Friday, May 5, 2017

Berkampung di SALAM Shah Alam Specialist Hospital

Assalamualaikum..


Bulan lepas saja dekat tiga minggu berkampung di SALAM Shah Alam Specialist Hospital.
Mula-mula sekali anak batuk berkahak dan kahak penuh di dada serta ada jangkitan kuman (Pneumonia).  Empat hari tiga malam juga berkampung disitu. Dua hari anak kena sedut kahak untuk kurangkan kahak yang ada.  Kesian dekat anak sebab perlu berpuasa selama 2 jam sebelum kahak disedut.  Habis sahaja anak discaj daripada hospital hari Jumaat, Isnin pulak suami kena tahan wad kerana demam yang berlarutan sejak hari Jumaat.  Hari Sabtu dah pergi klinik dan jumpa doktor.  Hari Isnin masih tak ok, jadi saya bawa suami ke Poliklinik SALAM.  Demam masih ada dan kahak juga banyak kerana batuk dan selsema yang teruk, doktor nasihatkan suami untuk warded.  Dan suami disahkan terkena jangkitan Influenza B.

Dalam masa seminggu tu, ulang alik pergi kerja daripada rumah mak di Sungai Serdang ke Shah Alam kerana anak belum sihat sepenuhnya dan saya juga kurang sihat kerana batuk dan selsema yang berjangkit daripada anak.  Entah di mana silapnya, hari Jumaat anak kembali batuk teruk dan demam yang tinggi sehingga 39℃.  Bawa pergi klinik, doktor bagi masuk ubat buntut.  Memandangkan keadaan anak masa tu pucat dan batuk agak teruk, doktor suruh awasi anak kalau-kalau tengah malam demam panas mendadak dan sukar bernafas segera bawa ke hospital.

Lepas balik daripada klinik, lebih kurang tengah malam tengok anak nampak susah tidur.  Syukur sebab masa tu memang ada di rumah mak dan ayah, jadi ayah tolong bawa kami ke Poliklinik SALAM dan doktor bagi nebulizer untuk legakan anak daripada batuk.  Tak boleh masuk wad sebab wad penuh.  Tapi memang tak nak masuk wad sebab suami pun masih dalam wad.  Fikir masa tu kalau dua-dua kena tahan wad, boleh lembik terus badan ni dibuatnya.

Hari Sabtu follow up dengan Doktor Tan Eng Kian.  Beritahu doktor yang anak demam tiba-tiba semalam dan juga suami ditahan wad sudah seminggu sebab jangkitan Influenza B.  Doktor suruh puasakan anak daripada menyusu untuk beri nebulizer dan sedut kahak serta buat test untuk Influenza B.
Lepas sedut kahak lebih kurang sejam doktor panggil semula dan sahkan anak juga berjangkit Influenza B.  Rasa nak tumbang kejap masa tu.  Tapi cepat-cepat doktor cakap yang anak tak perlu tahan wad sebab suhu demam dah tak tinggi dan anak tiada simptom lain yang menunjukkan dia perlu ditahan wad.  Ubat untuk influenza B pun cuma ubat antivirus yang perlu dimakan dan bukannya masuk terus dalam badan macam antibiotik.  Kesian juga dekat anak kecik-kecik dah macam-macam ubat masuk dalam badan.

Hari Ahad nampak anak macam dah ok, tapi masuk ke petang badan dia panas balik dan malam dah mula muntah walaupun tak kerap.  Sepatutnya follow up dengan Doktor Tan pada hari Selasa, tapi bawa anak jumpa semula Doktor Tan hari Isnin tu jugak sebab risau tengok anak asyik muntah je.  Dipendekkan cerita, berkampung lagi di SALAM Shah Alam Specialist Hospital petang tu sampai lah hari Jumaat jugak sebab doktor monitor batuk berkahak dia sampai betul-betul kahak tu kurang.

Tiga minggu hadap duduk hospital, macam-macam rasa ada.  Kadang-kadang sampai fobia bila rasa badan anak macam bahang sikit.  Risau sangat-sangat.  Tapi sejak dah keluar wad ni, macam-macam akal yang dia dapat.  Kaki tu laju je mengayuh ke depan.  Kalau dah merangkak dan dapat kaki berjalan nanti lagi laju agaknya.  Haha..

1 comment :

  1. Lucky Club - Casino Site | Casino Review + Bonus
    We've spent more than a year offering you the best in online casino games! Play and win real money with our exciting online casino bonus.✓ Read our review now! Rating: luckyclub.live 4 · ‎Review by LuckyClub

    ReplyDelete