Friday, March 31, 2017

Lazada Malaysia Big Baby Fair



Assalamualaikum..
Wowww!!!  Best lah Lazada ni, baru buat Birthday Sales haritu sekarang ni tengah buat Lazada Big Baby Fair pulak yang dah bermula pada 29hb Mac sehingga 2hb April (Diskaun Istimewa sehingga 85%) tau.

Memandangkan saya memang ada bayi yang baru saja berumur 6 bulan 9 hari, sesuai sangatlah menyertakan diri dalam contest Lazada Malaysia Big Baby Fair ni pulak.  Ada beberapa soalan yang perlu dijawab untuk contest kali ni.  Jom tengok jawapan saya kat bawah ni.

a. Apakah jenama lampin kegemaran untuk bayi saya? (atau bayi akan datang)

Drypers Touch


Sebelum ni saya banyak tukar-tukar lampin pakai buang ni untuk Huzaifah.  Mujur lah kulit anak tak terlalu sensetif.  Cuma memang kena cepat-cepat tukar terutama bila dia dah buang air besar sebab memang akan ada sedikit merah dekat kulit dia. Walaupun dah tukar banyak jenis lampin untuk anak, paling menjadi kegemaran saya adalah Drypers.  Dan saya paling suka Drypers Touch sebab permukaan dalamnya memang sangat lembut untuk bayi. Rekaan bentuk dan coraknya pun saya suka sebab nampak eksklusif sangat.  Haha.
Nak beli Drypers Touch?  Boleh klik sini.

b.  Apakah rumusan bayi pilihan kegemaran untuk bayi anda ( atau bayi akan datang)

Sustagen Junior+
Memandangkan anak teruna saya masih menyusu badan sepenuhnya, buat masa sekarang memang tak de beli susu formula.  Masa dalam pantang dulu susu badan belum ada sangat, pernah cuba Dumex Mamex Langkah 1 untuk bayi 0 bulan hingga 12 bulan.  Alhamdulillah susu tu sesuai dengan Huzaifah, dan dia pun takde masalah untuk buang air besar.  Tapi lepas habis pantang nak masuk 2 bulan dia dah tak nak susu formula sebab masa tu dia dah minum susu badan sepenuhnya sampai sekarang.  Harap ada rezeki dia sampai umur dua tahun.  Tapi akan datang saya nak cuba sustagen junior 1+ ni sesuai dari umur 1 tahun hingga 3 tahun untuk dia sebab masa saya kecik-kecik dulu pun saya minum sustagen jugak  Dan mungkin sustagen ni akan sesuai dengan dia, siapa tahu kan?
Nak cuba beli sustagen?  Boleh klik sini.

c. Pilih 1 produk daripada Lazada Malaysia yang anda ingin dapatkan untuk anak anda ( atau anak akan datang)

Memang dah berkenan nak beli carseat ni untuk Huzaifah.  Produk laku keras ni, kalau tengok dekat website Lazada sekarang carseat ni dah Out of Stock.  Harap-harap akan ada stok semula cepat-cepat sebab tangan dah tak sabar nak tekan add to cart ni.  Huzaifah dah makin membesar, memang kalau duduk dekat carrier carseat tu rasa macam kesian tengok dia.  Sebenarnya carseat model ni ada dua warna lain, biru dan ungu.  Kalau tak dapat warna merah, warna lain pun boleh juga.  Tapi sebolehnya nak dapatkan warna merah jugak.  Haha

Hari ni dah 31hb Mac, mesti ramai yang dah gaji kan?  Orang yang kerja kerajaan memang dari minggu lepas dah gaji, tapi yang swasta hari ni mesti ada yang baru dapat gaji.  Boleh lah bershopping sakan sempena Lazada Big Baby Fair 29hb Mac - 2hb April (Diskaun Istimewa Sehingga 85%)!


No comments :

Post a Comment