***
Setahun telah berlalu selepas peristiwa
yang membuatkan hati aku luka parah.
Entah apa kesudahan cinta Syahrul dan Amanda?mungkin sudah berkahwin,
mungkin sedang menunggu kehadiran cahaya mata sebagai pelengkap rumahtangga
mereka. Apa yang termampu aku lakukan
hanyalah mendoakan kebahagiaan mereka sampai akhir hayat. Malam ni langit dan bintang sekali lagi
menjadi peneman diriku yang merindui dirinya.
Tidak perlu kehadiran banyak bintang dilangit, tapi cukup lah satu pasti
aku akan terasa malam itu begitu indah. Cukup
dengan kehadiran satu bintang, mampu membuat aku tersenyum dan tidur lena
lantas melenyapkan segala perasaan aku terhadap dia. Cukuplah sekadar bintang itu menjadi saksi
aku merinduinya setiap saat dan detik waktu walau aku tahu aku tak mampu dan
takkan pernah mendapat cinta darinya. Terasa
seperti bintang itu adalah dia yang memerhatikan aku dari jauh dan aku sedang
memerhatikan dirinya. Tak perlu
kata-kata, hanya aku dan dia memahami apa erti rasa yang hadir itu.
“Ha! Termenung jauh nampak? Teringat kat sapa tu?”
“Fuh,
nasib baik tak lari jauh jantung aku ni. Kau ni boleh tak bagi salam dulu kalau
nak terjah tu Cik Rania Qaisara? Habis
hilang semua inspirasi aku.”
“Sorry
la Cik Qisha Imani binti Sufyan…aku teruja kalau tengok kau termenung, mesti
ada sesuatu yang menarik kan? Kau tak
nak cerita dengan aku ke? Cerita la, aku
nak dengar jugak apa yang ada dalam fikiran kau tu. Selalunya kalau kau senyap macam ni, mesti
ada sesuatu yang mengganggu fikiran kau kan?”
Rania Qaisara ataupun panggilan
manja dia Qaisara ni adalah teman yang paling rapat dengan aku dan yang paling
aku sayang. Dialah yang selalu mendengar
segala luahan hati dan perasaan aku, yang tak pernah jemu memberi nasihat
kepada aku ketika aku kecewa dulu.
“Oi,
sedap je kau termenung kan Iman? Kau tau
tak sikit lagi aku nak tumbuh janggut tunggu jawapan dari kau ni? Tolonglah jangan sambung balik angan-angan
kau yang tadi tu, risau aku tengok kau tau.”
“Cik
Qaisara, kau jangan risau la. Aku ok
lagi ni, masih sihat walafiat. Kau macam
tak tau pulak kan rutin aku tiap-tiap malam?
Apa lagi la yang aku nak buat kalau aku tak ada kerja selain dari tengok
langit dan bintang kat atas tu?”
“Tu
aku tau la, tapi malam ni aku tengok kau lain macam je? Senyap semacam, kau masih rindu kat dia ke?”
“Rindu? Bohonglah kalau aku cakap aku tak rindu dia
langsung. Aku selalu rindukan dia Sara,
hanya itu yang termampu aku lakukan. Aku
berharap sangat yang aku takkan jumpa dia lagi sampai bila-bila sebab aku takut
andai tembok yang terbina dalam hati aku ni runtuh bila aku jumpa dia lagi
sekali, aku takut aku tak kuat nak lepaskan dia buat kali kedua.”
“Terlalu
suci hati kau Iman. Tapi kau pasti ke
yang kau tak kan jumpa dia lagi sampai bila-bila? Sejauh mana kau boleh lari Iman? Dunia ni walaupun orang kata besar, tapi tak
ada lah besar mana pun, satu hari nanti mesti kau akan terserempak dengan dia
kat mana-mana. Masa tu, tak kan kau nak
lari? Kau nak lari pergi mana? Hati aku kuat mengatakan yang dia tak pernah
lupakan kau dan dia betul-betul cintakan kau.
Aku jugak tau yang jauh disudut hati kau, kau masih cintakan dia, betul
tak?”
Terkedu aku seketika dengan apa yang
diperkatakan oleh Qaisara. Sejak bila
dia jadi tukang tilik? Nampak sangat ke
ekspresi muka aku ni? Mustahil, aku kan
pakar dalam sembunyikan rahsia hati aku ni.
Tiba-tiba aku macam tersedar dari mimpi sebab aku rasa kepala aku macam
nak tercabut. Rupanya Qaisara dah baling
aku dengan bantal yang ada kat tangan dia.
“Kau
tak payah buat muka tak ada perasaan tu, tak payah nak pura-pura macam tak
faham dengan apa yang aku cakap. Aku
kenal sangat dengan ekspresi muka kau tu Iman, bukan sekejap aku kenal kau tapi
dah lama bertahun-tahun. Kau sedih ke
gembira ke, semua tu ada dalam poket aku ni.
Penat aku bercakap sorang-sorang kat sini, macam cakap dengan patung.”
Aku terus bangun dan buat muka
marah, konon-konon marah dengan tindakan Qaisara yang membaling aku dengan
bantal tadi.
“Malaslah
aku nak layan kau ni Sara, aku nak tidur lah.
Besok aku kena gerak awal ke ofis, ada meeting dengan bos baru.
Selamat malam.”
Sambil berlalu, airmata aku tumpah
lagi. Betul apa kata Qaisara, aku masih
cintakan dia walau berkali-kali aku menafikan dan menidakkan perasaan aku. Berkali-kali aku cuba melupakan dia dan
berkali-kali aku berjanji untuk tidak menangis lagi kerana dia, tetapi sudahnya
acapkali aku melanggar janji itu.
**bersambung lagi..^_^
No comments :
Post a Comment