Friday, July 25, 2014

#‎SupportGaza‬ Menjadi Trend Di Laman Sosial

Assalamualaikum..



Ayesha tak tahu trending ni sejak bila, tapi Ayesha perasan sejak malam tadi ramai kawan2 Ayesha di Facebook berkongsi status yang sama dengan #SupportGaza


Ini adalah status Ayesha yang dikongsikan di Facebook awal pagi tadi..

Jom kita #SupportGaza

Nota kaki : Selamat hari raya kawan2..dalam kita bergembira, jangan dilupa pada yang tiada dan yang sedang berduka..semoga Allah kurniakan ketabahan buat mereka dan sama-sama kita doakan semoga mereka tabah menghadapi dugaan..

Wednesday, July 23, 2014

Wordless Wednesday@WW#28

Assalamualaikum..


Nota kaki : Kesabaran sudah semakin menipis..

Tuesday, July 22, 2014

Lawak Petang Hari

Assalamualaikum..

Sudin call kwnnya yg bernama Samad.. Tapi Samad x angkat2 callnya. Maka Sudin cubaSMS..

SMS pertama : Mad, engkau kat mana? (X ada balasan)

SMS kedua :  Mad, engkau kat mana ni? Busy ke? ( x ada balasan jugak)

SMS ketiga: Mad, engkau marah kat aku ke? Jangan cam gitu Mad..(masih juga tiada balasan)

SMS ke 4: Weehh.. Samad. Marah betul engkau kat aku ya.. Aku call kau sampai pagi, engkau sikit pun x nak jwb .. Aku SmS berjela-jela engkau x balas pun.... Saaaampai hati kau ya Samad...  Aku cuma nak bgtau..... Engkau tertinggal hp kau kat umah aku ni.... . Hp kau ni semenjak mlm tadi x berhenti2 berdering. Macam ada hal penting je.... 

Copy&paste dari group whatsapp

Nota kaki : Selamat berbuka kawan-kawan ^_^

Friday, July 18, 2014

Musibah Buat Kita Bermuhasabah Diri

Assalamualaikum..


Belum pun reda dengan misteri kehilangan MH370, kita dikejutkan dengan berita Palestin diserang oleh tentera Yahudi dengan dahsyat kali ini disaat Ummat Islam sedang dalam bulan Ramadhan..
Tak cukup dengan itu, semalam pada 17/07/2014 lebih kurang jam 11.45 malam (waktu Malaysia) kita dikejutkan sekali lagi dengan berita menyayat hati bila pesawat MAS (MH17) yang berlepas dari Amsterdam menuju ke Kuala Lumpur disahkan jatuh di Ukraine berdekatan sempadan di mana perang antara Ukraine dan Rusia sedang bergolak..
Allahhu Akhbar..
Tersentak jantung malam tadi apabila heboh dilaman sosial dan laman berita dari pelbagai negara melaporkan berita berkenaan..
Begitu besar dugaan-Mu buat kami di bulan yang mulia ini..
Dalam pada kita bersedih, saudara kita dari Palestin masih sempat mengirimkan kata-kata semangat buat kita disini sedang mereka disana juga kehilangan lebih ramai saudara yang mereka sayangi..

Terima kasih wahai saudara kami..

Dalam keadaan ditempat mereka yang sedang meruncing, masih sempat menyampaikan kata-kata semangat buat kami disini..
Jika saya yang tiada kaitan dengan mangsa nahas turut terasa tempias, entah bagaimana dengan perasaan keluarga mangsa..


Jika tengok dilaman sosial seperti facebook dan youtube, memang banyak dan penuh berita mengenai MH17 ini sejak khabar berita diterima lewat malam tadi..
Ada juga yang memuat naik gambar-gambar mayat mangsa yang bergelimpangan di sana sini..
Tapi harap dalam pada anda ghairah berkongsi gambar atau mungkin ghairah ingin menjadi yang pertama menyampaikan berita, ada insan lain yang sedang berdukacita atas kehilangan insan tersayang..
Berhati-hati lah dalam perkongsian anda..
Sama-sama kita muhasabah diri kita..

Nota kaki : tak sanggup nak melihat video-video atau gambar mayat mangsa nahas yang berleluasa di media sosial..
Baru terima berita kehilangan sepupu mak yang dimasukkan ke wad ICU, Hospital Klang minggu lepas..agak terkesan dihati..

Monday, July 14, 2014

Cepatnya Masa Berlalu

Assalamualaikum..

