Tuesday, January 15, 2013

Siapa Nak Kahwin?

Assalamualaikum dan Selamat Hari Selasa...

Ok, harini Yang Ayesha nak kongsi sesuatu..
Untuk pengetahuan bagi yang beragama Islam dan ingin mendirikan masjid..
Jika tak kerana ada orang terdekat yang nak berkahwin, saya pun tak pernah ambil tahu tentang hal ni..
Ini untuk pengetahuan tambahan ya, sila jangan buat spekulasi 'Yang Ayesha dah nak kawin'..tanya pun tak boleh..sebab belum time lagi..haha..tapi rancangan tu ada..doa2 kan lah.. (terperasan macam artis sekejap)

Prosedur yang pertama, anda haruslah menghadirkan diri anda ke Kursus Pra Perkahwinan..
Maaf, sebelum tu nak bagitahu prosedur dan maklumat ini adalah bagi rakyat negeri Selangor atau yang ingin berkahwin di negeri Selangor..

Bagi yang ingin menghadiri kursus di negeri Selangor, anda boleh mendownload borang dan rujuk tarikh kursus pada link dibawah


Tempoh bagi kursus adalah selama 2 hari dan tidak bermalam, yuran kursus adalah sebanyak RM80 seorang..pada link tersebut juga ada disertakan maklumat bagi kursus di Pejabat Agama Islam di setiap daerah di Selangor..bagi sesiapa yang berada di daerah2 selain di Shah Alam boleh lah rujuk link yang disertakan..

Ok, dah selesai dengan Kursus Pra Perkahwinan..boleh maju ke langkah seterusnya..
iaitu menjalani Ujian HIV..sila ingatkan diri anda dan pasangan, Ujian HIV ini hanya sah laku pakai untuk 6 bulan sahaja..sekiranya belum ada tarikh tetap untuk bernikah selepas menghadiri Kursus Pra Perkahwinan, lebih baik tundakan dahulu Ujian HIV tu..nanti penat nak buat dua kali kerja kan??Sila klik dibawah untuk maklumat lanjut mengenai Ujian HIV


Dah selesai Ujian HIV?

Dah selesai semua, boleh lah isi borang Permohonan Perkahwinan pulak..
Tapi sekarang, Jabatan Agama Islam Selangor dah wujudkan website baru untuk urusan Nikah, Cerai dan Rujuk disini

macam ni rupa website tu..cantik kan?

Melalui sistem online ni, anda2 semua bakal pengantin perlulah mendaftarkan diri anda sebelum meng log in kan diri anda untuk mengisi :

Borang 2A - Bagi pengantin lelaki
Borang 2C & 2D - Bagi pengantin perempuan

Ok, dah isi borang? Jangan lupa cetak tau..kemudian jangan lupa dapatkan kebenaran berkahwin dulu..hantar borang tu ke Pejabat Agama Islam bagi daerah masing2..

Kalau tak faham cara nak guna website dan nak log in, kat sini ada tutorial untuk pengunjung website

Ada lagi 1 pesanan nak bagitau ni, hantar borang kebenaran berkahwin tu 3 BULAN SEBELUM AKAD NIKAH yerr...sebab melalui perkhabaran seorang teman, borang kebenaran tu pun ada tarikh luput..selebihnya korang boleh rujuk pada Bahagian Undang-undang Keluarga JAIS atau PAID berkaitan

Selesai..

SELAMAT PENGANTIN BARU KEPADA YANG INGIN MENDIRIKAN MASJID..
YANG AYESHA DOAKAN SEMOGA BERKEKALAN HINGGA AKHIR HAYAT..
PELIHARA RUMAHTANGGA ANDA DENGAN SEBAIKNYA, ELAKKAN PERCERAIAN TAU..
NASIHAT NI..

P/s : mungkin ada yang tak lengkap, kalau ada yang tertinggal tu, boleh lah kongsikan dekat sini..ni pengetahuan WAJIB TAMBAH tau..tak semua orang tau prosedur ni..bila nak kawin, terpinga-pinga tanya orang apa yang perlu dibuat..