Friday, November 8, 2013

Tak Masuk Akal dan Tak Logik

Assalamualaikum

Ceritanya, semalam Yang Ayesha dapat call dari TM @ Telekom yang mengatakan ada buat permohonan transfer line atas nama seorang lelaki..
Sebenarnya, Yang Ayesha pernah dapat call dari TM ni beberapa bulan lepas..dalam pertengahan tahun..
Masa tu person incharge yang call tu kata pasal Streamyx juga atas nama yang sama..
Adalah jugak dalam 2-3 kali TM call masa tu..
Tapi Yang Ayesha cakap kat diorang mungkin insan berkenaan dah tak guna lagi nombor tu sebab Yang Ayesha baru saja beli nombor tu dalam bulan 7 tahun lepas..
Habis setakat itu..

Yang Ayesha ingat dah selesai perkara tu..
Tapi rupanya masih tak selesai lagi bila masih dapat call daripada TM petang semalam..
Nasib baik masih boleh kawal lagi rasa amarah tu, cuba bercakap sebaik mungkin..
Tak tahu lah lepas ni macam mana..

Persoalannya disini :
1. Saya guna nombor ni dah hampir setahun, tak kan lah begitu lama baru orang TM ambil tindakan?
*Ada orang kata, mungkin nombor orang tu hampir sama dengan saya..ya, mungkin..terlupa saya nak bertanya tentang nombor telefon orang tersebut
2. Setelah hampir beberapa bulan, masalah tersebut rupanya masih belum selesai.  Apakah orang TM terlalu lambat ambil tindakan?
3. Adakah pihak cawangan dan HQ tidak berkomunikasi antara satu sama lain?  Persoalan saya disini masih tentang kelewatan mereka mengambil tindakan setelah berbulan2.


Pendapat anda????

No comments :

Post a Comment