Friday, March 29, 2013

Segmen : Bloglist 3 Bulan by AinMfna



Segmen tamat pada 6 April 2013

Antara kriteria yang dicari oleh penganjur untuk pemenang segmen ni :

10 - 15 blogger terpilih untuk dimasukkan ke dalam bloglist Ain selama 3 bulan .
    
Pemilihan pemenang berdasarkan blog comel , selalu update , kreatif * Tak guna random *

Seorang blogger bertuah akan dapat topup & seorang lagi blogger akan dipromote blognya selama 1 minggu di blog Ain ( Bergantung kepada sambutan blogger )



P/s: saya tak selalu update blog, dan tak berapa nak comel atau kreatif..tapi ada saya peduli?Join jela kan..hew3..jangan marah..

Pencarian Bloglist Blog Bila Jari Mula Menaip




Yang Ayesha dapat invitation dari owner blog untuk join segmen ni
Yang nak join, klik banner kat atas tu eh..
Cantik banner dia..

Tarikh tamat penyertaan pada 5 April 2013
So, banyak masa lagi ni..
Jangan tunggu lama-lama
Nanti rugi..hew3

Thursday, March 28, 2013

Segmen Terbaru : Cari Bloglist Sambil Menang Hadiah!


Nabila Medan buat segmen lagi..kali ni cari bloglist sambil menang hadiah
sape2 yang tak join memang rugi..
bukan sikit tau hadiah
ade 34 orang pemenang yang dicari..
macam biasa, kalau nak tau klik dekat banner atas tu..

tarikh tutup penyertaan pada 31hb Mac 2013
Selamat bersegmen ^_^



Segmen: 300 bloggers

Klik pada banner untuk info

Sudah...
Cukup-cukup sudah..
Cukup sampai disini saja..
Ek?
haha..jangan nak mengarut..

Yang Ayesha join segmen lagi..
Kali ni penganjur nak carik 300 bloggers untuk bloglist beliau..
Saja suka2..
Sesiapa nak join tambah kawan2, meh lah..


P/s : bergosip dengan bos..boleh?

Wednesday, March 27, 2013

Datang Tak Berjemput, Pergi Tak Dipinta

Sesuatu...
Dalam hati..
Tanpa sedar, ia datang tanpa dijemput oleh sesiapa
Hanya kerana Allah menghantarnya kepada dirimu
Maka akan ada masa
Engkau merasai sesuatu itu..

Sesuatu...
Dalam hati..
Tanpa sedar, ia tiba-tiba pergi tanpa diminta oleh sesiapa
Hanya kerana Allah menghendakinya agar pergi dari dirimu
Maka akan ada masa
Engkau merasai kehilangan sesuatu itu..

Maka
Sama ada ia datang atau pergi..
Engkau perlu terima dengan hati terbuka..
Kerana apabila engkau menafikan kedatangannya atau meratapi kehilangannya
Sama seperti engkau menolak takdir dan ketetapan yang telah Allah berikan untuk dirimu

Saat ini...
Aku hanya mampu tersenyum..
Kerana yang datang dan pergi itu telah tiada
Yang ada hanya...
Jiwa yang kosong..

kerana
CINTA itu telah diambil dari aku..
dan tak pernah kembali..

J.A.U.H.


sumber dari google search


Terlalu JAUH untuk aku gapai
Terlalu JAUH untuk aku sapa
Walaupun dekat, tetapi masih JAUH

Aku tewas
Tewas pada hasutan syaitan
Tewas pada bisikan hati

Huh..
Itu pun kau tak boleh atasi?
Masalah kecil jangan diperbesarkan

Masalah kecil?
Mungkin kecil bagi orang lain, tetapi besar bagi aku..
Tapi aku terasa diejek dengan apa yang aku rasa..
Walau begitu payah aku cuba mendekati
tetapi JAUH itu masih terasa

LUPAKAN?
Mungkin mudah dibibir..
tapi tidak diHATI..
Aku cuba perlahan-lahan
berdiri JAUH
dan aku akan cuba berada JAUH
seJAUH yang mungkin
dan mungkin saat itu aku bukan lagi dalam kehidupan ini





P/s : Aku kebudak-budakan, untuk itu...maafkan aku..JAUH

Hari Rabu Tak Berkata-kata


Assalamualaikum...
Memang tak berkata-kata la aku arini..
Aku nak lancarkan perang ke mogok arini..
Memang aku tengok je muka korang macam nak tembus dekat PC ni arini..
Lain kali telefon tu boleh buang dalam sungai..
Sabar wani, sabar..
Cool down...
Mengucap banyak2

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Dah tenang? pi sambung buat keje..


