Friday, May 19, 2017

Aril Glow Pemutih Gigi Yang Berkesan

Assalamualaikum..

Displaying 20170505_112551.jpg
Korang nampak tak ibu Uzai boleh sengih tunjuk gigi macam tu dengan penuh yakin menawan.  Hehe
Apa rahsia mampu senyum menawan macam tu eh?

No automatic alt text available.
Ya, dengan Aril Glow mampu senyum menawan tanpa was-was.  Gigi kuning ni sebenarnya adalah masalah besar pada sesetengah orang.  Jangan main-main sebab ada orang yang hilang keyakinan diri kerana gigi kuning.  Jadi jangan pandang enteng dengan masalah macam ni.

Keistimewaan Aril Glow:

LULUS KKM

Berdaftar dan mempunyai notifikasi yang diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

TIADA KESAN SAMPINGAN

Bahan yang digunakan tidak langsung memberikan kesan sampingan malah memutihkan gigi anda dengan pantas.

TIDAK ROSAKKAN ENAMEL

Gel berkualiti tinggi ini tidak sama sekali merosakkan enamel tapi ia membuang kotoran yang melekat padanya.

100% SELAMAT DIGUNAKAN

Bahan yang digunakan telah melalui ujikaji. Mempunyai sijil CE, MSDS & FDA. Hanya sedikit sahaja pengguna mengalami masalah gigi sensitif dan iritasi.

MUDAH DIGUNAKAN - HANYA 3 LANGKAH !

Pusing belakang pen sehingga keluar gel.
Senyum dan sapu pada gigi anda.
Rehatkan senyuman selepas 30 minit.

MUDAH DIBAWA KE MANA-MANA

Ringan, kecil dan mudah dibawa dapat menjimatkan tenaga anda untuk memutihkan gigi di rumah atau dimana sahaja anda berada.

Ibu uzai memang simpan je Aril Glow ni dalam handbag sebab senang bawa, ringan dan tak makan ruang pun.  Walaupun Aril Glow ni dapat putihkan gigi dalam masa 2 hari, tapi kesannya takkan kekal lama jika penjagaan gigi tidak diutamakan.  Gigi secara semulajadi akan kotor dan kuning dari semasa ke semasa. Ia bergantung pada makanan atau minuman harian kita. Elakkan minuman berkafein, soda, wine, rokok dan makanan berwarna yang menyebabkan gigi kuning. 

Siapa yang boleh guna pemutih gigi Arilglow
*Umur 12 tahun ke atas
*Mereka yang mempunyai masalah gigi kuning
*Lelaki dan wanita
*Ibu menyusu
*Mereka yang memakai braces
*Wanita mengandung tidak di galakkan

Elakkan perkara ini selepas rawatan (24-48 jam)
Perlu diingatkan selepas rawatan pemutihan, liang-liang enamel akan terbuka dan ini menjadikan lebih mudah terdedah kepada apa-apa kotoran. Apabila liang tutup, dimana biasanya terjadi 24-48 jam selepas prosedur, anda boleh sambung semula seperti biasa.

•Gigi palsu? 
- Ia hanya berkesan kepada gigi semulajadi sahaja.

•Minuman yang bersih:
- Air putih
- Air suling
- Susu
•Makanan yang perlu dielakkan:

- Lemon, Jus oren, Apa sahaja jus buahan
- Teh dan kopi
- Cola-cola dan minuman bergas
- Minuman tenaga

•Makanan yang perlu dielakkan:
- Karot dan buah oren dan sayuran
- Brokoli, bayam dan sayuran hijau
- Coklat
- Roti putih
- Tomato dan sos merah
- Mentega dan marjerin

Nasihat tambahan:

1) Elakkan air panas atau sejuk. Ia tidak bagus selepas rawatan disebabkan boleh mengubah suhu pada gigi anda. Perubahan suhu menyebabkan gigi mengembang dan mengecut, membolehkan kotoran menembusi gigi anda. Kurangkan kopi dan teh atau cuba minum menggunakan straw untuk mengurangkan jumlah air yang terkena gigi anda.
2) Elakkan makanan dan minuman yang bersifat asid. Ia membuka liang enamel gigi membenarkan kotoran menembusi gigi dengan mudah. Gunakan straw untuk kurangkan bahan ini terkena gigi anda.
3) Kurangkan merokok. Ia disebabkan nikotin pada puntung rokok menyebabkan gigi kuning. JIka anda tidak berhenti, sekurangnya cuba had dan kurangkan.
4) Guna gincu "smudge proof". Untuk pastikan lipstik daripada terkena pada gigi disebabkan lisptik biasa boleh sebabkan kotoran pada gigi.

