Monday, September 30, 2013

3000 SLE Supporters Giveaway


Assalamualaikum.


klik banner untuk join


Senarai hadiah:
Cash RM100 x 1, doodle ART button badge x 10, DuniaShida button badge x 3, perfume x 2, photo canvas (art kufi) x 3, photo canvas (typography canvas) x 3, Novel x 5, tudung bawal x 3, beauty tool x 1, bookmark limited edition x 15, pin ribbon x 2, topup RM10 x 8, topup RM5 x 5

3000 SLE Supporters Giveaway dianjurkan oleh DayangDeno dan disponsor oleh DayangDeno, NazrinaHussin, DuniaShida, Canvas D'Arte, Hawadah, Mojat, DyshaSahhir, MamaDarwiish, AkuMira, Pinkizluv, NadiaDiana, Cahaya Jannah, AdamFaiz, AisyaLieza, Nasuha, GreenAmila, CikkMira

Tamat 24 Oct 2013, 12malam

Tuesday, September 24, 2013

Cemerkap???


Ha,betul sangat lah tu..
Saya mengaku, saya sebenarnya seorang yang cemerkap..
Apa benda cemerkap tu?
Cemerkap tu adalah lalai, tidak cermat atau kasar..

Sebenarnya, dari dulu memang saya seorang yang cemerkap
Masa zaman belajar dekat UiTM dulu, tak payah cerita lah..
Kalau tak tersadung dekat mana2 batu atau tunggul kayu..
Mesti tergelincir dekat anak tangga..
Sampai kawan2 cotcet2 gak la..
Bising dan membebel..
Mak den pun kalah..haha

Saya nampak macam cool dan steady..
Tapi sebenarnya, hehehe..hanya saya dan diri saya yang tahu betapa cemerkapnya saya
Jalan memang bersepah..tak ayu langsung..
Tapi ade kukesah?

Cumanya, malu pada 2nd date dengan 'dia'
Nasib baik lah ada kawan2 lain, tapi kantoi sangat lah masa tu
Entah macam mana boleh tergelincir..
Bukan sekali..bukan dua kali..
Tapi rasanya mukaku dah boleh letak dalam tong air..
Wargh..
Sampaikan ada pesanan penaja dari 'dia' masa balik tu..
'Haz, tolong jaga Wani..jangan bagi dia jatuh..bahaya betul..'
Pesanan ok..bukan sebarangan pesanan..

Kecemerkapan saya masih melarat sampai sekarang..
Tapi jatuh2 tu dah tak de dah..
Hehe..bukan dah tak de langsung..
Sesekali tu ada jugak..
Bahaya kan?
Paling teruk, tahun lepas..
Jatuh dari tangga sampai bengkak kaki..
Masa tu, tak dibenarkan keluar dari rumah pun..
Doktor dah bagi amaran keras..
Duduk dalam rumah, jangan pijak lantai..
Kaki kena balut dengan bandage..
Hampir2 kena x-ray,
tapi tak pergi pun follow up dan x-ray sebab masa tu kaki dah elok..*berlagak kaki dah baik
Tapi dalam masa sebulan dua tu, bila banyak berjalan mulalah kaki tu mengada2 sakit..
Sejak jatuh tangga tu, dah tak berani nak pakai kasut yang bertumit tinggi
*Tak payah percaya, kadang2 pakai jugak..tak sedar diri tu pendek

Sekarang ni, sifat cemerkap saya dah melarat ke lain pulak..
Jari suka main dekat pintu kereta..
Setakat ni, dah 2x kali pintu kereta sendiri makan tuan..
Dan sekali pintu kereta orang lain makan jari saya..
Pertama kali kena, memang teruk..sebab mase tu mmg betul2 hempas pintu punya..
Akibatnya, kukuku patah dan tercabut..
Menangis?maunye tak..meraung jugak kot..
Terus tak boleh bercakap..tersedu-sedu tahan sakit..
Ya Rabbi, apa nak jadi tak tahu lah wani oi..
*Saya rasa, jari saya tengah berlatih untuk jadi kuat atau nak uji sejauh mana kekuatan tulang dia..


