Thursday, October 30, 2014

Giveaway Cuti Sekolah By JiwarOsak

Giveaway Cuti Sekolah by JiwarOsak.Com
Mari Sertai Giveaway Cuti Sekolah By JiwarOsak.Com


Hadiah Terkumpul
Cash : RM 390
Topup : RM 195
Barangan : Tudung Pashmina x 1, Shawl x 2, Novel Sanctuaria x 1, Tudung Aidijuma x 1, Bantal Handmade x 2

Terima Kasih kepada Sponser

AbgferOz | MahaMahu | Yanty Lee | Afzal Sukasuki | Mawar Biru | Cik Pjaz | Ieta Mat Sa’ad | Mohamad Nasir | Yan Saflina | UmmiMama |Mohd Noor Shawal | Dila KazUha | Doktor Pemasaran | Helmi Julia | Nadia Johari | Suzlin Azreena Nordin| Nurul Syarafina II | Khaty Aiman| KyLe Kesha | Cik Yaya | Putery Memory | Edo Hayra | Delima Zamrud | Karen Nisa 

Untuk menyertai Giveaway Cuti Sekolah anda boleh klik Banner atau SILA LIHAT SINI

Segmen: Anda Berasal Daripada Mana?



Assalamualaikum W.B.T

Yeah!!.. Hari ini Cik Yana dengan sukacitanya melancar satu segmen yang bertajuk Segmen : Anda Berasal Daripada Mana?. Segmen ini bertujuan untuk merapatkan lagi ukhwah antara blogger di seluruh Malaysia.. Segmen ini blogger baru ke blogger lama ke boleh join jangan malu-malu.. 

Syarat-syaratnya:

  • Pertama follow blog Cik Yana, Twitter Cik Yana, fanpage Cik Yana dan Instagram Cik Yana
  • Kedua, letak tajuk Segmen: Anda Berasal Daripada Mana?
  • Letakkan bendera asal negeri anda dan letakkan ayat Saya Orang........ 
  • Copy code dibawah dan paste kan dalam entri anda dan publish.
  • Segmen ini akan bermula pada hari ini 22 Oktober 2014 hingga 31 Disember 2014 pukul (11.59 PM).


 So apa lagi jom join ramai-ramai.. Ajak kawan-kawan korang.. 

Senang kan




Saya orang Selangor..
Lahir di Selangor, membesar juga di Selangor dan masih menetap di Selangor..
Anak jati Selangor lah kiranya..hehe ^_^

Movie : Big Hero 6

Assalamualaikum..



Gila comel kartun robot ni..
Bestnya kalau dapat pegi tengok..hehe
Filem ni arahan pengarah filem Frozen tau..
Agak2 ada can tak filem ni dapat box office macam Frozen?

Sedikit storyline/sinopsis filem ini :

Inspired by the Marvel comics of the same name, the CG-animated Big Hero 6 centers on a brilliant robotics prodigy, Hiro Hamada, who finds himself in the grips of a criminal plot that threatens to destroy the fast-paced, high-tech city of San Fransokyo. With the help of his closest companion—a robot named Baymax—Hiro joins forces with a reluctant team of first-time crime fighters on a mission to save their city.


Nota kaki : Hehe..ada can tak agaknya nak pegi tengok movie ni?

Wednesday, October 29, 2014

Giveaway Contest RM700 Jualan Hebat Lazada Malaysia 11/11 by Emas Putih

As-salam


Berita baik untuk semua kaki shopping online kerana Lazada Malaysia akan menganjurkan 1 jualan besar-besaran selama 1 hari pada 11th November 2014 dengan potongan harga sehingga 94%. 



Terdapat Flash Sale selama 1 jam untuk setiap satu kategori (12 Kategori) bermula 11 pagi hingga 11 malam! Harga rendah ditawarkan untuk semua kategori di Lazada Malaysia sepanjang Flash Sale. 

Mark your calendar and Jom Gegarkan Jualan Hebat ini dengan klik link ni : Jualan Hebat 

Any update tentang jualan besar-besaran ini sila ke Lazada Malaysia !! 

Ini adalah Blogger Giveaway Contest anjuran Lazada Malaysia dengan kerjasama Kisah Emas Putih. 11 Pemenang bertuah akan dipilih untuk memenangi hadiah berjumlah RM 700! Untuk sertai contest ini, sila ke blog Kisah Emas Putih dengan ke link ini : LINK CONTEST .

Wordless Wednesday@WW#33

Assalamualaikum..


