Monday, March 25, 2013

Dia Untuk Aku IV



***
            Petang itu, aku terpaksa menunggu Qaisara menjemput aku di pejabat kerana enjin keretaku gagal dihidupkan.

“Kau ni Iman, Sara dah ingatkan kau kan hujung minggu pergi servis kereta.  Tapi malas kau ni mengalahkan malas orang yang betul-betul pemalas.”

            Dan kemudian aku terus membebel sendirian sehingga tiba-tiba aku dikejutkan dengan bunyi hon kereta dari arah belakang.  Seorang lelaki turun dari kereta tersebut dan menuju kearah aku.

“Hai sayang, kenapa ada kat sini lagi?  Nak abang tumpangkan?”

‘Ish, macam mana dia ni boleh ada kat sini pulak?  Mengganggu jiwa dan perasaan aku aje.’

“Eh..tak pe lah En. Rayyan, saya tunggu kawan saya datang jemput saya ni.”

“Ala, tak kan dengan abang pun nak berkira.  Bukan orang lain pun, suami awak jugak.”

‘Oh, tidak!  Dia ulang lagi.  Dah lah dia buat muka jahat dia tu.  Ops, bukan jahat..nakal aje.  Sempat lagi kau melalut kat sini kan?  Ha, nasib kau baik Iman.  Qaisara dah datang dah tu. ‘

“Tak mengapa En. Rayyan, panjang umur kawan saya.  Dia dah sampai dah pun.  Terima kasih banyak atas pelawaan En. Rayyan tu ya.”

            Aku berjalan ke arah kereta Qaisara sambil melemparkan senyuman meluat bercampur cuak kepada En. Rayyan.  Padan muka dia, suka sangat gunakan modal yang sama nak mengurat aku.  Mengurat?  Sudah-sudah lah perah santan kau tu.

            Rayyan Iman akhirnya pulang dengan perasaan hampa apabila tunangnya menolak pelawaannya mentah-mentah.  Tapi dia tidak menyalahkan Qisha Imani kerana dia tidak mengetahui siapa sebenarnya Rayyan Iman kepada dia.

***
“Iman, aku tanya kau sikit kau jangan marah ek?”

            Dalam kesunyian aku melayan perasaan di birai tingkap, Qaisara datang menyapa.  Lain tak ada lah tu, mesti nak menyakat aku.

“Apa dia kau nak tanya?  Dipersilakan Cik Qaisara.  Lain macam je kau punya bunyi soalan tu.”

“Hehehe..lelaki yang berdiri sebelah kau masa aku datang petang tadi tu siapa?  Pakwe baru eh?  Kacak sangat lah aku tengok.  Nak berkenalan boleh?”

‘Hamboi, tak padan dengan ada tunang.  Pantang nampak jejaka kacak je dia nak berkenalan.  Laki aku tu.  Erk?  Bila masa dia jadi laki kau Iman?’

“Kau nak berkenalan?  Kau hilang akal ke?  Tunang kau yang kacak tu mana kau nak letak?  Ikat kat pokok?”

            Tersengih-sengih Sara bila sebut pasal tunang kesayangan dia.  Suka sangat la tu, lebih-lebih bila orang puji tunang dia kacak.  Mesti kembang sampai besok pagi, lepas tu tidur malam mesti tak lena gara-gara tersebut pasal tunang dia.  Kadang-kadang angau terlebih pun ada jugak.

“Itu bos baru aku la Sara, anak Tuan Haji.  Dia baru balik Malaysia, sebelum ni dia sibuk uruskan perniagaan keluarga kat Luar Negara.”

            Sara mula buat muka teruja dia.  Adalah tu dalam otak dia idea dah mari yang kadang-kadang boleh buat aku sesak nafas.

“Hehehe..kau ni Iman, mula la buat muka cuak tu.  Macam kau tau je apa ada dalam minda aku sekarang ni kan?”

“Sekilas ikan di air aku dah tau jantan betina, sekilas engkau tersengih-sengih aku dah tau apa ada dalam kepala otak kau la Sara.  Kau ada aje idea nak mengenakan aku kan?”

“Hihihi..kau dah tau eh?  Jadi, tak payah la aku nak bagitahu kau lagi idea aku kan?  Bila kau nak masuk jarum?  Kacak weh bos kau tu.  Lambat-lambat nanti, takut disambar orang.”

“Banyak lah kau disambar orang.  Kau dah hilang akal ke?  Aku belum terdesak lagi nak ada pasangan hidup, lagi pun kau tau kan aku dah ada tunang?”

“Tunang?  Apa gunanya kau ada tunang kalau dia tak pernah ambil tahu pasal kau?  Tunang ke namanya kalau tak pernah bertanya khabar pasal diri kau?”