Displaying 20170506_093545.jpg
Selfie dengan Uzai pun yakin je..hehe

Website : https://arilglow.com/
Facebook : https://www.facebook.com/arilglowhq/
Instagram : https://www.instagram.com/arilglowhq/

Berita baik untuk korang, Arilglow HQ ada PROMOSI DISKAUN 30% !
Terjah website Arilglow sekarang tau!

Friday, May 5, 2017

Berkampung di SALAM Shah Alam Specialist Hospital

Assalamualaikum..


Bulan lepas saja dekat tiga minggu berkampung di SALAM Shah Alam Specialist Hospital.
Mula-mula sekali anak batuk berkahak dan kahak penuh di dada serta ada jangkitan kuman (Pneumonia).  Empat hari tiga malam juga berkampung disitu. Dua hari anak kena sedut kahak untuk kurangkan kahak yang ada.  Kesian dekat anak sebab perlu berpuasa selama 2 jam sebelum kahak disedut.  Habis sahaja anak discaj daripada hospital hari Jumaat, Isnin pulak suami kena tahan wad kerana demam yang berlarutan sejak hari Jumaat.  Hari Sabtu dah pergi klinik dan jumpa doktor.  Hari Isnin masih tak ok, jadi saya bawa suami ke Poliklinik SALAM.  Demam masih ada dan kahak juga banyak kerana batuk dan selsema yang teruk, doktor nasihatkan suami untuk warded.  Dan suami disahkan terkena jangkitan Influenza B.

Dalam masa seminggu tu, ulang alik pergi kerja daripada rumah mak di Sungai Serdang ke Shah Alam kerana anak belum sihat sepenuhnya dan saya juga kurang sihat kerana batuk dan selsema yang berjangkit daripada anak.  Entah di mana silapnya, hari Jumaat anak kembali batuk teruk dan demam yang tinggi sehingga 39℃.  Bawa pergi klinik, doktor bagi masuk ubat buntut.  Memandangkan keadaan anak masa tu pucat dan batuk agak teruk, doktor suruh awasi anak kalau-kalau tengah malam demam panas mendadak dan sukar bernafas segera bawa ke hospital.

Lepas balik daripada klinik, lebih kurang tengah malam tengok anak nampak susah tidur.  Syukur sebab masa tu memang ada di rumah mak dan ayah, jadi ayah tolong bawa kami ke Poliklinik SALAM dan doktor bagi nebulizer untuk legakan anak daripada batuk.  Tak boleh masuk wad sebab wad penuh.  Tapi memang tak nak masuk wad sebab suami pun masih dalam wad.  Fikir masa tu kalau dua-dua kena tahan wad, boleh lembik terus badan ni dibuatnya.

Hari Sabtu follow up dengan Doktor Tan Eng Kian.  Beritahu doktor yang anak demam tiba-tiba semalam dan juga suami ditahan wad sudah seminggu sebab jangkitan Influenza B.  Doktor suruh puasakan anak daripada menyusu untuk beri nebulizer dan sedut kahak serta buat test untuk Influenza B.
Lepas sedut kahak lebih kurang sejam doktor panggil semula dan sahkan anak juga berjangkit Influenza B.  Rasa nak tumbang kejap masa tu.  Tapi cepat-cepat doktor cakap yang anak tak perlu tahan wad sebab suhu demam dah tak tinggi dan anak tiada simptom lain yang menunjukkan dia perlu ditahan wad.  Ubat untuk influenza B pun cuma ubat antivirus yang perlu dimakan dan bukannya masuk terus dalam badan macam antibiotik.  Kesian juga dekat anak kecik-kecik dah macam-macam ubat masuk dalam badan.

Hari Ahad nampak anak macam dah ok, tapi masuk ke petang badan dia panas balik dan malam dah mula muntah walaupun tak kerap.  Sepatutnya follow up dengan Doktor Tan pada hari Selasa, tapi bawa anak jumpa semula Doktor Tan hari Isnin tu jugak sebab risau tengok anak asyik muntah je.  Dipendekkan cerita, berkampung lagi di SALAM Shah Alam Specialist Hospital petang tu sampai lah hari Jumaat jugak sebab doktor monitor batuk berkahak dia sampai betul-betul kahak tu kurang.

Tiga minggu hadap duduk hospital, macam-macam rasa ada.  Kadang-kadang sampai fobia bila rasa badan anak macam bahang sikit.  Risau sangat-sangat.  Tapi sejak dah keluar wad ni, macam-macam akal yang dia dapat.  Kaki tu laju je mengayuh ke depan.  Kalau dah merangkak dan dapat kaki berjalan nanti lagi laju agaknya.  Haha..