Wednesday, March 27, 2013

Datang Tak Berjemput, Pergi Tak Dipinta

Sesuatu...
Dalam hati..
Tanpa sedar, ia datang tanpa dijemput oleh sesiapa
Hanya kerana Allah menghantarnya kepada dirimu
Maka akan ada masa
Engkau merasai sesuatu itu..

Sesuatu...
Dalam hati..
Tanpa sedar, ia tiba-tiba pergi tanpa diminta oleh sesiapa
Hanya kerana Allah menghendakinya agar pergi dari dirimu
Maka akan ada masa
Engkau merasai kehilangan sesuatu itu..

Maka
Sama ada ia datang atau pergi..
Engkau perlu terima dengan hati terbuka..
Kerana apabila engkau menafikan kedatangannya atau meratapi kehilangannya
Sama seperti engkau menolak takdir dan ketetapan yang telah Allah berikan untuk dirimu

Saat ini...
Aku hanya mampu tersenyum..
Kerana yang datang dan pergi itu telah tiada
Yang ada hanya...
Jiwa yang kosong..

kerana
CINTA itu telah diambil dari aku..
dan tak pernah kembali..

No comments :

Post a Comment