            Bertalu-talu solan diajukan oleh Sara kepada aku.  Terkedu aku seketika dengan soalan dia yang macam bom atom tu.  Bila dah datang angin dia tak puas hati tu, terpaksalah aku susun ayat yang lebih bernas nak menjawab.  Kalah kanak-kanak sekolah tadika.

“Bukan salah dia kalau dia tak ambil tahu pasal aku.  Itu keputusan nekad yang aku buat masa nak tunang dengan dia dulu.  Malah, nama penuh atau apa-apa tentang dia pun aku tak nak ambil tahu.  Biar masa yang tentukan semua tu, keluarga aku pun tak nak paksa aku, dah bersyukur sangat dah bila aku setuju dengan pertunangan tu.”

“Kalau macam tu, aku pun tak tahu nak cakap apa lagi lah Iman.  Kau yang tentukan arah tuju hidup kau.  Aku sekadar boleh bagi nasihat aje, tapi yang penting aku sentiasa akan ada untuk kau bila-bila masa kau perlukan aku.”

“Terima kasih Sara, kau lah sahabat dunia akhirat aku yang sentiasa memahami aku.  Aku berharap sangat persahabatan kita tak kan terputus sampai akhir hayat.”

“Aku pun berharap yang sama.  Dah la, jangan sedih-sedih.  Jangan fikir lagi perkara yang boleh buat kau sedih, kau rasa sakit aku pun merasa benda yang sama.  So, malam ni kite nak tengok cerita apa pulak?”

“Tengok City Hunter la, rindu pulak aku nak jumpe kekasih gelap aku tu.  Hehehe”

            Menjeling Sara bila aku dah mula menggedik nak tengok Lee Min Ho kesayangan aku tu.  Dengki la tu sebab tunang dia marah bila dia pun minat dekat Lee Min Ho, siap suruh kahwin dengan Lee Min Ho lagi dan tak payah carik tunang dia dah.  Dah tentu lah meraung Sara tu dibuatnya bila tunang dia cakap macam tu.  Lebih rela tak minat jejaka kacak tu daripada kehilangan tunang kesayangan dia.  Hail ah Cik Qaisara, macam-macam kerenah kau dengan Encik Tunang kau tu.

‘Tunang?  Agak-agak ‘tunang’ aku tu boleh tunggu aku berapa lama kan?  Lantak lah, aku nak tengok sejauh mana dia mampu bertahan’

Bunyi lagu Teman Pengganti dari telefon bimbit menyedarkan aku dari lamunan yang panjang.  Entah dah sampai planet mana agaknya.  Oh, mak telefon pulak.  Ada hal apa agaknya?  Lantas tanganku menekan punat hijau untuk menjawab panggilan daripada mak.

“Assalamualaikum mak.”

“Wa’alaikummussalam, ha..baru dengar suara anak kesayangan mak ni.  Lama Iman tak telefon mak kan?”

“Maaf mak, Iman sibuk sikit minggu ni.  Tadi memang Iman nak telefon, tapi Sara ni kacau Iman sampai tak sempat nak telefon mak..hehehe”

            Qaisara menjeling aku dari jauh bila mendengar dia dikatakan mengganggu aku.  Lain macam aje minah ni.  Ha, dah kata dah.  Tepat sebiji bantal mengenai bahu aku gara-gara dibaling oleh Qaisara.

“Aduh!”

“Ha, kenapa tu Iman?”

“Tak ada apa mak, Sara baling bantal kat Iman tadi.”

“Yang Iman pergi kacau dia kenapa?  Ada benda mak nak cakap ni Iman.”

“Ada apa mak?  Cakap lah, mana tahu Iman boleh tolong.”

“Ha, baguslah tu.  Memang mak harap sangat kali ni Iman tak menolak, mak dah naik segan nak mengelak.  Keluarga bakal mentua Iman nak datang hujung bulan ni, sambil-sambil tu nak bincang pasal majlis perkahwinan kamu berdua hujung tahun nanti.  Jadi, mak nak Iman balik masa dia orang datang rumah kita nanti.  Boleh ya Iman?  Kesianlah dekat mak dengan ayah ni.”

            Terasa kering tekak aku secara tiba-tiba.  Bersediakah aku?  Tapi dah terlalu lama masa yang diberi oleh mereka kepada aku.  Mungkin kali ini aku perlu mengalah, ‘dia’ tak mungkin akan aku lupa.  Hidup tetap perlu aku teruskan, demi kebahagiaan mak dan ayah.

“In sha Allah mak, nanti Iman balik hujung bulan ni.  Mak aturkan lah apa yang patut, Iman ikut aje.  Nanti mak sampaikan salam Iman pada ayah dan adik-adik ya.”

“Alhamdulillah, terima kasih Iman.  Lega hati mak bila dengar Iman cakap macam tu. Assalamualaikum.”

“Wa’alaikummussalam mak.”

