Tuesday, October 20, 2015

Dah Bergelar Puan??

Assalamualaikum..

'Aku terima nikahnya Nursyazwani binti Masduki dengan maskahwin 300 ringgit tunai..'

Alhamdulillah, dengan sekali lafaz..
Diijabkabulkan oleh ayah kandung sendiri..
Pada 9hb Oktober 2015 bersamaan 25 Zulhijjah 1436H
Saya sah bergelar isteri kepada Mohd Hafiz bin Zainuddin
Selepas 8 tahun berkenalan, bercinta dan bergaduh..
Akhirnya impian bersama untuk mendirikan rumahtangga tercapai juga..
Semoga ikatan perkahwinan yang dibina bahagia dan berkekalan hingga syurga..

'Sayang tak mampu berjanji untuk menjadi sempurna, kerana abang yang membuat sayang jadi sempurna..
Satu yang sayang harap, agar kita sama-sama saling melengkapi untuk membina masa depan kita hingga syurga..'

Nota kaki : gambar lain in shaa Allah next entry..gambar tak banyak sebab saya tiada OP, dan kebanyakan persiapan semuanya sendiri dengan dibantu oleh insan-insan kesayangan saya..