Monday, March 10, 2014

Dalam Gembira Ada Duka

Assalamualaikum..

Ayesha baru kembali bekerja setelah bercuti selama tiga hari sejak hari Jumaat lalu..
Bergerak menuju ke Alor Setar, Kedah pada petang Jumaat
Untuk menghadiri majlis pernikahan teman baik Ayesha pada hari Sabtu bersamaan 8 Mac 2014..
Namun, dalam gembira yang dinanti..
Mendapat perkhabaran duka apabila pesawat MAS MH370 hilang daripada radar
Tanpa dapat dikesan sehingga kini
Walaupun kita bukan bersaudara dekat..
Tapi kita masih mempunyai rasa sedih yang tak dapat digambarkan..

Ya Allah..
Entah macam mana agaknya perasaan ahli keluarga penumpang yang terlibat..
Paling mengecewakan apabila rakyat kita di Malaysia sendiri saling berbalah dalam keadaan genting sebegini..
Tak sepatutnya kita mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang sedemikian..
Apa agaknya perasaan anda jika ia terjadi kepada salah seorang ahli keluarga?

Marilah kita sama-sama berdoa agar terjadi keajaiban pada hari ini..
Semoga pesawat MH370 dan semua penumpang serta anak kapal dapat dijumpai semula..
#PrayforMH370

Dibawah adalah link live streaming astro awani bagi anda yang ingin mengikuti perkembangan semasa..
Terima kasih kepada +Aliah Nuqmans sebab bagi link ni di blog beliau..


Nota kaki : niat dihati nak update entri lain..in shaa Allah jika ada kelapangan..berkongsi saat bahagia seorang teman dalam duka berita yang diterima awal pagi Sabtu kelmarin

4 comments :

  1. hanya mampu mendoakan yg terbaik buat mereka...:'(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamin..semoga Allah melindungi mereka semua :-(

      Delete
  2. sama2 =)
    rajin2 singgah yeppp.

    #pray4MH370

    ReplyDelete
  3. Semoga dipermudahkan segala usaha penyelamat MH 370 & diberi ketabahan kpd keluarga mangsa dlm menghadapi situasi sukar ini... aamiin.

    ReplyDelete