            Terkaku aku seketika selepas menjawab panggilan dari mak.  Betulkah apa yang aku buat?  Tapi aku dah tak mampu untuk berpatah balik dan mungkin ini yang terbaik perlu aku lakukan.  Perkhabaran itu membuatkan aku tiada rasa untuk menonton drama kegemaran aku, bahkan bintang pun aku tak mampu nak lihat malam ini.  Aku berlalu ke bilik tanpa menghiraukan pertanyaan yang bertalu-talu daripada Qaisara.  Malam itu, buat pertama kali aku tidur tanpa memikirkan ‘dia’.  Yang aku tahu, otak dan jiwa aku kosong.

***
            Pagi ini aku terlewat ke pejabat, semuanya gara-gara aku tidur mati.  Langsung tak sedar jam ditelefon berbunyi.  Dalam kekalutan aku kerana terlewat, tanpa sengaja aku terlanggar bahu seseorang.  Mata tak berkelip memandang, seseorang yang telah lama aku rindu tiba-tiba hari ini muncul di depan mata.  Dia masih seperti dulu, tetap indah di mata aku.

“Iman…”

            Merdu suaranya memanggil namaku.  Tersedar aku dari memandang dirinya, cepat-cepat aku melangkah pergi.  Tak mampu berhadapan walau seketika.  Jeritannya yang memanggil namaku tidak aku hiraukan.  Bukan kerana aku membenci, tapi aku masih belum kuat untuk menghadapi ‘dia’.

‘Maaf, saya tak mampu nak pandang wajah awak lagi walaupun saya masih mengharap.  Awak adalah kisah lalu saya Syahrul.’

            Usai aku memasuki pejabat, aku dikejutkan dengan panggilan telefon dari Setiausaha En. Rayyan.  En. Rayyan memanggil aku untuk ke biliknya kerana ada perkara yang perlu dibincangkan.  Tapi kenapa nampak gaya muka macam tak puas hati je dia ni?  Aku ada buat salah ke?

“En. Rayyan nak jumpa saya?  Ada apa-apa yang En. Rayyan perlukan?”

“Saya nak awak temankan saya lunch tengah hari ni.  Tak boleh membantah, ini arahan.”

‘Sesuka hati dia aje nak arah-arah orang, mentang-mentang lah dia bos.’

“Tapi En. Rayyan…”

“Saya dah kata, tiada bantahan.  Awak ni, dah lah mengaku ayah saya sebagai ayah mentua awak tapi arahan saya sebagai suami awak ni tak nak dengar pulak ya?”

            Habis berkata-kata, lelaki itu melemparkan senyuman yang amat manis dan mungkin aku boleh terkena kencing manis kalau hari-hari dia buat macam ni.  Adakah lelaki ini ada masalah mental?  Tiba-tiba aku berasa seram sejuk dan berpeluh-peluh walaupun penghawa dingin di dalam bilik itu boleh dikatakan berada pada tahap yang agak sejuk.  Janganlah bos aku ni buat apa-apa kat aku, tapi tak kan dia berani buat yang bukan-bukan pada aku dalam ofis ni.  Kalau dia berani buat, sumpah aku akan menjerit sekuat hati.  Jangan cabar, nampak aje aku ni lembut, sopan-santun dan ayu.  Ini Qisha Imani tau, pemegang tali pinggang hitam dalam silat gayung.  Walaupun silat gayung tu nampak lembut, tapi bila buka langkah confirm boleh masuk ICU.

“Cik Qisha Imani, saya rasa awak boleh balik ke tempat awak semula.  Jangan lupa lunch date kita tengah hari ni, dan jangan cuba-cuba nak lari.  Nanti tengah hari awak boleh sambung tenung muka saya sepuas hati awak.”

‘Ish, malunya!  Macam mana boleh terbabas tenung muka dia lama sangat ni?  Ah! siapa suruh dia jual muka dia yang manis tu, kan aku dah tertenung muka dia sampai nak tembus.  Ish! Iman, kau ni buat malu kaum aje.  Kan dah malu, jatuh saham tahu tak.’

“Baiklah En. Rayyan, saya keluar dulu.”

            Sebaik Qisha Imani keluar dari biliknya, Rayyan Iman bersorak girang kerana taktiknya untuk mendekati Qisah Imani akhirnya berjaya.

“Aku akan pastikan kali ni dia tak kan terlepas lagi.  Qisha Imani, awak tunggu lah.  Saya akan pastikan awak jatuh cinta dengan saya sampai awak tak kan ingat lagi kisah duka awak, itu janji saya.”




P/s: Berjayakah Rayyan Iman mendekati Qisya Imani yang dicintai dalam diam?  Dan adakah Qisya Imani akan menuruti kehendak Rayyan Iman?  Syahrul muncul semula?  Mungkinkah Qisya Imani akan berpaling dari keputusan yang telah dibuat?
Nantikan sambungannya lagi akan datang..hihihi..

No comments :

Post a Comment