Ada projek coming soon nak buat..
Masih dalam proses..
Semoga Allah permudahkan jalan saya..aamiin ^_^


Tuesday, October 28, 2014

Sample Percuma Daripada PIXY Malaysia

Assalamualaikum..


Mesti tak percaya kan bila tengok video ni?
Hakikatnya memang betul ia semudah 1, 2, 3..
Menjimatkan masa..
Tak perlu lagi pencuci muka bila keluar ke mana-mana..

Mahu dapatkan sample percuma daripada PIXY Malaysia?
Boleh tinggalkan komen dan email anda di bawah..
Saya hanya mahu 10 orang untuk sample percuma ini..
Masih ada 8 kekosongan kepada yang berminat..



Monday, October 27, 2014

Peluang Memenangi Redmi 1S

Assalamualaikum..


Kempen WhoHAA Shout n Win kini kembali lagi.
5 buah handphone Redmi dan 15 pack Garden of Eden Double Skin Protection akan diberi kepada 20 orang ahli WhoHAA dengan jumlah referral yang tertinggi.
Anda juga boleh dapatkan sehingga 5,000 mata bonus apabila anda memperkenalkan lebih ramai rakan ke WhoHAA.

WhoHAA Referral Bonus!!!


Bermula 1 oktober 2014, rujuk 5 dan lebih ramai ahli baru dalam sebulan untuk mendapatkan hak Mata Bonus Referral! Lebih banyak anda mempromosikan tentang WhoHAA, lebih banyak Mata Bonus anda akan dapat!

20 ahli top referral untuk tempoh 3 bulan (Oktober 2014 - Dis 2014) akan memenangi hadiah-hadiah berikut:


Nota kaki : Jadi tunggu apa lagi!! Lebih ramai yang anda kenalkan dengan WhoHAA, lebih besar peluang untuk memenangi hadiah tersebut!!Jangan lepaskan peluang. Tertaluk pada terma & syarat.

Friday, October 24, 2014

Jumaat Yang...

Assalamualaikum..

Yeay!!pagi2 dah duofie dengan ini budak..
Dengan mata yang sembab sebab tak cukup tidur..
Dah lama tak jumpa, berborak sampai jam 4 pagi..
Dia sampai pun dah lewat pagi tadi..
Biasa lah, dah jumpa sesekali..
Mata tertutup, mulut bercakap..haha
Tapi nampak sangat muka tembam pagi ni..
Puas sudah pusingkan muka ke kanan dan ke kiri..
Tetap tak boleh sembunyi muka tu..kih3

Nampak style tak gambar ni?
Kih3..ni ambik guna instax mini 8 pagi tadi..
Akak ofis saya yang punya..
Gila legend kan gambar ni sebab nampak macam gambar lama..
Mungkin sebab setting kamera tu..
Yang tengah tu officemate kita orang, dah nak berhenti dah..
Last minggu depan..huhu..
So, ini lah gambar kenangan bagi kat dia..
Suka sangat gambar ni..

Nota kaki : nak kata hari ni Jumaat yang apa ya?agak kelam-kabut, agak sibuk..agak sunyi sebab ramai yang tak ada dekat ofis..hihi..yang pasti saya suka sebab besok boleh bermalas-malas di rumah..keh3

Thursday, October 23, 2014

Keluarga Saya Pergi Beraya

Assalamualaikum..

Selamat hari Deepavali..*macam dah lambat je buat ucapan ni..
Rasa meriah pulak Deepavali tahun ni..
Walaupun hujan lebat petang semalam sehingga lewat malam tadi rasanya..
Sambutan Deepavali tu nampak meriah..
Sebab bunyi bunga api tak henti-henti sehingga malam tadi..

Nak dijadikan cerita, semalam keluarga Ayesha pergi beraya ke rumah mak mentua mak cik Ayesha..
*Patut lah kelmarin mak tanya balik ke tak..hehe
Mak cik saya berkahwin dengan lelaki india beberapa tahun yang lalu..
Hanya suami mak cik Ayesha saja yang memeluk agama Islam dalam keluarganya jika tak silap..
Walaubagaimanapun, Alhamdulillah keluarga kami mempunyai hubungan baik dengan pihak sebelah sana..
Selagi tiada benda yang bercanggah dengan agama kita, apa salahnya hubungan yang ada dieratkan lagi..

Jom kita layan gambar keluarga Ayesha pergi beraya semalam..

Budak kecik ni memang suka menempek sebelah ayah :-P





Nampak tak benda bulat warna putih tu?
Nama dia yetlie..makan dengan kari..