P/s : 1. Terima kasih sebab sudi baca bebelan saya hari ni..apa yang saya bebel pun tak tahu lah..tapi rase nak kepoci je arini..potpet3..* 'dia' kata, mulut saya tak reti diam..macam bertih jagung..kesah pulak saya? ~_^
2. Hati2 bila korang berjalan atau buat satu2 kerja, jangan jadi macam saya ok..

Wednesday, September 18, 2013

Kerja Gila atau Tiada Kerja?


Kerja gila???
Yea, hampir gila..hahaha
Semuanya gara2 aku tanya dia pakai apps apa untuk main conteng2 tulisan tangan..
Akhirnya, aku jadi mangsa contengan..wakaka..

Cantik tak Kak Ton?

Pastu?Aku suruh dia lukis gambar ni pulak..
Buah hati kesayangan ambo..:-P


Yang ni?den yang lukih..cantik dak?
Member kata cantik sokmo..hihihi

*Terimalah entri kesengalanku ini untuk hari ini kawan2..huhu

Wordless Wednesday @ WW#5


Ni lah antara punca2 orang mati kejung dalam rumah kalau terjadi kebakaran..
Tapi nak buat macam mana?
Zaman sekarang, keselamatan itu penting..huhu
*Kami tak kaya nak pasang Alarm System kat rumah..rumah sewa flat je pun..:-P

Thursday, September 12, 2013

Hazama - Relakan Jiwa


Lama dah tak update entri lagu kegemaran..
Setakat ni, ni lah pilihan untuk kali ni..
Layankan ok..huhu


Hazama - Relakan Jiwa (Lirik)

Kusangka hidupku
Selamanya kelam
Terbelenggu ikatan tanpa manisnya cinta

Memaksa diriku
Menapaki jalan
Arah yang tak pernah ku mahu dalam hatiku

Kini kau pun hadir
Memberi cahaya
Membangunkan ku dari suramnya mimpi ngeri

Menuntun hatiku ke palung asmara
Seakan ku hidup kembali dari matiku

Engkaulah cinta
Yang selama ini aku cari

Ku Relakan Jiwa
Tuk menjadi penghuni dalam sangkar hatimu
Kerna engkaulah nadi yang menghidupkan aku
Yang mampu melarutkan setiap sepi hatiku

Hati bukan untuk dimiliki
Tapi untuk dicinta dan mencintai
Kurelakan jiwaku padamu

Engkaulah cinta
Yang selama ini aku cari

Ku relakan jiwa
Tuk menjadi penghuni dalam sangkar hatimu
Kerna engkaulah nadi yang menghidupkan aku
Yang mampu melarutkan setiap sepi hatiku

Seandainya waktu
Tak pernah pertemukan aku dengan dirimu
Akan kubiarkan mati hatiku selamanya
Sehingga kau datang membangunkan aku


Adakah Semakin Pulih?

Assalamualaikum..
Nak kongsi gambar muka saya yang terkini..
Lebih baik atau makin teruk?

Muka masa pertama kali jumpa pakar..belum guna apa2 ubat lagi..
Tapi ni pakai kamera canggih ok..gambar jelas lah kan..

Ini gambar selepas seminggu 2 hari..camner?
Korang nampak makin kurang tak?
Tapi yang paling ketara, pipi naik habis..oh no!!!!
Ini semua gara-gara makan 3x sehari..
Ni semua salah ubat tu..
Ubat tu yang salah..haha..


Wednesday, September 11, 2013

Betul ke macam tu?




Assalamualaikum
Hai korang..sihat tak?
Yang Ayesha?sihat, tapi muka tak sihat lagi..hehe
Masih dalam peringkat penyembuhan..
Semalam jumpa pakar untuk rawatan susulan..
Alhamdulillah, doc kata ada nampak kurang..
Tapi doc tambah ubat lagi semalam..
Untuk dua minggu..
So, next appointment should be 24th September 2013..*remind me please..:-P

Sebenarnya nak cerita ni, hari Ahad lepas saya ke Mahnaz Food @ Mercu Cita Manufacturing Sdn Bhd
Rata-rata sesiapa yang duduk Shah Alam atau Lembah Klang ni mesti dah tau pasal kedai ni..
Tapi bukan nak cakap pasal kedai ni..nak tanya pendapat korang je..hehe
Kat kedai tu ada jual bermacam-macam jenis kurma, madu, jus, coklat dan sebagainya..
Satu je yang saya cari masa pergi kedai tu minggu lepas..
Apa dia?Ha, tu lah dia yang macam dalam gambar kat atas tu..
Pati Delima Gulsan..
Khasiatnya?korang boleh rujuk dekat sini atau sini

