Assalamualaikum..
Yang Ayesha tak tahu lah kalau korang dah tahu pasal khasiat minyak kelapa dara ni atau belum..
Tapi sekadar perkongsian hari ini..
Sejak disahkan menghidap gastrik masa demam hari tu, saya sangat sensetif pada makanan..
Tersalah makan sikit, mesti akan kena muntah yang teruk dan gastrik/angin akan menyerang pada masa yang sama..
Hari ni hari pertama puasa, tapi sangat mencabar kesabaran..
Orang kata, orang yang kena gastrik ni elok minum susu ketika sahur dan berbuka
Tapi disebabkan pagi tadi agak terlewat bangun, tak sempat nak buat susu untuk menahan pedih perut sehingga berbuka..
Tapi setakat ni, Alhamdulillah saya masih berpuasa..
Orang kata, kita kena berjuang untuk diri kita..
Kini baru saya faham betapa peritnya bila kita dah kena gastrik
Bukan perkara yang boleh dibuat main-main..
Ok, stop pasal tu..
Tadi selepas solat zuhur, berborak sekejap dengan officemate..
Bertanya pasal gastrik ni lah..
Orang kata kalau kita tak banyak bertanya, nanti akan menyusahkan diri kita di masa hadapan
Ketika itulah seorang kakak ofis usulkan pendapat..
'Cuba wani amalkan makan minyak kelapa dara..dulu akak ada kena gastrik, teruk jugak akak kena..orang kata gastrik ni kan sebenarnya sebab perut kita macam dah luka..jadinya minyak kelapa dara ni berfungsi untuk menutup luka yang ada dalam perut kita tu..banyak lagi fungsi lain, tapi antaranya memang elok untuk gastrik..'
Wah, memang pucuk dicita ulam mendatang..disebabkan nak baik..saya terus menggoogle pasal minyak kelapa dara ni..
Sungguh tak sangka, dulu pernah makan minyak kelapa dara ni dalam bentuk softgel..konon2 masa tu nak cantikkan kulit..akhirnya bertahan 2 botol je..sebab saya terlalu 'ingat' nak makan supplement ni..
Rupa-rupanya minyak kelapa dara ni boleh sembuhkan penyakit gastrik juga, in shaa Allah..
P/s : moga-moga ikhtiar ni berjaya. Mungkin juga apa yang saya alami sekarang kerana saya sekali lagi terlupa dengan nikmat dan kurniaan yang Allah beri dan selalu kurang menjaga perhubungan saya dengan-Nya dan dengan makhluk lain. Peringatan Yang Ayesha, ada yang lebih berkuasa diatas sana.
Salam sis.. Sis dh smbuh gastrik ke? Blh nk pm sis lebih lanjut ttg gastrik.
ReplyDeleteBetul ke blh sembuhkan gastrik
ReplyDelete