Monday, February 3, 2014

2ND GIVEAWAY BY NABILAMEDAN


2ND GIVEAWAY BY NABILAMEDAN


Tekan Banner diatas untuk sertai giveaway ini. Giveaway ini mendapat tajaan daripada Hazwan Hairy, Zara Nurhaidah, Akma Khaieri, Emas Putih, Ieta Mad Sa'ad, Nur Shuhada Abdullah, Julia Jamaludin, Amirul Syahnaz dan Blog Eita. Giveaway ini dianjurkan oleh Nabila Medan.
Top Refferal bakal membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM50. Hadiah bagi kategori cabutan bertuah ialah seperti Wang Tunai RM100, Wang Tunai RM20, Bag, Shawl Satin, Shawl Glitter, Novel, Havoc Tshirt, Geek Tshirt, Wolf88 Tshirt, Topup, Kasut, Rantai dan juga Subang. Sebanyak 15 orang pemenang bertuah dicari bagi memenangi hadiah-hadiah tersebut. Giveaway kali ini mencari seramai 16 orang bagi mendapatkan hadiah dalam kategori top refferal dan juga kategori cabutan bertuah.

Saturday, February 1, 2014

Akhirnya Jumpa Juga

Assalamualaikum..

Selamat berhujung minggu kawan2..
Terasa sekejap je cuti, hari ni dah hari Sabtu..
Besok hari Ahad, Isnin dah masuk kerja semula..
Apa lagi, penyakit 'M' pun makin membiak dengan jayanya..hehe

Ingat lagi tak??
Aritu Ayesha pernah cakap yang Ayesha nak cari produk Tropika Beauty?
Tak sempat pun nak cari pada hari yang sama..
Sudahnya, hari Khamis hari tu baru sempat cari..
Memang hari Khamis tu ambil cuti sebab nak uruskan penukaran kad ATM Maybank
Dah nak tamat tempoh pun bulan 4 nanti..

Nasib baik ambil cuti 1 hari, kalau ambil cuti cuma setengah hari..
Memang terkejar2 lah nak balik ofis..
Buat kad saja hampir 3 jam..
Sebabnya, kena tunggu 40 nombor sebelum nombor Ayesha naik..
Memang hari tu ada terbaca yang penukaran kad ATM ni di sesetengah tempat ambil masa yang lama
Tak sangka pulak rupanya sebab ramai orang yang nak tukar kad..
Kaunter yang buka pun cuma satu..
Jenuh juga lah nak menunggu..

Ok, berbalik pada produk Tropika tadi..
Lepas selesai urusan di Maybank
Ayesha terus pergi ke GMH Shah Alam yang terletak di Worldwide Seksyen 7..
Tapi dapat beli Tropika baby soap saja..
Sebab Losyen Kelapa Dara Tropika habis stok pulak
Dah pening dah mana nak cari..
Memang ada jual online, tapi malas nak tunggu sebab muka memang dah tak tahan sangat
Senang kalau beli terus, lain kali boleh beli dan syorkan pada orang lain..hehe

Tak cukup dekat Seksyen 7
Merayap pulak ke Seksyen 18..
Ada orang nak cari kasut katanya..
Merayap ke Ole-ole
Layankan aje lah,cari-cari kasut tak jumpa yang berkenan..
Terus merayap sampai tingkat atas..
Terjumpa kedai yang menjual barang2..
Alah, macam kiosk yang jual2 ubat atau jamu dekat tesco ke giant tu kan..
Tapi ni dalam kedai..tak besar sangat..
Orang kata, cuba nasib..
Kalau tak ada jugak, memang terpaksa mencari sampai ke Farmasi di Seksyen 19..
Produk ni tak semua tempat dan farmasi ada jual..
Alhamdulillah..
Akhirnya jumpa jugak yang dicari..

Untuk review Ayesha..
Tak de lah review sangat kan..hehe
Produk ni ok jugak lah..
Mungkin sebab orang dewasa, peratus nak pulih tu lambat sikit
Tapi kesan melecet dekat muka sebab menggaru aritu dah nampak kering sikit
Sedangkan kita yang dewasa ni pun tak tahan, macam mana baby kalau dah kena ekzema ni agaknya..

Comel je botol, 30ml..
Bau lavender, tapi bau dia agak kuat..
Mak kata, sakit hidung..muehehe..

Sesiapa yang ada anak mengalami ekzema, mungkin boleh cuba produk ni..
Boleh tengok2 produk ni dekat page Great Baby Skin