Friday, March 28, 2014

MR & MRS Hafiezy Mini Giveaway

Assalamualaikum..

Rebut peluang menang Wang tunai RM50 : Top Refferal, Wang Tunai RM50 : Best Wishes , Monopod x 2 : Random.Org , 100 pcs Namecard Blog Vanilla & Chocolate + Bookmark . Siapa yang berminat sila tekan banner di atas . Terima kasih :)


Ucapan Ayesha untuk Puan Zara : Tahniah diatas ulangtahun perkahwinan yang ke-2..semoga berkekalan hingga syurga..membina keluarga dengan penuh kasih sayang dan redha Allah..^_^

Dulang Hantaran Untuk Dijual

Assalamualaikum..

Dah hampir dua minggu rasanya tak update entri..
Ni baru kawan yang kahwin, tapi cuti update entri mengalahkan pengantin..
Maaf..2x hehe

Majlis pun dah habis..
Tinggal majlis bertandang sebelah pihak lelaki je nanti..
Pengantin mintak saya untuk jualkan dulang hantaran..
Gambar seperti di bawah :-

Dulang hantaran ni ada 5 biji

Untuk lapik hantaran ni, ada 6 biji

Harga boleh runding..
Boleh PM Yang Ayesha atau whatsapp 0172150950

Kalau ada kawan-kawan yang nak tunang atau nak kahwin, tengah cari dulang hantaran jangan lupa bagitahu yea..terima kasih kawan-kawan ^_^

Tuesday, March 18, 2014

Promosi : Tobi Portable Steamer Iron

Assalamualaikum..


Kenapa anda perlu dapatkan Tobi Travel Steamer ni?

Kerana harganya yang berbaloi2, hanya RM63 termasuk pos ke semenanjung
Sabah/Sarawak RM68 termasuk pos

Kelebihan Tobi Travel Steamer :

TOBI STEAMER IRON (as seen on tv) adalah : 
>> selamat untuk digunakan pada pelbagai jenis pakaian
>> Ia dapat menghilangkan kedutan pada pakaian
>> boleh digunakan untuk cucian kering (mcm hantar kat kedai dobi)

Sesuai untuk:
> Pakaian & Garments
> Langsir & sheers
> Alas tempat tidur
> Tirai pancuran Kain
> Perabot kerusi rehat
> Permaidani

Ciri-ciri :
> Menghilangkan kedutan , lipatan dan bau dari pakaian
> Steamer iron pelbagai guna bagi menghapuskan kedutan , lipatan & bau dari pakaian
> Selamat untuk digunakan pada pelbagai jenis bahan & kain
> Steamer iron hanya dipanaskan dalam beberapa saat untuk kegunaan yang cepat & mudah
> Kecil & mudah alih, sesuai untuk kegunaan di rumah dan untuk perjalanan

Berminat??

atau

Whatsapp ke 0172150950

10 orang pertama yang PM/Whatsapp saya akan mendapat diskaun RM5 untuk setiap satu set Tobi Portable Steamer Iron ^_^

Monday, March 17, 2014

Promosi Telekung Umaira

Assalamualaikum..

Update!!

Dapatkan Telekung Umaira pada harga RM75 termasuk pos!!!

Kenapa anda perlu dapatkan Telekung Umaira??

> MEMPUNYAI PELBAGAI PILIHAN WARNA

> MEMPUNYAI TALI PENGIKAT TANPA MEMAKAI ANAK TUDUNG

> MELEKAP DENGAN KEMAS & CANTIK DI DAHI

> KAIN LYCRA 100% (Lycra 320 - Dari KOREA)

> JENIS KAIN BERAT, LEMBUT & SEJUK

> YG PASTI, KAIN TAK JARANG

> FREE SIZE (Fit to XL)


Contoh Warna Telekung













atau

Whatsapp 0172150950

Untuk membuat order ^_^


Tuesday, March 11, 2014

Segmen Mini Power Bank Untuk Rakan Blogger Zamani Abe

Assalamualaikum..


Rakan blogger kita iaitu Zamani Abe sedang menganjurkan satu segmen..
Jom kita join..mana tau ada rezeki..dapat power bank yang comel ni..
Tarikh tutup belum diputuskan lagi..
Dengan lafaz Bismillah..
Ayesha join ^_^

Tahniah Sahabat

Assalamualaikum..

Kita masih mengharap ada petunjuk yang lebih baik tentang kehilangan pesawat MH370 pada awal pagi Sabtu lalu..
Buat masa ini, terlalu banyak spekulasi dan andaian-andaian yang kurang enak untuk didengar..
Walaupun mungkin ada benarnya..
Ayesha harap semua ini akan berakhir dengan cepat dan semoga semuanya selamat..

