Thursday, November 26, 2015

Fesyen Hijab Terkini Selebriti

Bercakap tentang fesyen hijab terkini, pasti ramai wanita terutama yang berkerjaya sering tercari-cari fesyen hijab terkini untuk digayakan ke tempat kerja.  Tidak ketinggalan juga wanita yang bergelar surirumah, fesyen hijab terkini gaya selebriti antara salah satu fesyen yang menjadi ikutan.

Kita mungkin sedar bahawa selebriti tanah air kini semakin ramai yang tampil bertudung.  Malah ada antara mereka yang mula mengeluarkan koleksi tudung dengan jenama sendiri.  Antara selebriti-selebriti yang mempunyai jenama tudung yang mendapat sambutan ramai adalah Neelofa, Datin Norjuma, Yuna, Emma Maembong dan ramai lagi.  Setiap selebriti menampilkan fesyen hijab terkini dengan rekaan yang unik dan lain daripada yang lain.

 

Bagi si cantik Neelofa, rekaan tudung instant shawl yang diperkenalkan oleh beliau telah mencetus fenomena luar biasa sekitar awal tahun lalu.  Kemunculan rekaan instant shawl yang ditawarkan semakin digemari oleh rata-rata kaum wanita kerana menjimatkan masa tetapi masih mengekalkan gaya trendy dan amat praktikal untuk digayakan.

 

Kehadiran koleksi tudung bawal yang dibawakan oleh Datin Norjuma pula tidak kurang hebatnya apabila mendapat perhatian yang amat memberangsangkan daripada penggemar tudung bawal sendiri.  Tudung bawal ini bukan sahaja selesa dipakai, malah boleh ditemui dalam pelbagai pilihan menarik!

 

Siapa yang tidak kenal dengan penyanyi yang cukup berbakat ini?  Walaupun jauh merantau di Amerika Syarikat, Yuna giat mempromosikan butik pakaian beliau iaitu November Culture yang kini beroperasi di Subang Jaya.  Anda gemar pemakaian hijab gaya turban?  Kunjungi butik November Culture ini, dan nikmati sendiri pengalaman di butik ini dan temui juga aneka pilihan shawl yang lain.

No comments :

Post a Comment