Wednesday, November 5, 2014

Satu Bulan Lagi..

Assalamualaikum..

Sumber google

Kata sepakat telah dicapai..*sepakat sangat..jenuh gak lah nak dapat
Tapi tarikh tak tetapkan lagi..
Yang pasti ada hanya lebih kurang sebulan lebih je lagi..
Sesak nafas rasa bila fikir..
Serius, sebab tak ada apa-apa preparation pun..
Semua ni secara mengejut..tak sangka berlaku agak pantas..
Bakal bergelar tunangan orang buat saya berdebar-debar..
Ikut rancangan asal kami berdua, tak payah tunang..
Tapi atas permintaan orang tua, majlis merisik dan tunang perlu diadakan..
*kata ayah, kita memang tak kisah..tapi duduk kampung, ada saja mulut yang berbicara nanti..
Rasanya majlis ni paling ringkas sebab pak cik - mak cik, atuk - nenek yang betul-betul dekat je yang akan hadir majlis ni nanti..
Itu pun rasa macam ramai jugak..
Tiada pelamin, tiada 'pengantin lelaki' *dilarang hadir sama sekali, cuma boleh tolong hantar family dia je..tu pun sampai pintu masuk kampung saya..
Haha, ini juga permintaan ayah..sebab ayah saya bukan orang zaman moden..
Dan saya berbesar hati perkenankan permintaan kecil ayah..
Semoga urusan kami dipermudahkan..
Aamiin.. ^_^

Nota kaki : hari ni kakak saya di ofis menjalani pembedahan (tebuk lubang diperut) kerana penyakit cyst yang dihadapi..saya harap sangat semoga urusan beliau dipermudahkan..

4 comments :