Monday, December 1, 2014

Counting Days

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, tarikh dah confirm..
Majlis akan berlangsung pada 27hb Disember ni..
Sepatutnya 28hb, tapi sebab beberapa hal yang tak dapat dielakkan majlis diawalkan sehari..

Bakal tunang kata nak beli cincin minggu depan..
Tup-tup petang semalam masa dekat rumah family saya, dia whatsapp
'Jom beli cincin..lambat tak dapat'
Walaweh, dia main ugut..siot je
'Kejap lah, tak siap apa lagi ni'
Dia balas
'That's not my problem'
Ini carik gaduh ni..geram je..
Mak gelak-gelak je..
Nasib baik lah rumah tak jauh kan dengan Shah Alam
Dan memang dah nak bersiap-siap balik Shah Alam pun..
Sesampainya di Shah Alam, sengih-sengih je dia dapat kenakan kita..
Sehari kalau tak mengenakan kita memang tak sah..

Disebabkan merisik disekalikan dengan majlis bertunang, kami beli dua bentuk cincin..

Cincin merisik..

Cincin bertunang..

'Tak nak yang ada batu ke?'
Kalau ikut memang suka yang ada diamond tu..
Cantik-cantik jugak..tapi yang simple tak ada..
Boleh kata semua diamond nampak besar..haha
Saya suka yang ringkas je..
Dan saya jenis yang lasak..risau tak terjaga cincin tu nanti..
Pertama kali carik cincin, saiz cincin untuk jari saya pun saya tak tau..
Saiz yang sesuai untuk jari saya adalah saiz 12..
Just nice, tak longgar dan tak ketat..
Tapi design untuk saiz 12 ni tak banyak..
Dua ni lah yang paling saya berkenan..
Total damage untuk cincin?
Rahsia..haha, kesian pun ada jugak dekat dia sebab kena keluar banyak duit..

Lepas beli cincin rasa macam-macam
Teruja bercampur nervous bercampur stress pun ada..
Ya Allah, kau permudahkan lah urusan kami..

Nota kaki : Semalam mak dengan ayah kata, kalau boleh nikah paling lewat selepas raya tahun depan..cepatkan lagi boleh tak?kahkahkah..gedik gila!!

6 comments :