Seperti yang Ayesha beritahu dalam entri sebelum ini..
Sedikit perkongsian hari bahagia sahabat baik Ayesha dan si dia..
Kedua-dua pengantin lelaki dan perempuan adalah teman baik kami..
Pengantin lelaki adalah teman baik si dia sejak sekolah rendah lagi..
Pengantin perempuan pula telah menjadi sahabat Ayesha sejak lebih kurang empat tahun yang lalu..
Ketika pertama kali kami keluar berempat..hehe..
Tak nak cerita panjang2..
Sekadar berkongsi gambar saat-saat untuk dikenang dikemudian hari..
Menjadi saksi ikatan cinta antara dua mempelai

Menanti saat lafaz ijab dan qabul..

Maaf..lupa nak ambik gambar saat pengantin lelaki menerima lafaz akad dari wali pengantin perempuan..huhu
Ketika ini pengantin lelaki macam blur sikit..hehe

Alhamdulillah..lega katanya..dengan sekali lafaz sah menjadi suami isteri..

Menunggu upacara pembatalan air sembahyang dan menyarung cincin

Pengantin lelaki memakaikan rantai kepada pengantin perempuan

Menyarungkan cincin ke jari suami..sempat lagi pandang kamera..
Noty tau pengantin perempuan ni..hehe

Ayesha sempat menyelit belakang jurukamera..
Acah2 pro je Ayesha ni..

Tak nak komen gambar ni..haha

Nota kaki : Tahniah sahabatku, Syahirah bt Samsudin dan Mohd Zulfika bin Mohd Zakaria..semoga jodoh kalian berkekalan hingga ke syurga..semoga tabah dan sabar mengharungi alam rumahtangga..cepat2 dapat baby k..nanti saya tolong jaga untuk awak..hehe

Monday, March 10, 2014

Dalam Gembira Ada Duka

Assalamualaikum..

Ayesha baru kembali bekerja setelah bercuti selama tiga hari sejak hari Jumaat lalu..
Bergerak menuju ke Alor Setar, Kedah pada petang Jumaat
Untuk menghadiri majlis pernikahan teman baik Ayesha pada hari Sabtu bersamaan 8 Mac 2014..
Namun, dalam gembira yang dinanti..
Mendapat perkhabaran duka apabila pesawat MAS MH370 hilang daripada radar
Tanpa dapat dikesan sehingga kini
Walaupun kita bukan bersaudara dekat..
Tapi kita masih mempunyai rasa sedih yang tak dapat digambarkan..

Ya Allah..
Entah macam mana agaknya perasaan ahli keluarga penumpang yang terlibat..
Paling mengecewakan apabila rakyat kita di Malaysia sendiri saling berbalah dalam keadaan genting sebegini..
Tak sepatutnya kita mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang sedemikian..
Apa agaknya perasaan anda jika ia terjadi kepada salah seorang ahli keluarga?

Marilah kita sama-sama berdoa agar terjadi keajaiban pada hari ini..
Semoga pesawat MH370 dan semua penumpang serta anak kapal dapat dijumpai semula..
#PrayforMH370

Dibawah adalah link live streaming astro awani bagi anda yang ingin mengikuti perkembangan semasa..
Terima kasih kepada +Aliah Nuqmans sebab bagi link ni di blog beliau..


Nota kaki : niat dihati nak update entri lain..in shaa Allah jika ada kelapangan..berkongsi saat bahagia seorang teman dalam duka berita yang diterima awal pagi Sabtu kelmarin

Wednesday, March 5, 2014

Pre-order High Waist Panty

Assalamualaikum..


Pre-order
Boleh pilih warna..RM12/helai *exclude postage..order banyak2, boleh jimat postage ^_^
Order akan ditutup pada 7hb Mac 2014
Pembayaran hendaklah dibuat paling lewat pada 10hb Mac 2014 jam 10.00 malam
Barang akan sampai pada 15hb Mac 2014
Barang akan dipos pada 17hb Mac 2014 jika berjalan lancar
Kenapa lewat?sebab kali ni anda yang tentukan warna yang anda mahu..cepat2 pm #ayeshastore atau whatsapp 0172150950
Yang nk warna hitam tu order cepat2 tau,takut nanti sold out..
Have a nice day ^_^
#sayajual #sayajualmurah #ayeshastore

Lunch Date : The Teapot Deli

Assalamulaikum..