Tuesday, March 26, 2013

Nora - Kau Tak Pernah Jauh


Oh...
Di mana pun ku berdiri
Kau kan tetap kuingati
Kau selalu dekat dalam hati ini

Dan tak pernah sehari pun
Hari-hari yang berlalu
Tanpa aku merindu mu kekasihku

Saat kita berjauhan
Jangan ada rasa bimbang
Kerna cinta menyatukan perasaan

Tak mengira detik waktu
Ingin kulafaz selalu
Aku cinta kepadamu

Walau seribu liku di depanku
Akan tetap aku tempuh
Dalam hatiku kau tak pernah jauh

Walaupun terpaksa ku menunggu
Tanpa jemu dan selalu
Sentiasa dekat di hatiku...

Kau membuat hidup ini
Semakin lebih bererti
Kau miliki kelebihan tersendiri

Tak mengira detik waktu
Ingin kulafaz selalu
Aku cinta kepadamu

Walau seribu liku di depanku
Akan tetap aku tempuh
Dalam hatiku kau tak pernah jauh

Walaupun terpaksa ku menunggu
Tanpa jemu dan selalu
Sentiasa dekat di hatiku...

Kau membuat hidup ini
Semakin lebih bererti
Kau miliki kelebihan tersendiri

Tak mengira detik waktu
Ingin kulafaz selalu
Aku cinta kepadamu
Kekasih... kepadamu... kekasih


Lirik dari sini

Monday, March 25, 2013

Dia Untuk Aku IV



***
            Petang itu, aku terpaksa menunggu Qaisara menjemput aku di pejabat kerana enjin keretaku gagal dihidupkan.

“Kau ni Iman, Sara dah ingatkan kau kan hujung minggu pergi servis kereta.  Tapi malas kau ni mengalahkan malas orang yang betul-betul pemalas.”

            Dan kemudian aku terus membebel sendirian sehingga tiba-tiba aku dikejutkan dengan bunyi hon kereta dari arah belakang.  Seorang lelaki turun dari kereta tersebut dan menuju kearah aku.

“Hai sayang, kenapa ada kat sini lagi?  Nak abang tumpangkan?”

‘Ish, macam mana dia ni boleh ada kat sini pulak?  Mengganggu jiwa dan perasaan aku aje.’

“Eh..tak pe lah En. Rayyan, saya tunggu kawan saya datang jemput saya ni.”

“Ala, tak kan dengan abang pun nak berkira.  Bukan orang lain pun, suami awak jugak.”

‘Oh, tidak!  Dia ulang lagi.  Dah lah dia buat muka jahat dia tu.  Ops, bukan jahat..nakal aje.  Sempat lagi kau melalut kat sini kan?  Ha, nasib kau baik Iman.  Qaisara dah datang dah tu. ‘

“Tak mengapa En. Rayyan, panjang umur kawan saya.  Dia dah sampai dah pun.  Terima kasih banyak atas pelawaan En. Rayyan tu ya.”

            Aku berjalan ke arah kereta Qaisara sambil melemparkan senyuman meluat bercampur cuak kepada En. Rayyan.  Padan muka dia, suka sangat gunakan modal yang sama nak mengurat aku.  Mengurat?  Sudah-sudah lah perah santan kau tu.

            Rayyan Iman akhirnya pulang dengan perasaan hampa apabila tunangnya menolak pelawaannya mentah-mentah.  Tapi dia tidak menyalahkan Qisha Imani kerana dia tidak mengetahui siapa sebenarnya Rayyan Iman kepada dia.

***
“Iman, aku tanya kau sikit kau jangan marah ek?”

            Dalam kesunyian aku melayan perasaan di birai tingkap, Qaisara datang menyapa.  Lain tak ada lah tu, mesti nak menyakat aku.

“Apa dia kau nak tanya?  Dipersilakan Cik Qaisara.  Lain macam je kau punya bunyi soalan tu.”

“Hehehe..lelaki yang berdiri sebelah kau masa aku datang petang tadi tu siapa?  Pakwe baru eh?  Kacak sangat lah aku tengok.  Nak berkenalan boleh?”

‘Hamboi, tak padan dengan ada tunang.  Pantang nampak jejaka kacak je dia nak berkenalan.  Laki aku tu.  Erk?  Bila masa dia jadi laki kau Iman?’

