Wednesday, March 5, 2014

Lunch Date : The Teapot Deli

Assalamulaikum..

Kisah semalam kelmarin yang tak berapa nak kisah sangat..
Review yang tak berapa nak review..
Tapi, nak kongsi dengan anda, anda dan anda..
Kalau teringin nak lepak2 santai di SACC Mall selepas habis membeli-belah
Ayesha cadangkan singgah di The Teapot Deli
Terletak di tingkat 2, berdekatan escalator dan menghadap Plaza Perangsang
Tak tau nak bagi direction macam mana..
Yang penting, dekat SACC Mall..hihi

Ini alamatnya yea ibu2 dan bapak2 sekalian..
Nombor telefon untuk buat penempahan meja?
019-277 3043

Ayesha dah beberapa kali lepak dekat sini waktu lunch
Tapi paling sesak pada hari Jumaat lah
Sebab kebiasaan hari Jumaat orang kerajaan keluar lunch awal
Korang kena tempah meja awal2 tau..
Kalau hari Isnin hingga Khamis, In shaa Allah tak penuh..
Tapi masih ramai orang..

Apa yang terbaik dekat sini?

1. Fish pie
Sory, gambar tak de lah pulak..huhu
Puas cari, tapi memang sah tak pernah ambik gambar fish pie tu..
Harga? RM17..tapi digalakkan untuk berkongsi sebab dalam portion yang besar
Rasa dia memang mabeles..meleleh air liur..
Eh, tak tak..tak de sampai meleleh air liur..hihi

2. Roasted Chicken
Yummy..
Yang ni pun harga dia RM17
Kalau tengah tak lapar, boleh kongsi makan berdua..
Tapi kalau tengah lapar, satu pinggan ni boleh kasi licin habis..
Hehehe..
Gravy dia memang sedap
Ayam dia pun juicy..
Dihidangkan bersama kentang dan brokoli..

3. Set Nasi Tomato
Ni gambar lama..
Menu ni cuma ada pada hari Jumaat dan Sabtu sahaja yea..
Harga?
RM12/set kalau tak silap
Dalam set ni ada nasi tomato dengan dessert..
Rasanya ada 3 pilihan dessert
Dessert boleh pilih sama ada nak bread butter puding, trifle..dan?
Lupa pulak apa dessert lagi satu..
Tapi kalau sampai sana, ada dua je pilihan dessert jangan salahkan Ayesha tau..hehe

4.Country Chicken Pie
Menu ni pun sedap..
Harga dia RM12 sahaja..
Chicken pie dihidangkan bersama fries, brokoli dan karot..
Boleh cicah dengan blackpepper sauce..
Yumm3x!!

Ayesha bagi 4 1/2 bintang..
Ok, have a nice day..

Nota kaki : Red velvet kat sini pun sedap..tapi kalau tiba-tiba tak kena dengan tekak korang tu, sory eh..tapi so far orang yang pegi sini mesti akan cakap sedap ^_^

7 comments :

  1. Replies
    1. memang best sis..ada masa nanti singgah lah..hehe..kalo ramai orang, lambat sikit la..sbb kdang2 kakitangan dia x ramai

      Delete
  2. sedapnya...baru tengok gambar je pun dah terliur..hehehe

    ReplyDelete
  3. dah mcm rancangan jalan2 cri makan je

    ReplyDelete