Kisah semalam kelmarin yang tak berapa nak kisah sangat..
Review yang tak berapa nak review..
Tapi, nak kongsi dengan anda, anda dan anda..
Kalau teringin nak lepak2 santai di SACC Mall selepas habis membeli-belah
Ayesha cadangkan singgah di The Teapot Deli
Terletak di tingkat 2, berdekatan escalator dan menghadap Plaza Perangsang
Tak tau nak bagi direction macam mana..
Yang penting, dekat SACC Mall..hihi

Ini alamatnya yea ibu2 dan bapak2 sekalian..
Nombor telefon untuk buat penempahan meja?
019-277 3043

Ayesha dah beberapa kali lepak dekat sini waktu lunch
Tapi paling sesak pada hari Jumaat lah
Sebab kebiasaan hari Jumaat orang kerajaan keluar lunch awal
Korang kena tempah meja awal2 tau..
Kalau hari Isnin hingga Khamis, In shaa Allah tak penuh..
Tapi masih ramai orang..

Apa yang terbaik dekat sini?

1. Fish pie
Sory, gambar tak de lah pulak..huhu
Puas cari, tapi memang sah tak pernah ambik gambar fish pie tu..
Harga? RM17..tapi digalakkan untuk berkongsi sebab dalam portion yang besar
Rasa dia memang mabeles..meleleh air liur..
Eh, tak tak..tak de sampai meleleh air liur..hihi

2. Roasted Chicken
Yummy..
Yang ni pun harga dia RM17
Kalau tengah tak lapar, boleh kongsi makan berdua..
Tapi kalau tengah lapar, satu pinggan ni boleh kasi licin habis..
Hehehe..
Gravy dia memang sedap
Ayam dia pun juicy..
Dihidangkan bersama kentang dan brokoli..

3. Set Nasi Tomato
Ni gambar lama..
Menu ni cuma ada pada hari Jumaat dan Sabtu sahaja yea..
Harga?
RM12/set kalau tak silap
Dalam set ni ada nasi tomato dengan dessert..
Rasanya ada 3 pilihan dessert
Dessert boleh pilih sama ada nak bread butter puding, trifle..dan?
Lupa pulak apa dessert lagi satu..
Tapi kalau sampai sana, ada dua je pilihan dessert jangan salahkan Ayesha tau..hehe

4.Country Chicken Pie
Menu ni pun sedap..
Harga dia RM12 sahaja..
Chicken pie dihidangkan bersama fries, brokoli dan karot..
Boleh cicah dengan blackpepper sauce..
Yumm3x!!

Ayesha bagi 4 1/2 bintang..
Ok, have a nice day..

Nota kaki : Red velvet kat sini pun sedap..tapi kalau tiba-tiba tak kena dengan tekak korang tu, sory eh..tapi so far orang yang pegi sini mesti akan cakap sedap ^_^

Wordless Wednesday@WW#18

Assalamualaikum..


Have a nice day ^_^

Tuesday, March 4, 2014

Terima Kasih Blogger Shida Radzuan

Assalamualaikum..

Yeay, semalam tengah hari dapat sampul surat ni..

Sengaja pampangkan alamat..
Kot2 ada yang nak pos barang free dekat Ayesha..
Perasaan sangat lah kan..hehe
Ok, sambung cerita..
Ayesha dapat apa?
Nak tau tak?

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-



Alhamdulillah..

Ada jugak rezeki dapat buah tangan yang cantik ni dari blogger Shida Radzuan..
Ayesha terpilih pada cabutan kedua..
Jadilah kan..
Akhirnya, ada kenangan jugak dari kak Shida..
A big thanks..^_^

Nota kaki : teringin juga nak buat bisnes kad macam ni..tapi tunggu bisnes berjalan lancar dulu..semoga dipermudahkan segalanya untuk Ayesha..jom singgah dan jenguk2 fanpage Ayesha Store


Monday, March 3, 2014

GIVEAWAY DOODLE+VECTOR BY PUTERI ICHIGO

Assalamualaikum..

Klik banner untuk join..
Tamat pada 6/3/2014



Tag :

Nota kaki : sory kalau tak suka Ayesha tag ^_^

Dah Lama Buat Kerja Macam Ni??

Assalamualaikum..

Ha...
Tu dia..tajuk entri..
Banyak sangat email spam atau scammers yang diterima setiap hari..
Yang terkini?


Ini semua dusta belaka..
Kalau lah betul..
Yang pertama dah memalukan rakyat Malaysia..
Yang kedua juru audit yang tak guna ini orang..
Kan3???
Betul ke tak?
Ke macam mana?
Kepada manusia yang berkenaan..
Jika betul apa yang anda buat tu, silalah insaf..ia adalah amanah..
Dan jika ia adalah satu penipuan untuk anda kaut keuntungan daripada pihak lain..
Sila lah berhenti daripada melakukan perkara macam ni..
Jangan gunakan nama Islam jika hidup hasil daripada duit haram..

Nota kaki : semoga kita dijauhkan daripada perkara-perkara sebegini..