“Kau nak berkenalan?  Kau hilang akal ke?  Tunang kau yang kacak tu mana kau nak letak?  Ikat kat pokok?”

            Tersengih-sengih Sara bila sebut pasal tunang kesayangan dia.  Suka sangat la tu, lebih-lebih bila orang puji tunang dia kacak.  Mesti kembang sampai besok pagi, lepas tu tidur malam mesti tak lena gara-gara tersebut pasal tunang dia.  Kadang-kadang angau terlebih pun ada jugak.

“Itu bos baru aku la Sara, anak Tuan Haji.  Dia baru balik Malaysia, sebelum ni dia sibuk uruskan perniagaan keluarga kat Luar Negara.”

            Sara mula buat muka teruja dia.  Adalah tu dalam otak dia idea dah mari yang kadang-kadang boleh buat aku sesak nafas.

“Hehehe..kau ni Iman, mula la buat muka cuak tu.  Macam kau tau je apa ada dalam minda aku sekarang ni kan?”

“Sekilas ikan di air aku dah tau jantan betina, sekilas engkau tersengih-sengih aku dah tau apa ada dalam kepala otak kau la Sara.  Kau ada aje idea nak mengenakan aku kan?”

“Hihihi..kau dah tau eh?  Jadi, tak payah la aku nak bagitahu kau lagi idea aku kan?  Bila kau nak masuk jarum?  Kacak weh bos kau tu.  Lambat-lambat nanti, takut disambar orang.”

“Banyak lah kau disambar orang.  Kau dah hilang akal ke?  Aku belum terdesak lagi nak ada pasangan hidup, lagi pun kau tau kan aku dah ada tunang?”

“Tunang?  Apa gunanya kau ada tunang kalau dia tak pernah ambil tahu pasal kau?  Tunang ke namanya kalau tak pernah bertanya khabar pasal diri kau?”

            Bertalu-talu solan diajukan oleh Sara kepada aku.  Terkedu aku seketika dengan soalan dia yang macam bom atom tu.  Bila dah datang angin dia tak puas hati tu, terpaksalah aku susun ayat yang lebih bernas nak menjawab.  Kalah kanak-kanak sekolah tadika.

“Bukan salah dia kalau dia tak ambil tahu pasal aku.  Itu keputusan nekad yang aku buat masa nak tunang dengan dia dulu.  Malah, nama penuh atau apa-apa tentang dia pun aku tak nak ambil tahu.  Biar masa yang tentukan semua tu, keluarga aku pun tak nak paksa aku, dah bersyukur sangat dah bila aku setuju dengan pertunangan tu.”

“Kalau macam tu, aku pun tak tahu nak cakap apa lagi lah Iman.  Kau yang tentukan arah tuju hidup kau.  Aku sekadar boleh bagi nasihat aje, tapi yang penting aku sentiasa akan ada untuk kau bila-bila masa kau perlukan aku.”

“Terima kasih Sara, kau lah sahabat dunia akhirat aku yang sentiasa memahami aku.  Aku berharap sangat persahabatan kita tak kan terputus sampai akhir hayat.”

“Aku pun berharap yang sama.  Dah la, jangan sedih-sedih.  Jangan fikir lagi perkara yang boleh buat kau sedih, kau rasa sakit aku pun merasa benda yang sama.  So, malam ni kite nak tengok cerita apa pulak?”

“Tengok City Hunter la, rindu pulak aku nak jumpe kekasih gelap aku tu.  Hehehe”

            Menjeling Sara bila aku dah mula menggedik nak tengok Lee Min Ho kesayangan aku tu.  Dengki la tu sebab tunang dia marah bila dia pun minat dekat Lee Min Ho, siap suruh kahwin dengan Lee Min Ho lagi dan tak payah carik tunang dia dah.  Dah tentu lah meraung Sara tu dibuatnya bila tunang dia cakap macam tu.  Lebih rela tak minat jejaka kacak tu daripada kehilangan tunang kesayangan dia.  Hail ah Cik Qaisara, macam-macam kerenah kau dengan Encik Tunang kau tu.

‘Tunang?  Agak-agak ‘tunang’ aku tu boleh tunggu aku berapa lama kan?  Lantak lah, aku nak tengok sejauh mana dia mampu bertahan’

Bunyi lagu Teman Pengganti dari telefon bimbit menyedarkan aku dari lamunan yang panjang.  Entah dah sampai planet mana agaknya.  Oh, mak telefon pulak.  Ada hal apa agaknya?  Lantas tanganku menekan punat hijau untuk menjawab panggilan daripada mak.

