan perasaan...