Macam mana cara pengambilan?
Itu yang jadi kemusykilan Yang Ayesha dari 2-3 hari lepas..
Mula-mula Yang Ayesha makan 1 sudu waktu pagi sebelum sarapan
dan 1 sudu waktu malam sebelum tidur..
Tapi nama pun pati kan?Sangat pekat dan masam..
Yang Ayesha suka rasanya..
Tapi ada yang kata, cara pengambilan yang betul adalah dengan membancuh 1 sudu teh pati ni dengan setengah cawan air suam..
Ada juga yang kata letak 2 sudu teh..
So, mana yang betul?
Dan boleh ke Yang Ayesha makan macam tu je macam yang biasa buat sekarang?

*Baru mula makan hari Isnin lepas..jadinya masih belum ada seminggu dan belum ada apa2 kesan ketara..kalau korang nak beli jus ni sama ada 1 botol je atau borong korang boleh lah pergi ke alamat yang ada kat bawah tu..murah sangat2 beli dekat situ..kalau nak beli dekat luar ada yang mencecah sehingga RM18-20 sebotol..hihi

Alamat Mahnaz Food :
No. 8 TP 7/5, Sime UEP Industrial Park, 40400, 
Shah Alam, Selangor, Malaysia
(Off Jalan Batu Lama, Behind Sekolah Menengah Teknik
Shah Alam, Batu Tiga, Sec 26)

Monday, September 9, 2013

Segmen Ayu : UPSR oh UPSR



Klik banner untuk ikut serta..

Assalamualaikum..
Lama dah Yang Ayesha tak ikut mana2 segmen..
Kali ni, sempena UPSR yang akan berlangsung..
Ada sorang cikgu anjurkan segmen ni..jom kongsi kisah korang..~_^

Sila jawab 3 soalan dibawah :-


a) tahun bilakah anda menduduki peperiksaan UPSR?

- Saya menduduki peperiksaan UPSR pada tahun 2001.


b) apakah keputusan UPSR anda?

- Mendapat keputusan 4A 1B


c) apakah subjek yang anda paling suka?

- Paling suka subjek Bahasa Melayu, Matematik dan Sains.  Heeee...

*Buat adik2 yang bakal menduduki peperiksaan UPSR minggu ni..Selamat menjawab soalan..jawab betul2 tau.. ^_^

Thursday, September 5, 2013

Jamuan Hari Raya KLD Sports Club

Assalamualaikum
Function again!!!
Kali ni, Jamuan Hari Raya oleh KLD Sports Club..
Kelab kami lah tu..hihi

Korang layan jela gambar arini eh..
Arini saya tak interframe byak sangat
Muka tak cantik..hewhewhew..
Yang pasti, rendang ayam arini memang terbaik..
Saya tak bergerak..duduk saja dimeja sambil menikmati makanan..kih3

Sedap sangat..tak nak bangun2 dah..asek mengadap je..huhu






 Mengancam tak akak2 saya ni uols...















Semua gambar dari akak saya..thank you akak ^_^

Wednesday, September 4, 2013

Bukan Wordless Wednesday Tapi Wednesday Blues

Cakkk!!!
Entah kenapa hari ni rasa rindu sangat dengan zaman sekolah..
Zaman study uitm..huhu..
Yang Ayesha carik balik gambar zaman dahulu kala tadi..
Kalau korang terer, sila carik Yang Ayesha dalam gambar2 kat bawah ok..~_^


























Sekarang, masing2 ada komitmen sendiri..ade yang dah beranak pinak
Saya je yang tak beranak pinak lagi..
Sebab saya belum kahwin..huhu
Tah bile dapat jumpa dorg..
Ada yang jemput masa kenduri kahwin tu, kalau tak de pape pegi jugak
Tapi banyak yang tak pegi..sedih pun ade..huhu
Rindu korang sangat..

P/s: saat dan ketika ni memang asyik terngiang-ngiang lagu nostalgia nyanyian kumpulan Shoutul Amal saje..