Ini korang mesti biasa jumpa..
Tak sah kalau raya diorang tak ada marukku ni..



Sorang adik saya, sorang lagi sepupu..siapa lagi kacak?haha

Mereka bergambar bersama..
Yang duduk tengah-tengah tu nenek saya dan besan dia..
Yang belakang tu adik-beradik, mak cik saya dan mak saya..

This is my uncle..haha..ada muka hero hindustan tak?

Kalau dah berjumpa, macam ni lah..

Sekian sahaja cerita saya kali ni ^_^

Nota kaki : Ayesha tiada dalam ini gambar sebab tak balik pun semalam..setengah hari mengemas bilik sewaku..kalau rumah sendiri yang dikemas tak pe jugak kan..hehe * berangan lebih..semoga dipermudahkan..2 months to go for my e-day

Tuesday, October 21, 2014

Puting Beliung atau Ribut Kuat Di Pandamaran Klang

Assalamualaikum..

Ada yang kata bukan puting beliung, hanya sekadar ribut kuat..
Tapi setelah melihat video berdurasi 46 saat tadi, rasanya memang puting beliung..

Ini gambar-gambar yang saya dapat dari group whatsapp akibat daripada kejadian yang melanda sekitar Pandamaran Klang tadi..










Walaubagaimanapun, keadaan di beberapa tempat ketika ini masih lagi hujan lebat..
Jadi kepada yang berada dijalanraya atau diluar rumah sila berhati-hati..

Nota kaki : Sumber gambar adalah daripada whatsapp group saya :-)

Channel Set Perfume Giveaway by Melangkau Garisan

Assalamualaikum..


Kliik bannger untuk join

Tarikh Tamat : 11 November 2014

Tuesday, October 14, 2014

Pre-order Cube Wardrobe (ETA 18 Oktober 2014)

Assalamualaikum..

Meh rapat-rapat, dekat-dekat..
Sesiapa yang berminat nak dapatkan cube wardrobe ni boleh PM saya di Ayesha Store atau whatsapp 0172150950

Pattern 
1) black / purple / red 9cube RM 155 with postage
2) black / purple / red 12cube RM 183 with postage
3) black / purple / red 16cube RM 228 with postage

9 Cube

12 Cube

16 Cube


Flowery
1) pink / green / red 9cube RM 155 with postage
2) pink / green / red 12cube RM 183 with postage
3) pink / green / red 16cube RM 228 with postage

9 Cube

12 Cube

16 Cube



Frozen/Skiphop
1) 9cube RM 165 with postage
2) 12cube RM 193 with postage
3) 16cube RM 233 with postage








Nota Kaki : Kelantan, Terengganu, Sabah dan Sarawak lain postage :-)



Wednesday, October 1, 2014

Hadiah Giveaway Daripada Sally Samsaiman

Assalamualaikum..

Ingat tak entri saya tentang teaser hadiah yang ni
Haha..ada ke yang baca entri tu?terima kasih yea..
Minggu lepas janji, minggu ni baru buat entri..
Dekat seminggu jugak lah kan baru nak buat entri ni..
Belum lepas lagi nak buat job online review kalau begini caranya cik wani oi..
(dah rasa macam segan nak guna nama 'pena' kononnya 'Yang Ayesha' tu..lepas ni nak tukar header dan rebranding balik..opsss)

Ok, berbalik kepada tajuk entri kali ni..
Meh saya nak reveal hadiah dari Sally Samsaiman yang saya dapat sempena giveaway ni


Ok, ni gambar separuh..
Masa keluar lunch dengan member ofis dan ex-officemate
Sebenarnya baju ni ada getah dekat pinggang..
Tapi sebab bajet badan gemuk dan takut nampak gemuk..
Getah dipinggang tu dah dibuang..
Ampun sis Sally..


Kena cover sikit masa ambik gambar ni..
Dari tepi nampak macam baju pregnant akak ofis kata..huwwwaa
Tapi suka sangat baju ni sebab belum ada baju warna ni lagi..
Cuma kena alter sikit lah baju ni nanti supaya tak nampak besar sangat..

Jom singgah page sis Sally dan kakak beliau di
Baju cantik dan harga sudah pasti mampu milik..

Nota kaki : ada hati nak buat header baru..tunggu masa lapang nanti lah baru buat..



Wordless Wednesday@WW#30

Assalamualaikum..



Ini lah aktiviti pagi tadi..ngeeee ^_^