Friday, July 18, 2014

Musibah Buat Kita Bermuhasabah Diri

Assalamualaikum..


Belum pun reda dengan misteri kehilangan MH370, kita dikejutkan dengan berita Palestin diserang oleh tentera Yahudi dengan dahsyat kali ini disaat Ummat Islam sedang dalam bulan Ramadhan..
Tak cukup dengan itu, semalam pada 17/07/2014 lebih kurang jam 11.45 malam (waktu Malaysia) kita dikejutkan sekali lagi dengan berita menyayat hati bila pesawat MAS (MH17) yang berlepas dari Amsterdam menuju ke Kuala Lumpur disahkan jatuh di Ukraine berdekatan sempadan di mana perang antara Ukraine dan Rusia sedang bergolak..
Allahhu Akhbar..
Tersentak jantung malam tadi apabila heboh dilaman sosial dan laman berita dari pelbagai negara melaporkan berita berkenaan..
Begitu besar dugaan-Mu buat kami di bulan yang mulia ini..
Dalam pada kita bersedih, saudara kita dari Palestin masih sempat mengirimkan kata-kata semangat buat kita disini sedang mereka disana juga kehilangan lebih ramai saudara yang mereka sayangi..

Terima kasih wahai saudara kami..

Dalam keadaan ditempat mereka yang sedang meruncing, masih sempat menyampaikan kata-kata semangat buat kami disini..
Jika saya yang tiada kaitan dengan mangsa nahas turut terasa tempias, entah bagaimana dengan perasaan keluarga mangsa..


Jika tengok dilaman sosial seperti facebook dan youtube, memang banyak dan penuh berita mengenai MH17 ini sejak khabar berita diterima lewat malam tadi..
Ada juga yang memuat naik gambar-gambar mayat mangsa yang bergelimpangan di sana sini..
Tapi harap dalam pada anda ghairah berkongsi gambar atau mungkin ghairah ingin menjadi yang pertama menyampaikan berita, ada insan lain yang sedang berdukacita atas kehilangan insan tersayang..
Berhati-hati lah dalam perkongsian anda..
Sama-sama kita muhasabah diri kita..

Nota kaki : tak sanggup nak melihat video-video atau gambar mayat mangsa nahas yang berleluasa di media sosial..
Baru terima berita kehilangan sepupu mak yang dimasukkan ke wad ICU, Hospital Klang minggu lepas..agak terkesan dihati..

1 comment :