Wednesday, December 31, 2014

WW#36 E-Day

Assalamualaikum..

Yeay!!!gemuk dah tunang!!

Moment paling indah sebelum melangkah ke tahun baru..
Selamat menempuh tahun 2015 kawan2!!

Wednesday, December 24, 2014

Friday, December 5, 2014

Lirik : Syam Kamarul - Selamaku Bernafas




Selagi jantungku berdetak di dalam tubuh
Aku kan menjaga cintamu di dalam hatiku
Selama bintang selalu ada di malam-malammu
Aku kan menjadi cahaya di dalam gelapmu

[chorus]
Andai dia tak bisa denganku
Aku relakan hidupku tanpa cinta, seumur hidupku
Tuhan ku harap sekali saja
Aku bisa mencintai dan dicinta, seumur hidupku

Dan ku berjanji
Seperti mentari yang menemani hari
Dan ku pastikan
Hidupmu tak akan pernah menangis kernaku

[repeat chorus]

Andai dia tak bisa denganku
ooo..ooo..oooo
Seumur hidupku
Tuhan ku harap sekali saja
ooo.. ooo.. ooo..

Seumur hidupku
Biar sekali saja

Thursday, December 4, 2014

Guna Apps Daisypath Untuk Blog

Assalamualaikum..


Dah lama berblog, baru sekarang guna apps ni..
Sebelum ni pernah berhasrat nak guna, tapi tangguhkan dulu..
Harini tiba-tiba rasa nak tambah apps ni dalam blog..
Kerana hati rasa bahagia sangat..haha..
Jangan marah...

Sejak-sejak nak bertunang ni, makin berseri-seri muka..
Budak ofis lah yang kata..hahaha
Haish, makin rasa bahagia kembang hati setaman pun ada..
Semoga berbahagia dan dipermudahkan segala urusannya yea cik wani..

Sebenarnya, sejak mak ayah jumpa bakal tunang serius rasa lega sangat..
Tak tau nak gambarkan macam mana..
Terima kasih mak dan ayah..

Nota kaki : sory lah korang kalau cerita asyik ulang-ulang je..sini jela tempat meluah perasaan..huhu

Wednesday, December 3, 2014

WW#35 BR1M

Assalamualaikum..


Walaupun dah tau mungkin ramai tengah update, tapi bila dah hampir selesai tiba-tiba jadi macam ni rasa bengang jugak kadang-kadang

Nota kaki : Kalau nak update online, dinasihatkan selepas waktu kerja jela dalam pukul 6.00 petang..confirm boleh update walaupun slow..harap bersabar

Monday, December 1, 2014

Counting Days

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, tarikh dah confirm..
Majlis akan berlangsung pada 27hb Disember ni..
Sepatutnya 28hb, tapi sebab beberapa hal yang tak dapat dielakkan majlis diawalkan sehari..

Bakal tunang kata nak beli cincin minggu depan..
Tup-tup petang semalam masa dekat rumah family saya, dia whatsapp
'Jom beli cincin..lambat tak dapat'
Walaweh, dia main ugut..siot je
'Kejap lah, tak siap apa lagi ni'
Dia balas
'That's not my problem'
Ini carik gaduh ni..geram je..
Mak gelak-gelak je..
Nasib baik lah rumah tak jauh kan dengan Shah Alam
Dan memang dah nak bersiap-siap balik Shah Alam pun..
Sesampainya di Shah Alam, sengih-sengih je dia dapat kenakan kita..
Sehari kalau tak mengenakan kita memang tak sah..

Disebabkan merisik disekalikan dengan majlis bertunang, kami beli dua bentuk cincin..

Cincin merisik..

Cincin bertunang..