“Assalamualaikum mak.”

“Wa’alaikummussalam, ha..baru dengar suara anak kesayangan mak ni.  Lama Iman tak telefon mak kan?”

“Maaf mak, Iman sibuk sikit minggu ni.  Tadi memang Iman nak telefon, tapi Sara ni kacau Iman sampai tak sempat nak telefon mak..hehehe”

            Qaisara menjeling aku dari jauh bila mendengar dia dikatakan mengganggu aku.  Lain macam aje minah ni.  Ha, dah kata dah.  Tepat sebiji bantal mengenai bahu aku gara-gara dibaling oleh Qaisara.

“Aduh!”

“Ha, kenapa tu Iman?”

“Tak ada apa mak, Sara baling bantal kat Iman tadi.”

“Yang Iman pergi kacau dia kenapa?  Ada benda mak nak cakap ni Iman.”

“Ada apa mak?  Cakap lah, mana tahu Iman boleh tolong.”

“Ha, baguslah tu.  Memang mak harap sangat kali ni Iman tak menolak, mak dah naik segan nak mengelak.  Keluarga bakal mentua Iman nak datang hujung bulan ni, sambil-sambil tu nak bincang pasal majlis perkahwinan kamu berdua hujung tahun nanti.  Jadi, mak nak Iman balik masa dia orang datang rumah kita nanti.  Boleh ya Iman?  Kesianlah dekat mak dengan ayah ni.”

            Terasa kering tekak aku secara tiba-tiba.  Bersediakah aku?  Tapi dah terlalu lama masa yang diberi oleh mereka kepada aku.  Mungkin kali ini aku perlu mengalah, ‘dia’ tak mungkin akan aku lupa.  Hidup tetap perlu aku teruskan, demi kebahagiaan mak dan ayah.

“In sha Allah mak, nanti Iman balik hujung bulan ni.  Mak aturkan lah apa yang patut, Iman ikut aje.  Nanti mak sampaikan salam Iman pada ayah dan adik-adik ya.”

“Alhamdulillah, terima kasih Iman.  Lega hati mak bila dengar Iman cakap macam tu. Assalamualaikum.”

“Wa’alaikummussalam mak.”

            Terkaku aku seketika selepas menjawab panggilan dari mak.  Betulkah apa yang aku buat?  Tapi aku dah tak mampu untuk berpatah balik dan mungkin ini yang terbaik perlu aku lakukan.  Perkhabaran itu membuatkan aku tiada rasa untuk menonton drama kegemaran aku, bahkan bintang pun aku tak mampu nak lihat malam ini.  Aku berlalu ke bilik tanpa menghiraukan pertanyaan yang bertalu-talu daripada Qaisara.  Malam itu, buat pertama kali aku tidur tanpa memikirkan ‘dia’.  Yang aku tahu, otak dan jiwa aku kosong.

***
            Pagi ini aku terlewat ke pejabat, semuanya gara-gara aku tidur mati.  Langsung tak sedar jam ditelefon berbunyi.  Dalam kekalutan aku kerana terlewat, tanpa sengaja aku terlanggar bahu seseorang.  Mata tak berkelip memandang, seseorang yang telah lama aku rindu tiba-tiba hari ini muncul di depan mata.  Dia masih seperti dulu, tetap indah di mata aku.

“Iman…”

            Merdu suaranya memanggil namaku.  Tersedar aku dari memandang dirinya, cepat-cepat aku melangkah pergi.  Tak mampu berhadapan walau seketika.  Jeritannya yang memanggil namaku tidak aku hiraukan.  Bukan kerana aku membenci, tapi aku masih belum kuat untuk menghadapi ‘dia’.

‘Maaf, saya tak mampu nak pandang wajah awak lagi walaupun saya masih mengharap.  Awak adalah kisah lalu saya Syahrul.’

            Usai aku memasuki pejabat, aku dikejutkan dengan panggilan telefon dari Setiausaha En. Rayyan.  En. Rayyan memanggil aku untuk ke biliknya kerana ada perkara yang perlu dibincangkan.  Tapi kenapa nampak gaya muka macam tak puas hati je dia ni?  Aku ada buat salah ke?

“En. Rayyan nak jumpa saya?  Ada apa-apa yang En. Rayyan perlukan?”

