Tuesday, March 11, 2014

Tahniah Sahabat

Assalamualaikum..

Kita masih mengharap ada petunjuk yang lebih baik tentang kehilangan pesawat MH370 pada awal pagi Sabtu lalu..
Buat masa ini, terlalu banyak spekulasi dan andaian-andaian yang kurang enak untuk didengar..
Walaupun mungkin ada benarnya..
Ayesha harap semua ini akan berakhir dengan cepat dan semoga semuanya selamat..

Seperti yang Ayesha beritahu dalam entri sebelum ini..
Sedikit perkongsian hari bahagia sahabat baik Ayesha dan si dia..
Kedua-dua pengantin lelaki dan perempuan adalah teman baik kami..
Pengantin lelaki adalah teman baik si dia sejak sekolah rendah lagi..
Pengantin perempuan pula telah menjadi sahabat Ayesha sejak lebih kurang empat tahun yang lalu..
Ketika pertama kali kami keluar berempat..hehe..
Tak nak cerita panjang2..
Sekadar berkongsi gambar saat-saat untuk dikenang dikemudian hari..
Menjadi saksi ikatan cinta antara dua mempelai

Menanti saat lafaz ijab dan qabul..

Maaf..lupa nak ambik gambar saat pengantin lelaki menerima lafaz akad dari wali pengantin perempuan..huhu
Ketika ini pengantin lelaki macam blur sikit..hehe

Alhamdulillah..lega katanya..dengan sekali lafaz sah menjadi suami isteri..

Menunggu upacara pembatalan air sembahyang dan menyarung cincin

Pengantin lelaki memakaikan rantai kepada pengantin perempuan

Menyarungkan cincin ke jari suami..sempat lagi pandang kamera..
Noty tau pengantin perempuan ni..hehe

Ayesha sempat menyelit belakang jurukamera..
Acah2 pro je Ayesha ni..

Tak nak komen gambar ni..haha

Nota kaki : Tahniah sahabatku, Syahirah bt Samsudin dan Mohd Zulfika bin Mohd Zakaria..semoga jodoh kalian berkekalan hingga ke syurga..semoga tabah dan sabar mengharungi alam rumahtangga..cepat2 dapat baby k..nanti saya tolong jaga untuk awak..hehe