Assalamualaikum..
Selamat hari Deepavali..*macam dah lambat je buat ucapan ni..
Rasa meriah pulak Deepavali tahun ni..
Walaupun hujan lebat petang semalam sehingga lewat malam tadi rasanya..
Sambutan Deepavali tu nampak meriah..
Sebab bunyi bunga api tak henti-henti sehingga malam tadi..
Nak dijadikan cerita, semalam keluarga Ayesha pergi beraya ke rumah mak mentua mak cik Ayesha..
*Patut lah kelmarin mak tanya balik ke tak..hehe
Mak cik saya berkahwin dengan lelaki india beberapa tahun yang lalu..
Hanya suami mak cik Ayesha saja yang memeluk agama Islam dalam keluarganya jika tak silap..
Walaubagaimanapun, Alhamdulillah keluarga kami mempunyai hubungan baik dengan pihak sebelah sana..
Selagi tiada benda yang bercanggah dengan agama kita, apa salahnya hubungan yang ada dieratkan lagi..
Jom kita layan gambar keluarga Ayesha pergi beraya semalam..
Budak kecik ni memang suka menempek sebelah ayah :-P
Nampak tak benda bulat warna putih tu?
Nama dia yetlie..makan dengan kari..
Ini korang mesti biasa jumpa..
Tak sah kalau raya diorang tak ada marukku ni..
Sorang adik saya, sorang lagi sepupu..siapa lagi kacak?haha
Mereka bergambar bersama..
Yang duduk tengah-tengah tu nenek saya dan besan dia..
Yang belakang tu adik-beradik, mak cik saya dan mak saya..
This is my uncle..haha..ada muka hero hindustan tak?
Kalau dah berjumpa, macam ni lah..
Sekian sahaja cerita saya kali ni ^_^
Nota kaki : Ayesha tiada dalam ini gambar sebab tak balik pun semalam..setengah hari mengemas bilik sewaku..kalau rumah sendiri yang dikemas tak pe jugak kan..hehe * berangan lebih..semoga dipermudahkan..2 months to go for my e-day
Wah best kan beraya di hari raya orang lain....kita kan satu malaysia
ReplyDelete