“Saya nak awak temankan saya lunch tengah hari ni.  Tak boleh membantah, ini arahan.”

‘Sesuka hati dia aje nak arah-arah orang, mentang-mentang lah dia bos.’

“Tapi En. Rayyan…”

“Saya dah kata, tiada bantahan.  Awak ni, dah lah mengaku ayah saya sebagai ayah mentua awak tapi arahan saya sebagai suami awak ni tak nak dengar pulak ya?”

            Habis berkata-kata, lelaki itu melemparkan senyuman yang amat manis dan mungkin aku boleh terkena kencing manis kalau hari-hari dia buat macam ni.  Adakah lelaki ini ada masalah mental?  Tiba-tiba aku berasa seram sejuk dan berpeluh-peluh walaupun penghawa dingin di dalam bilik itu boleh dikatakan berada pada tahap yang agak sejuk.  Janganlah bos aku ni buat apa-apa kat aku, tapi tak kan dia berani buat yang bukan-bukan pada aku dalam ofis ni.  Kalau dia berani buat, sumpah aku akan menjerit sekuat hati.  Jangan cabar, nampak aje aku ni lembut, sopan-santun dan ayu.  Ini Qisha Imani tau, pemegang tali pinggang hitam dalam silat gayung.  Walaupun silat gayung tu nampak lembut, tapi bila buka langkah confirm boleh masuk ICU.

“Cik Qisha Imani, saya rasa awak boleh balik ke tempat awak semula.  Jangan lupa lunch date kita tengah hari ni, dan jangan cuba-cuba nak lari.  Nanti tengah hari awak boleh sambung tenung muka saya sepuas hati awak.”

‘Ish, malunya!  Macam mana boleh terbabas tenung muka dia lama sangat ni?  Ah! siapa suruh dia jual muka dia yang manis tu, kan aku dah tertenung muka dia sampai nak tembus.  Ish! Iman, kau ni buat malu kaum aje.  Kan dah malu, jatuh saham tahu tak.’

“Baiklah En. Rayyan, saya keluar dulu.”

            Sebaik Qisha Imani keluar dari biliknya, Rayyan Iman bersorak girang kerana taktiknya untuk mendekati Qisah Imani akhirnya berjaya.

“Aku akan pastikan kali ni dia tak kan terlepas lagi.  Qisha Imani, awak tunggu lah.  Saya akan pastikan awak jatuh cinta dengan saya sampai awak tak kan ingat lagi kisah duka awak, itu janji saya.”




P/s: Berjayakah Rayyan Iman mendekati Qisya Imani yang dicintai dalam diam?  Dan adakah Qisya Imani akan menuruti kehendak Rayyan Iman?  Syahrul muncul semula?  Mungkinkah Qisya Imani akan berpaling dari keputusan yang telah dibuat?
Nantikan sambungannya lagi akan datang..hihihi..

Wednesday, March 20, 2013

Ragam Gadis dan Ibu Gadis KLD Part II


Model pintu pun boleh ni..:-P


























P/s : minah selendang pelangi ni memang suka interframe kat mane2..maafkan lah die..opssss

Mood sekarang : sedih dengan keadaan yang tak menentu..mungkin ada silapnya dimana-mana, tapi perlu ke menghukum sebelum mengadili seseorang?  Terlalu sempurnakah kita?


Tuesday, March 19, 2013

Segmen Jom Pilih Hadiah

Klik banner untuk join..



Senarai hadiah :

DRESS (3 ORANG)
PEPLUM (2 ORANG)
LIP TINT (2 ORANG)
TOPUP RM10 ( 7 ORANG)
TOPUP 5 ( 5 ORANG)
HANDPHONE CASES (10 ORANG)
KEYCHAIN (10 ORANG)
BODY SCRUB D HERB ( 3 ORANG)
NOVEL (2 ORANG)
BANNER IKLAN DI PINGJE.ORG (SORANG)
TUDUNG BAWAL (4 ORANG)
SHAWL (SORANG)
SHESEIDO BLACK MASK(4 0RANG)


Yang Ayesha pilih :

Novel
&
Shawl

Segmen : Pencarian Bloglist Bulan April & Mei by Cik Anna

Klik banner untuk join 



Jom kita berkenalan..~_^

Ragam Gadis dan Ibu Gadis KLD Part I

Cakkkk!!!!!
Hai ~_^

Selamat hari Selasa korang..
hari ni korang tengok jela picture kami2 jelitawan Kumpulan Lebar Daun (KLD Group)












Gambar2 lain akan menyusul selepas iklan bersama penaja..~_^

Saturday, March 16, 2013

Segmen Sabtu By Emas Putih

Segmen Sabtu by Emas Putih


Jom join ramai2...~_^

HADIAH
Topup RM10 x 1Top Referral 
Topup RM 5 x 2 Blogger bertuah



P/s : sapa nak bagi weh?Untung2 ade rezeki kan..huhu 

Thursday, March 14, 2013

Yang Ayesha Belajar Menaip?

