Friday, March 31, 2017

Lazada Malaysia Big Baby Fair



Assalamualaikum..
Wowww!!!  Best lah Lazada ni, baru buat Birthday Sales haritu sekarang ni tengah buat Lazada Big Baby Fair pulak yang dah bermula pada 29hb Mac sehingga 2hb April (Diskaun Istimewa sehingga 85%) tau.

Memandangkan saya memang ada bayi yang baru saja berumur 6 bulan 9 hari, sesuai sangatlah menyertakan diri dalam contest Lazada Malaysia Big Baby Fair ni pulak.  Ada beberapa soalan yang perlu dijawab untuk contest kali ni.  Jom tengok jawapan saya kat bawah ni.

a. Apakah jenama lampin kegemaran untuk bayi saya? (atau bayi akan datang)

Drypers Touch


Sebelum ni saya banyak tukar-tukar lampin pakai buang ni untuk Huzaifah.  Mujur lah kulit anak tak terlalu sensetif.  Cuma memang kena cepat-cepat tukar terutama bila dia dah buang air besar sebab memang akan ada sedikit merah dekat kulit dia. Walaupun dah tukar banyak jenis lampin untuk anak, paling menjadi kegemaran saya adalah Drypers.  Dan saya paling suka Drypers Touch sebab permukaan dalamnya memang sangat lembut untuk bayi. Rekaan bentuk dan coraknya pun saya suka sebab nampak eksklusif sangat.  Haha.
Nak beli Drypers Touch?  Boleh klik sini.

b.  Apakah rumusan bayi pilihan kegemaran untuk bayi anda ( atau bayi akan datang)

Sustagen Junior+
Memandangkan anak teruna saya masih menyusu badan sepenuhnya, buat masa sekarang memang tak de beli susu formula.  Masa dalam pantang dulu susu badan belum ada sangat, pernah cuba Dumex Mamex Langkah 1 untuk bayi 0 bulan hingga 12 bulan.  Alhamdulillah susu tu sesuai dengan Huzaifah, dan dia pun takde masalah untuk buang air besar.  Tapi lepas habis pantang nak masuk 2 bulan dia dah tak nak susu formula sebab masa tu dia dah minum susu badan sepenuhnya sampai sekarang.  Harap ada rezeki dia sampai umur dua tahun.  Tapi akan datang saya nak cuba sustagen junior 1+ ni sesuai dari umur 1 tahun hingga 3 tahun untuk dia sebab masa saya kecik-kecik dulu pun saya minum sustagen jugak  Dan mungkin sustagen ni akan sesuai dengan dia, siapa tahu kan?
Nak cuba beli sustagen?  Boleh klik sini.

c. Pilih 1 produk daripada Lazada Malaysia yang anda ingin dapatkan untuk anak anda ( atau anak akan datang)

Memang dah berkenan nak beli carseat ni untuk Huzaifah.  Produk laku keras ni, kalau tengok dekat website Lazada sekarang carseat ni dah Out of Stock.  Harap-harap akan ada stok semula cepat-cepat sebab tangan dah tak sabar nak tekan add to cart ni.  Huzaifah dah makin membesar, memang kalau duduk dekat carrier carseat tu rasa macam kesian tengok dia.  Sebenarnya carseat model ni ada dua warna lain, biru dan ungu.  Kalau tak dapat warna merah, warna lain pun boleh juga.  Tapi sebolehnya nak dapatkan warna merah jugak.  Haha

Hari ni dah 31hb Mac, mesti ramai yang dah gaji kan?  Orang yang kerja kerajaan memang dari minggu lepas dah gaji, tapi yang swasta hari ni mesti ada yang baru dapat gaji.  Boleh lah bershopping sakan sempena Lazada Big Baby Fair 29hb Mac - 2hb April (Diskaun Istimewa Sehingga 85%)!


Thursday, March 23, 2017

Lazada Birthday Blogger Contest



Assalamualaikum..
Hari-hari tengok blogger lain post pasal Lazada Birthday Blogger Contest ni rasa teruja pulak nak ikut serta contest ni.  Pertama kali tau masuk contest anjuran Lazada ni.  Selalu perhati je apa blogger lain post, kali ni kita pun nak cuba bakat terpendam buat entri post panjang dan menarik yang dah lama terendam dalam diri.
Contest ni bakal berakhir pada 23hb Mac ni, maka mari kita join sebelum terlambat.  Hadiah lumayan untuk 30 orang blogger yang terpilih tau.  Peluang tu ada, cuma kita nak ambil atau tak peluang yang ada depan mata.  Hehe

a. Apa yang saya suka tentang LAZADA?

