Thursday, March 5, 2015

Jom Main Permainan Kesihatan

Assalamualaikum..


Alkisahnya tadi saya jawab survey di laman web WhoHAA
Kena melawat website MyHealth untuk dapat poin..
Bila dah buka laman web tu rasa macam menarik pulak..
Walaupun nampak macam permainan budak-budak sikit..
Tapi seronok jugak..sebab ada segelintir daripada kita ni yang tak suka membaca tentang kesihatan
Lebih-lebih lagi bila artikel tu panjang berjela..
Jadi dengan permainan macam ni mesti rasa seronok selain ada info-info yang diselitkan pada aplikasi permainan..
Boleh juga dedahkan permainan ini kepada anak-anak yang dah sekolah tu..
Daripada bermain permainan internet yang bukan-bukan, permainan macam ni elok untuk pengetahuan anak-anak yang dah bersekolah..

Nota kaki : saya dah main 2-3 permainan tadi..hehe..tetiba rasa macam budak-budak kejap..