Wednesday, November 26, 2014

Siri Pembersih Muka & Mekap PIXY

Assalamualaikum..


Alhamdulillah..
tercapai hajat saya nak dapat full set siri pembersih muka dan mekap jenama PIXY ni..


Pada mulanya sekadar suka-suka melawat FB page PIXY Malaysia selepas saya mendapat sample produk ini ketika membeli bedak refill jenama PIXY..
Saya telah menggunakan bedak PIXY sejak tahun 2008 sewaktu zaman belajar Diploma..
Haaa..lama tak??Lama kan??

Kenapa saya suka sangat bedak PIXY ni??
Masa tu zaman belajar kan..mana mampu beli bedak mahal-mahal..hihi
Dah tentulah saya guna bedak PIXY ni sebab ia murah dan boleh bertahan sehingga 2-3 bulan..
Lepas tu pulak bila pakai bedak ni mesti orang tegur..
'Kau pakai bedak apa ni?Nampak cantik je, tak ada tompok-tompok pun..'
Jadinya, sampai sekarang lah saya mampu bertahan dan setia dengan bedak PIXY ni walaupun ada jugak yang tanya, tak bosan ke?tak nak tukar ke?
Jawapannya memang tak lah sebab dah sesuai dengan kita..

Berbalik kepada cerita siri pembersih muka dan mekap ni..
Punca saya mencari FB page PIXY Malaysia ni kerana saya tertanya-tanya dan perasaan ingin tahu meluap-lupa dekat mana boleh dapatkan siri pembersih mekap ni sebab saya suka sangat PIXY Gentle & Moist Cleansing Lotion yang saya dapat tu..
Tak macam pembersih mekap lain yang berminyak..

Apa keistimewaan yang ada pada siri pembersih muka dan mekap PIXY ini??


5 Kelebihan Siri Pembersih Muka & Mekap PIXY

1. Madu asli untuk mengekalkan kelembapan kulit dan menjadikan ia lembut.
2. Formula bebas alkohol membersih dengan selamat tanpa meninggalkan kesan kering daripada alkohol kosmetik.
3. Formula tidak berminyak yang menyegarkan kulita tanpa rasa berminyak selepas membersih muka.
4. Diuji secara klinikal yang ianya selamat dan lembut untuk semua jenis kulit.
5. Terbukti secara klinikal yang ianya tidak mengeringkan kulit selepas pembersihan berulang kali.

Dan memang terbukti tak berminyak..
Saya dah guna Penanggal solekan dwi-lapisan tidak berminyak PIXY ni..
Nampak macam berminyak, tapi bila dah guna memang langsung tak terasa muka berminyak..
Yang lagi best, tak perlu tonyoh muka kuat2 dah *tonyoh??haha..ape2 jela..
Tuangkan cecair pada kapas muka dan letakkan pada mata selama 5-10 saat.
Kemudian lap maskara dan eyeliner sehingga bersih.
Mekap korang yang kalis air tu pun boleh ditanggalkan dalam beberapa saat je..

Apa lagi, jom dapatkan Siri Pembersih Muka dan Mekap PIXY di kedai berhampiran sekarang!!
^_^

2 comments :