Assalamualaikum..
Haih lah..jarang sangat up entri gossip artis dekat blog nih..
Tapi yang ni cuma nak meluahkan rasa hati..
Terkejut lah jugak dengar berita ni pagi tadi walaupun ada terdengar-dengar semalam..
Tapi nampak gayanya memang kisah ni jadi berita paling meletop untuk hari ni..
Sebenarnya suka sangat tengok Zizan dengan Emma
Lagi-lagi baru-baru ni diorang umumkan akan melangsungkan majlis perkahwinan tahun ni jugak..
Tiba-tiba dengar berita ni pagi tadi, ada sedikit rasa kecewa dihati.. **ececeh
Lagi membara bila ada budak ofis cakap
'Kalau aku jadi Zizan pun, dah kaya dan banyak duit..aku carik muka stok pan-asia..
Setakat muka macam Emma, tinggal je..'
Huih, menyirap dengar oii..
Saya balas 'ini lah dia lelaki..'
Saya balas lagi..
'Sebab apa perempuan sekarang ramai yang takut nak kahwin? Sebab lelaki sekarang ramai yang tak boleh jadi imam..'
Kawan saya kata
'Ko tau ke dia sembahyang ke tak?'
'Imam' bukan bermaksud kau boleh solat, kau tak tinggal solat dan kau mampu jadi imam waktu solat ertinya kau dah berjaya jadi 'Imam' buat isteri wahai cik abang oi..
Bukan setakat tu je tanggungjawab seorang suami terhadap isteri..
Sebab tu saya dengan tunang, kami berdua masih belajar cara dan tanggungjawab dalam rumahtangga..
Mak dengan ayah pun suruh pergi mengaji lagi..**belajar ilmu agama maksudnya..
Nota kaki : Saya bukan nak mengata Zizan apatah lagi Emma, diorang pasti ada sebab kenapa putus hubungan..nanti ada pulak peminat diorang yang serang saya..adeh!!**panas pulak entri pertama saya tahun ni..
No comments :
Post a Comment