Saya suka Lazada Malaysia sebab Lazada ada macam-macam barang yang saya nak dan saya suka.  Daripada sekecil-kecil barang, sehingga lah sebesar-besar barang boleh dikatakan semuanya ada.
Lagi satu yang saya suka sebab kebanyakan barang yang saya beli selalunya penghantaran atau pos adalah PERCUMA!
Ye lah, siapa yang tak suka benda percuma?Lagi-lagi penghantaran atau pos kan?saya percaya, ramai je yang nak penghantaran percuma jika dapat peluang.
Dan kenapa saya suka Lazada lagi kerana selalu ada SALE!  Siapa tak suka harga murah kan??kadang-kadang harga SALE yang ditawarkan memang tak masuk akal. Walaupun saya selalu buka laman web membeli-belah yang lain, tetap akan kembali semula ke Lazada kerana harga yang ditawarkan jauh lebih murah di Lazada dan berbaloi dengan kualiti yang saya dapat.

b. Tiga produk pilihan utama dari LAZADA (produk kegemaran saya)


Sejak anak saya lahir ke dunia, setiap kali buka laman web Lazada ni memang cari barang anak je.
Sebelum ni pernah beli set travel car seat carrier dan stroller jenama Sweet Heart Paris dari laman web Lazada.  Memandangkan anak bujang dah semakin memanjangkan badannya, dia pun dah tak nak duduk dalam car seat carrier tu sebab kecik dan dia jadi rimas.  Dah pandai pulak nak angkat-angkat badan, dah tak nak baring dalam car seat tu.  Ibu dia ni hari-hari buka laman web Lazada dan mencari car seat, terjatuh hati dengan car seat jenama mydear ni.
Kenapa suka sangat dengan My Dear car seat ni?
Sebab dia ringan, 4.75kg je.  Ringan kan?Huzaifah pun lagi semangat tau, dah 9kg sekarang padahal baru 6 bulan.  Boleh sesuaikan dengan empat posisi kedudukan.  Haaa, suka lah budak Uzai tu kalau dapat duduk dalam ni agaknya.  Dia suka sangat tengok luar bila dalam kereta, tapi tak suka dipegang.  Nampak tak?  Perangai macam orang dewasa, dia perasan dah dewasa sangat lah tu.
Car seat ni boleh lah pakai lama sikit, sebab sesuai daripada newborn hingga 25kg.  Bila dia dah besar, bakal adik dia boleh lah guna pulak kan.



2. Pineng PN-951 10000 mAh Power Bank (White)
Dah lama mencari power bank sebenarnya.  Dulu pernah ada beli tapi bertahan sekejap je dan bukan jenama Pineng ni.  Banyak sebenarnya dengar positif feedback pasal power bank jenama Pineng.  Dalam banyak power bank jenama pineng, berkenan betul dengan model PN-951 10000 mAh ni.
Power bank ni nipis je, cuma 12mm ketebalan dan sangat ringan dengan berat 228gram.  Ada kabel yang disambungkan terus pada power bank, jadi tak perlu susah payah nak simpang kabel charger yang panjang tu dalam beg atau poket korang sampai terbelit-belit kan?  Dah tak risau kalau wayar charger tu tercicir kat mana-mana.  Banyak lagi kelebihan power bank ni, pendek kata kalau dapat power bank ni memang berbaloi-baloi lah.

3. Classic Double Layer Multipurpose New Design Kitchen Storage Rack Spice Shelf (White)
Panjang pulak nama benda ni.  Ni pun antara produk kegemaran dan saya berhajat memiliki.  Disebabkan banyak barang dekat atas dapur tu, rasanya rak ni memang sangat-sangat diperlukan di rumah.  Dengan ada rak ni, barulah segala rempah ratus dalam botol yang ada atas dapur tu tersusun dengan teratur.  Bahagian tepi rak tu boleh gantung sudip dan boleh letak papan pemotong jugak kalau nak.  Memang boleh jimat ruang atas dapur ni.

c. Bagaimana Lazada boleh meningkatkan perkhidmatannya?
Sepanjang 5 tahun Lazada dalam bisnes perkhidmatan membeli-belah atas talian ni, banyak juga penambahbaikan yang telah Lazada lakukan.  Sebut saja Lazada, rasanya anak kecil pun tahu.  Kalau dah mak-mak sakan bershopping dan barang selalu sampai ke rumah mustahil lah anak-anak tak tau kan?  Anak-anak sekarang bijak kan?hehe
Pada saya selain mengekalkan perkhidmatan yang ada sekarang, mungkin Lazada boleh tingkatkan lagi mutu perkhidmatan dengan menyediakan barang yang berkualiti pada harga yang lebih menarik dan berbaloi.

d. Apakah ucapan selamat hari lahir saya untuk Lazada Malaysia?

Selamat hari lahir yang ke-5 Lazada Malaysia!!!
Semoga terus berkembang maju dalam perniagaan dan menjadi laman web membeli-belah yang paling berjaya di Malaysia.  Teruskan usaha dalam meningkatkan mutu dan kualiti perkhidmatan yang lebih cemerlang pada masa akan datang.

Nota kaki: Bila lah Lazada nak hantar surprise box ni?haha, tertanya-tanya macam mana nak dapat surprise box tu.  Seronok betul tengok blogger lain dapat :)

Wednesday, March 15, 2017

Selamat Pengantin Baru BFF

Assalamualaikum..


Gambar belum transfer..ada satu ni je
Sedih bila BFF dah kahwin sebab lepas ni dia nak ikut suami duduk di Kemaman..
Selamat Pengantin Baru Fadzlin & Faiqri