Hai korang..
Hari ni dah 16 Ramadhan lah..
Sekejap je masa berlalu..
Tadi baru kira-kira kalendar, sekali tengok..
Ya ampun..tinggal dua minggu lagi nak raya..
Makin sakit kepala ni deh..


Tapi dalam sakit kepala masih sempat sambar sepasang kasut semalam
Lepaskan tekanan sekejap semalam
Keluar berbeli belah ke terbeli belah dengan adik-adik dan mak ayah
Tolong bawak dia orang keluar berbeli belah saja
Ayesha dah tak beli baju raya dah sebab dah ada 3 helai baju..
Jadi lah kan..bukan nak ke mana-mana pun raya nanti..hehe

Nota kaki : tiada mood beraya..biasa2 je..kawan-kawan dah ada mood raya ke?

Thursday, July 10, 2014

Scam Alert dari Maybank

Assalamualaikum..


Pagi tadi, Ayesha buka laman web maybank2u untuk menyemak akaun
Tengok-tengok keluar scam alert ni..
Memang Ayesha ada dapat email yang menyatakan supaya mengemaskini akaun maybank2u ayesha
Tapi bila buka laman web maybank2u, tidak pulak keluar alert yang menyuruh kita mengemaskini
Dah lama nak tanya pada seorang kawan yang bekerja di Maybank, tapi selalu terlupa
Akhirnya terjawab sudah segala persoalan Ayesha selama ini..
Terima kasih Maybank walaupun agak terlewat..

Nota kaki : Hati-hati dengan sebarang email yang agak pelik dalam peti masuk kita..

Segmen 2 Mini Power Bank Untuk Rakan Blogger Zamani Abe

Assalamualaikum..


Dengan lafaz Bismillah..
Tarikh tutup masih belum ditentukan, mungkin 2 hari sahaja atau mungkin lama
Kawan-kawan yang berminat nak menyertai segmen blogger Zamani Abe ni jangan tunggu-tunggu lagi
Jom sertai sebelum terlambat ok ^_^

Tuesday, July 8, 2014

Tazkirah Dhuha

Assalamualaikum..

Kisah dan pengajaran buat kita ^_^

Tazkirah Dhuha

"Ouch!"

Kakiku terpijak kaca. 

Perlahan-lahan cuba buang serpihan kaca di tapak kaki. 
Kecil saja. Tapi berdarah juga.

Aku terhincut-hincut ke ruang tamu.
  
"Kau okay ke?" Kawan tanya. Ambil berat betul.

"Entah. Kaca tu tak belajar sekolah agama kot. Duk tengah-tengah jalan sampai dipijak aku yang sangat hensem ini."

Aku menjawab malas sambil mengambil tempat duduk di sebelahnya.

"Aku teringat satu kisah benar yang diceritakan padaku oleh pelajar USIM. Dia ceritakan mengenai kawannya yang satu universiti dengannya.

Kau nak dengar?"

Aku mengangguk sambil membulatkan mata macam Heliza Helmi.

"Suatu hari, pelajar perempuan ni memandu keretanya merentasi lebuhraya. Siang hari.

Entah macam mana, tengah-tengah drive tu tiba-tiba berlaku sesuatu. Hilang kawalan.

Kemalangan. Keretanya berpusing-pusing terbalik atas jalan. Remuk hancur keretanya.

Kenderaan-kenderaan lain memberhentikan kereta. Dari luaran, memang dah tak ada harapan dengan keadaan kereta yang sebegitu dahsyat. Sangka orang ramai yang lalu-lalang di situ, pemandu pasti dah meninggal dunia tersepit.

Tiba-tiba, kelihatan seorang gadis keluar dari kereta. Terhuyung-hayang. Masya-Allah, tiada sebarang kecederaan langsung! 

Kereta barai, tuan tidak apa-apa. Lantas kawannya yang lalu di tempat kejadian memberhentikan kereta dan menolong beliau."

Kawanku mengusap-usap janggut helai jagungnya berkali-kali sambil menyambung,

"Dalam perjalanan, kawannya bertanya si gadis sebenarnya apa yang terjadi. Si gadis tu pun blur. Ingat-ingat lupa. Semua berlaku sekelip mata. Si gadis adalah seorang hafizah yang hafal 30 juz al-Quran. 

Pada pagi kejadian, dia kata dia terlewat bangun untuk solat Subuh. Tapi, dia qadha (ganti) solat tu walaupun terbangun agak lewat.

