Monday, April 22, 2013

Kemalangan Lebuhraya Persekutuan 21 April 2013, Bagaimana Sikap Kita?

Assalamualaikum
Dah petang ni, saja2 buat entri..
Mungkin entri kosong je..tapi ingin meluahkan pendapat saya sebagai seorang pemerhati sambilan..
Hehe..

Mesti ramai yang dah tahu dan dah baca mengenai kes kemalangan jalanraya yang berlaku di Lebuhraya Persekutuan dari arah Kuala Lumpur menghala ke Shah Alam..
Memang secara dasarnya kita boleh bercakap sesedap rasa kerana mulut tu ada pada diri kita..
Tapi ingat, mulut tu pemberian Allah S.W.T yang perlu kita jaga..
Bak kata pepatah, sebab pulut santan binasa, sebab mulut badan binasa..
Eh, ada kena mengena ka dengan ini cerita?
Adalah sikit kot..

Sedari awal pagi kelmarin, ramai yang mengupdatekan status masing2 di laman sosial Facebook mengenai kemalangan tersebut..
Tetapi, apa yang mengecewakan sedikit pada saya adalah sikap orang kita yang mudah menuduh tanpa usul periksa..
Contoh :
'Ni mesti merempit ni, sebab tu jadi macam ni.'
'Tu lah padahnya kalau dah merempit pagi2 buta, bila dah jadi macam ni akhirnya menyusahkan orang lain'
'Dasar mat rempit..blablablabla..'

Nampak tak macam mana sikap orang kita?
Mudah menuduh dari menginsafi diri sendiri..
Apa perasaan anda jika kemalangan itu terjadi kepada salah seorang ahli keluarga anda?
Kemudian orang ramai melemparkan tuduhan bermacam2 kepada ahli keluarga anda tu?
Malah yang lebih teruk, ahli keluarga anda meninggal ditempat kejadian?

Saya tak kata saya adalah seorang yang baik, tapi bila terjadi kemalangan seperti ini..
Saya lebih suka mengambil jalan tengah, menjadi pemerhati..
Sebab saya tidak berada di tempat kejadian..
Jauh sekali saya menjadi reporter atau pun pihak penyelamat yang menyelamatkan mangsa..
Bukankah lebih baik jika disedekahkan Al-fatihah buat mangsa kemalangan yang terlibat?

Mengapa saya berkata begini?
Ya, kerana salah seorang mangsa adalah sepupu kepada kawan saya..
Beliau sendiri meluahkan perasaan betapa sedihnya beliau bila kemalangan itu menimpa saudara sendiri
Dahlah ditimpa musibah, ditambah dengan pelbagai cemuhan dari orang sekeliling..
Makin bertambah perasaan sedih dihati..

Ini sekadar pendapat, mungkin anda ada sebab yang lebih baik mengapa anda berkata macam2 bila kejadian seperti ini berlaku..

Sekian, wassalam

P/s: Biarlah mungkin penyebab kemalangan itu adalah kerana mat rempit atau sebagainya, tapi bukankah lebih baik kita bersangka baik sesama manusia?Apatah lagi mangsa meninggal ditempat kejadian, macam mana kita nak minta maaf pada si mati jika yang terjadi adalah bukan seperti yang kita sangka?Tepuk dada, tanya hati.. ^_^

No comments :

Post a Comment