Assalamualaikum..
Update2..saje nak mengisi kekosongan dalam blog saya ni..
bosan kan?
Sebenarnya Yang Ayesha dah start menulis semula, sambung cerpen yg tak habis2 tu kan..hihi
tapi lama jugak lah nak tunggu kan..
Korang bersabar jela yea..
Seronok hari ni dapat borak lama dengan ex-boss..
Mulanya nak tanya pasal kerja je, last2 berborak sakan..hehe

Ok lah, hari ni ada seorang kawan tanya Yang Ayesha macam mana nak belajar menaip..
Bukan menaip yang biasa2
Tapi belajar menaip untuk profesional..
Jujur cakap, saya tak la hebat macam kawan2 saya masa study dulu..
Tapi setakat ni, Alhamdulillah la..kalau ada yang mintak bantuan tu saya boleh buat..hehe

So, tengah hari tadi saya carikan software untuk kawan saya belajar menaip..
tak susah sebenarnya belajar menaip ni..
Yang penting kena rajin buat latihan..
tapi Yang Ayesha dah lama tak praktik kan benda ni..
Walaupun hari2 guna komputer, tapi banyak main klik2 je..haha..
Jadi alkisahnya tadi saya saja nak panaskan jari (selalu orang panaskan badan)
nak tengok result saya?


huwwwaaa...sedih, rendah daripada good..tapi yela kan..dah lama tak praktis..haha
(tak nak mengaku kalah)

Kalau korang berminat nak belajar sendiri dan selalunya sesiapa yang baru masuk perjawatan kerajaan, lebih2 Pembantu Tadbir..mesti ada peperiksaan menaip..

Jadinya, korang boleh download kat sini

atau

korang boleh belajar secara online dekat sini

Tadi Yang Ayesha dah test dua2 ni, setakat ni dua2 ni memang terbaik yang pernah saya cuba..
Apa kata korang cuba?  Lepas tu kongsi dengan Yang Ayesha ok? ~_^

Friday, March 8, 2013

Segmen : Cari Bloglist Sebulan By Nabila Medan

Klik banner untuk join


Assalamualaikum...
Hari ni Yang Ayesha nak join segmen oleh blogger Nabila Medan
Segmen ni akan tamat pada 9 Mac 2013

Pada yang berminat, boleh la join segmen ni..
Boleh menambahkan lagi ramai kenalan..

tag to : Oh Bella , Aliah Nuqmans

P/s : Sebenarnya banyak benda Yang Ayesha nak update..tapi tak tersempat2 nak buat..hehe.. ( lebih kepada malas je sebenarnya)

Friday, March 1, 2013

Sate Minang Katanya..

Assalamualaikum..

Saje2 nak kongsi sesuatu di pagi Jumaat yang penuh rahmat ni..
satu daripada feberet Yang Ayesha, sate minang..
sape pernah makan?angkat kaki..ok, tak2..angkat tangan..
hehe...
Sate ni selalu Yang Ayesha makan dekat Kg Paya Jaras, Sungai Buloh..
ape ada dalam sate ni?
Ramuan utama mestilah ade sate ayam yg bukan mcam sate ayam biasa..
sebab kalau ikut apa Yang Ayesha rasa, ayam ni adalah ayam kampung atau ayam pencen yg telah direbus atau dikukus dan kemudian diperap dengan bahan2 tertentu dan dibakar tanpa sedikit pun menggunakan minyak
Dihidangkan dengan nasi himpit dan disiram dengan kuah yang macam kuah kacang..
tapi rasa dia pedas dan sedap
Kemudian ditabur dengan bawang goreng dan keropok warna pink tu..
sepinggan hanya RM2 atau RM2.50 kalau tak silap lah..:-)

So, enjoy the picture...~_^


1st round...





dah habis...


tambah lagi satu..haha..bukan selalu nak dapat ni





P/s : agak2 bos baru saya timing dia macam mane ya?nebes lah pulak...