Assalamualaikum..
Rasa-rasa harini lah hari paling kacau dalam hidup Yang Ayesha..
Huuwwwaaaaa...malunya...
Harini saya buat jalan sesak..
Saya buat orang lain bengang dengan saya dan kereta saya...
Ggggrrrrr....
Alkisah, nak dijadikan cerita..
Tengah hari tadi teruja nak keluar makan dengan sahabat baik..
Bukan selalu jumpa kan..malam ni dia sudah mahu pulang ke Pahang Darul Makmur, negeri tercintanya..
Temankan dia beli tiket bola kejap, malam ni perlawanan antara Pahang dan Selangor PKNS FC
Semangat berkobar-kobar minah ni..haha
Dah siap beli tiket, nak pergi makan ayam penyet kononnya..
Yang paling dekat dengan ofis saya, tentulah dekat seksyen 9 tuh..berdekatan Plaza Masalam
Seperti biasa, hari2 kawasan situ sentiasa penuh..
Berpusinglah saya mencari parking sampai depan Restoran Zam-Zam
Kawasan situ macam berbukit sikit..baru nak tekan minyak..
Tiba-tiba enjin kereta mati..oh no...
Kereta buat hal..apa dah jadi ni..panik3..
Nasib baik ada kawan kat sebelah..
Sumpah kalau tak de teman, benda pertama saya buat adalah menangis dulu..
Sebab saya dah biasa dimanjakan..semua benda ada orang tolong buat..ggrrrr
Disebabkan kawasan berbukit dan enjin dah mati, lupa nak free kan gear..
Terus tarik handbrake..takut kereta meluncur ke belakang..
Selama hampir sejam menunggu bantuan tiba..
Dan selama itu, saya buat jalan sesak dekat situ..
Dah lah panas..malu lagi..
Orang marah lagi..stressnya..
Masa enjin mati, 'dia' orang pertama saya carik..
Walaupun tau dia jauh, lambat nak sampai..
Call jugak..
Then katanya, sepupu dia yang akan datang..
Lepas tu baru ingat nak telefon member ofis..
Member pun dalam perjalanan ke ofis..
So, mintak tolong member datang jugak..
Member sampai dulu..
Dia masuk kereta, start enjin then kereta hidup..gggrrrr...
Masa tu lah saya menyumpah seranah kereta saya..
!@#$$#%^^&%#@
Hahhhh...
Rupanya, salah Yang Ayesha..
PERINGATAN
KERETA AUTO, BILA ENJIN MATI..SILA LETAK GEAR DALAM MODE 'P'
KEMUDIAN BARU START SEMULA ENJIN KERETA
ada paham???
Warrggghhhh...sungguh stress saya hari ini..
P/s : Rasa macam 'stupid' nya...tapi sahabat baik saya kata..'x pelah wei, aku pun tak tau jugak sebenarnya..'
Tapi masih teringat-ingat sampai sekarang..silap2 sampai bila-bila..errrggghhh
*Sumpah saya blank hari ni..
No comments :
Post a Comment