Mungkin kerana terlewat itulah, Allah uji dengan kejadian sebegini. Menurutnya, ini bukan kali pertama berlaku kejadian-kejadian sedemikian. Bila dia buat sedikit kesilapan, Allah terus berikan musibah dan ujian sebagai kaffarah dosa.

Bila Allah sayang seseorang hamba-Nya, Dia akan jaga orang itu, Dia akan duga, Dia akan cuba sisihkan dosa-dosa hamba-Nya itu sehinggalah hamba itu bersih dari dosa. Sebab apa?

Sebab Allah nak masukkan dia dalam Syurga juga macam mana pun."          

Aku bersila berlaga lutut dengan lutut kawanku. Tatap muka kawanku penuh perhatian dengar cerita.

"Pengajaran dari cerita ini. Kau terpijak kaca, pasti sebab Allah suruh kau ingat kembali pada Dia. 

Pasti ada saat kau terlupakan Dia.

Sekarang, setelah dengar cerita aku, kau mulai ingat tak pada-Nya?"

Aku tunduk tengok kain pelekat kawanku.

"Aku solat Asar pukul 6.59 petang tadi. Aku sengaja lewatkan sebab aku nak tengok facebook aku. Aku suka tengok orang likes."

Kawanku menepuk-nepuk bahuku.

"Jangan ulang lagi. Jangan sampai Allah enggan beri hidayah lagi. Bila Allah tak nak peduli kau lagi, hati yang gelap tu takkan mampu bercahaya lagi. Itulah ibu segala bala. Bila di dunia Allah tak simpati, di akhirat Allah pandang muka kau pun tak sudi. Apatah lagi Syurga nak Dia beri."

Aku tunduk mengalah.

Malu semalu. Malunya.
  
(cerita benar perihal hafizah tu) 
[moga dapat forward & peroleh manfaat yg berterusan]  
-copy & paste-


Friday, July 4, 2014

Ada Sesiapa Boleh Bantu Saya?

Assalamualaikum..


Dah lama saya cuba..
Tapi sampai sekarang tetap tak boleh..
Dah compress
Dah resize pun
Tetap masih dialog box keluar kata mungkin format gambar atau saiz gambar saya tak sesuai..
Dua-dua sudah dikenal pasti, dan saya pasti gambar saya tiada masalah
Sampai saiz gambar saya jadi kurang dari 1kb pun, masalah tetap tak selesai..huhu

Ada sesiapa yang boleh bantu saya tak?

Ihya' Ramadhan - Giveaway By Ummudd80

Assalamualaikum..


Tarik Mula : 4 Julai 2014 
Tarikh Tutup : 21 Julai 2014
Tarikh Keputusan : 25 Julai 2014

Hadiah-hadiah :

1) Duit Raya bernilai RM50
2) Duit Raya bernilai RM30
3) Duit Raya bernilai RM20

Muhasabah Diri : Ikhlaskah Kita?

Assalamualaikum..

Sumber dari group whatsapp saya

Jika semuanya ingin diberitahu kepada dunia
Apakah lagi yang tinggal dalam amalan kita?

Thursday, July 3, 2014

Ramadhan Giveaway By Miss Cadburry

Assalamualaikum..


Klik SINI untuk join

Hadiah : 

First place [ random ]
Novel RM50x2

Second place [ random ]
Novelx1

Random.org
Novelx2++

Wednesday, July 2, 2014

Segmen 24 Jam : Saya nak kad raya daripada Pink Ummi

Assalamualaikum..


Tamat pada malam ni, 12.30 malam..

Nota kaki : rindu pulak nak join segmen..kali ni harap2 ada tuah..dah lama jugak tak dapat kad raya daripada sesiapa ni ^_^

Wordless Wednesday@WW#27

Assalamualaikum..


Selamat menunaikan ibadah ^_^

Bila Virus Datang

Assalamualaikum..



Rasa besar sangat virus ni dari pagi tadi..haha
Kamu, kamu dan kamu jangan jadi macam ni tau..

Apa dia virus tu?
Mengantuk x Malas + Letih = Puasa

Nota kaki : Mak kata, memang lah kalau puasa tu kita rasa semua..lagi2 perut lapar tu..tapi itu lah namanya ujian..hihi.. Selamat menunaikan ibadah puasa dan ibadah2 lain dalam bulan puasa ini dengan sebaiknya kawan-kawan ^_^