'Tak nak yang ada batu ke?'
Kalau ikut memang suka yang ada diamond tu..
Cantik-cantik jugak..tapi yang simple tak ada..
Boleh kata semua diamond nampak besar..haha
Saya suka yang ringkas je..
Dan saya jenis yang lasak..risau tak terjaga cincin tu nanti..
Pertama kali carik cincin, saiz cincin untuk jari saya pun saya tak tau..
Saiz yang sesuai untuk jari saya adalah saiz 12..
Just nice, tak longgar dan tak ketat..
Tapi design untuk saiz 12 ni tak banyak..
Dua ni lah yang paling saya berkenan..
Total damage untuk cincin?
Rahsia..haha, kesian pun ada jugak dekat dia sebab kena keluar banyak duit..

Lepas beli cincin rasa macam-macam
Teruja bercampur nervous bercampur stress pun ada..
Ya Allah, kau permudahkan lah urusan kami..

Nota kaki : Semalam mak dengan ayah kata, kalau boleh nikah paling lewat selepas raya tahun depan..cepatkan lagi boleh tak?kahkahkah..gedik gila!!

Mencari Bahan Hantaran

Assalamualaikum..

Hari ni dah 1hb Disember..
Oh Disember, please be nice to me..
Dah tak sampai sebulan dah..
Tengah counting days sambil buat persiapan ni..
Sempat ke tak ni agaknya??
Cari bahan untuk hantaran pun masih terkial-kial lagi..
Adeh..capek deh pikirin..haha..


Dulang hantaran ni lah yang saya cerita dekat entri ni haritu
Ni je pun gambar dulang nya..tapi nak tulis entri punya payah..sorry
3 dulang dapat harga RM10
Saya beli 7 dulang..kalau terlebih hantaran nanti pandai2 lah..huhu
Lapik dia saya plan nak guna gabus tu je, buat stail bantal macam design hantaran zaman sekarang kan?
Kain nak lapik pun dah beli..
Harga polisterin tu RM2.90 satu..
Dapat harga RM2.50 tokey kedai bagi..
Pun saya beli 7 jugak..


Yess!! Dah siap balut polisterin untuk jadi alas hantaran..
Nasib baik mak tolong potong kain, nak harap saya memang ke laut..haha
Masa mula-mula nak balut ni jenuh jugak lah..
Hampir sejam masa diperlukan untuk balut satu polisterin..
Sampai terpaksa buka semula kain yg dah digam..
Lepas polisterin ketiga baru dapat tune macam mana nak balut jadi cantik..
Sedih tak?

 Untuk bunga hiasan, saya decide untuk buat bunga crepe je
Haha..bajet gila kau ni wani..


Gigih carik kertas crepe ni..
Mula-mula dapat cari dekat Seksyen 2, kedai stationery..
Memang agak-agak je pegi masa tu sebab kedai tu macam-macam kertas ada jual..
Memang ada tapi tak banyak pilihan warna dan agak mahal, 80 sen sekeping..
Sekeping kerta ni mampu buat dalam 4 kuntum bunga..
Tapi kalau korang buat saiz kecik lagi korang boleh dapat 8 kuntum bunga 1 helai..
Haha..saya main lipat2 je..
Bila kira-kira, ehh..kenapa macam boleh dapat banyak kuntum..
Dekat Seksyen 2 tu saya beli dua helai saja..
Warna pun main belasah je, warna hijau macam ni..


Pertama kali nak buatkan, so try and error lah jadinya..
Kali kedua saya cuba cari di Kedai CT Handicart Seksyen 18..
Gila teruja sebab banyak pilihan..
Tapi masih mendukacitakan sebab warna hijau turquoise yang saya nak tak ada..sedih!!
Tapi yang best dekat sini dapat kertas crepe dengan harga 50 sen je sekeping..
Gila murah!!!
Orang kedai tu cakap dekat saya
'Saya tau sini murah kan? Dekat luar ada yang jual 80 sen betul tak?'
Saya gelak jela, memang betul apa dia cakap
Yang lagi mahal pun ada..

So, lawatan kali kedua nanti nak bawak BFF saya cik Fadzlin..
Ada banyak lagi barang nak beli ni..huhu

Nota kaki : Semalam pergi beli cincin, nanti saya update dalam entri..siap kena ugut tau semalam..haih my bakal tunang..awak sangat nakal!!